Episode ii

89 14 0
                                    

Dua bulan sudah berlalu,

Tanpa Ferynalisza menyedari sudah dua bulan berlalu saat dia bertemu lelaki bergelar dirinya Dhaer. Dia melayari kehidupan mereka dengan penuh kegembiraan dan usikan satu sama lain.

Dia sangat sayangkan lelaki itu! Dia mahu bercakap dengannya setiap hari. Dia terlalu gembira!

Pelbagai topik mereka bualkan. Terlalu banyak sehingga dia sendiri tak ingat topik apa yang mereka bualkan.

Dhaer sudah mengetahui kehidupan hariannya, bagaimana penduduk dan keluarganya melayan dirinya. Dia sudah menceritakan kerana Dhaer bertanya kehidupannya.

Dia memberitahu bahawa sihir itu karut! Penduduk di Korkos tidak mempercayai wujudnya sihir dan menganggap sesiapa yang mampu menggunakan sihir sebagai pembawa celaka dan patut diseksa sebelum dibunuh!

Dia amat terkejut apabila mengetahui di Ghais Lavanark majoriti penduduknya mampu menggunakan sihir dan penggunaan sihir adalah perkara biasa.

Baru dia tahu rupanya di luar bintang Korkos manusia tidak menganggap sihir itu sesuatu yang pelik atau benda yang patut dipandang hina.

Dia suka senyuman lelaki itu. Dia suka ketawa lelaki itu dan dia suka sangat aksi malu-malu kucing lelaki itu. Dia terasa lelaki itu miliknya! Dia tidak mahu berkongsi dengan sesiapa.

Sebenarnya, dia tidak puas hanya berbual dicermin, dia mahu memeluk lelaki itu, dia mahu memegang lelaki itu, dia mahu membelai rambut halus milik lelaki itu, paling penting...dia...dia...mahu..menjadi.. is..is..isteri lelaki itu!

Dia tidak mampu meluahkan perasaan itu kerana dia tahu lelaki itu bukanlah penduduk Korkos malah bintangnya terletak nuh jauh melepasi Rima Sakti. Sangat mustahil untuk dia bertemu lelaki itu. Cukuplah mereka hanya berbual dicermin, dia tidak mahu mengharap takut harapan hancur dan memburukkan keadaan. Buat masa ini, senyuman dan ketawa lelaki itu paling penting dijiwanya.

🌝

Malam sudah menjelma,

Ferynalisza sedang terbaring diatas jerami yang dikumpul untuk dijadikan alas katil. Biliknya berada jauh dari rumahnya sendiri. Biliknya seperti bilik banduan, tiada katil hanya ada jerami dan almari buruk yang dipenuhi dengan pakaian lama adik-adiknya. Mujur dirinya lebih kecil berbanding adik-adiknya memuatkan pakaian itu ditubuhnya.

Dia masih dibenarkan tinggal berdekatan keluarganya walaupun dia dilayan seperti manusia yang tak layak hidup tetapi dia masih bersyukur dia masih boleh berdekatan keluarganya.

Biliknya terdapat tingkap kecil berdekatan syiling yang tinggi memudahkan dirinya melihat bulan Korkos. Selama ini, dirinya terlalu sunyi sehingga boleh dikatakan setiap malam dia merintih kesunyian tetapi kali ini berbeza! Dia sudah tidak sunyi, dia ada Dhaer! Dia tidak mampu menyembunyikan senyumannya.

🌝

Keesokkan harinya,

Apabila keluarganya keluar dari rumah menjalani kehidupan harian seperti biasa, Ferynalisza meninjau keadaan sekeliling untuk memasti tiada siapa dirumah sebelum dia memasuki rumah.

Dia mengumpul bahan-bahan untuk membuat kek! Dia nak tunjuk pada Dhaer kek yang dia buat. Kek yang penuh perasaan cinta. Dia mahu Dhaer ketawa apabila dia berkata kek itu khas untuk dirinya sahaja.

Dhaer.. Nama itu melekat sepenuhnya diotaknya. Dia tak mampu membuangnya, lagipun dia memang tak mahu membuang atau melupai nama itu.

Dia tersenyum gembira semasa dia membuat kek. Kek coklat pisang! Kek paling dia gemari. Dia membakar, menyapu krim coklat dan menyusun pisang diatas kek dengan penuh teliti. Dia mahu kek itu nampak cantik dan sempurna. Sempurna seperti senyuman Dhaer!

Fudingu Familia ChallengeWhere stories live. Discover now