Part 15 : Don't Hate Me

819 66 4
                                    

Hate Or Love
Part 15
Don't Hate Me

☆♥☆♥☆♥
  
  
"Kau dah tak boleh benci aku." Kata Yoongi dan membuatkan Bona menoleh memandangnya. Bona mendengus kecil lalu memalingkan wajahnya kearah lain.

"Aku dah kata, kalau kau mengandung, kau dah tak boleh benci aku." Rambut Bona yang melindungi sisi wajah Bona diselak ke belakang bahu dan membuatkan gadis itu tersentak. Yoongi tersenyum. "Tak sangka aku sakit sebab kau."

Bona memandang Yoongi dengan pandangan tajam. "Yaa, bukan aku. Anak ni." Kata Bona sambil menunding jarinya kearah perutnya sendiri.

Yoongi ketawa kecil. "Arasseo." Rambut Bona digosok kasar dan membuatkan gadis itu mencebik. "Jangan buat macam tu." Mulut Bona dicubit.

"Yaa!"

"Tidur, sayang." Yoongi membaringkan tubuhnya. Tubuhnya diiringkan membelakangi Bona.

"Yaa, tidurlah dalam bilik kau." Kata Bona sambil memandang belakang tubuh Yoongi.

"Sireo. Aku akan pindah masuk dalam bilik kau mulai hari ni."

"Yaa."

"Tidur sebelum aku denda kau." Kata Yoongi tanpa memandang wajah Bona. Bona mendengus. Tubuhnya dibaringkan disebelah Yoongi namun sedikit berganjak. Dia baring membelakangi Yoongi. Baru sahaja Bona ingin menutup matanya, dia tersentak apabila merasakan pinggangnya dipeluk. "Yaa.."

"Tidur." Belakang kepala Bona dicium. Ia cukup membuatkan hati Bona berdengup kencang. Tak lama itu, dengkuran halus dari Yoongi kedengaran. Dengan perlahan-lahan Bona menyentuh tangan Yoongi yang berada diperutnya. Tangan itu diusap. Jari terhenti di cincin perkahwinan mereka yang masih tersemat di jari manis Yoongi. Bona tersenyum kecil sebelah memusingkan tubuhnya menghadap Yoongi. Raut wajah lelaki itu diteliti sebelum matanya mulai berat.

☆♥

Bona melangkah keluar dari bilik mandi sambil mengelap rambut yang basah menggunakan tuala kecil. Matanya teus tertangkap pada Yoongi yang baru sahaja menutup pintu almari pakaiannya.

"Bila kau balik?" Soal Bona sambil melangkah ke meja soleknya.

"Masa kau baru masuk mandi tadi." Balas Yoongi lalu melangkah ke pintu.

"Nak kemana?" Soal Bona. Matanya tertumpu pada pintu biliknya walaupun bayangan Yoongi sudah tidak kelihatan.

"Ke bilik aku." Mendengar jawapan dari Yoongi, Bona mengangguk kecil lalu menyikat rambutnya.

'Dia tak tidur sini ke?' Pandangan Bona beralih pada Yoongi yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam biliknya dengan beberapa helai baju.

"Kau buat apa?" Soal Bona kehairanan apabila melihat Yoongi membuka almari pakaiannya.

"Kemas baju." Jawab Yoongi tanpa memandang wajah Bona. Dia menyangkut bajunya di dalam almari pakaian Bona.

"Mwo? Tu kan almari pakaian aku."

"Ne. Tapi sekarang kita dah tidur sebilik, jadi almari pakaian kau, kita kongsi."

"Mwo?!"

☆♥

Bona duduk bersila menghadap Yoongi yang sedang berbaring diatas katil sambil melihat telefonnya. Yoongi yang menyedari dirinya diperhatikan menoleh memandang Bona.

"Kenapa kau dari tadi asyik tengok aku?" Soal Yoongi selepas lama berdiam diri.

"Aku lapar." Balas Bona lalu memuncungkan mulutnya. Perutnya digosok.

Yoongi ketawa kecil. "Beritahulah awal-awal. Tak perlulah tenung aku lama macam tu. Aku tahu aku kacak." Yoongi bangkit dari pembaringan. Telefonnya diletakkan di atas meja sisi katil. Yoongi tersenyum lebar melihat Bona sudah mencebik.

[Completed] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now