©©©
"Bro aku nak balik office ni. Jap lagi aku ada meeting." Ujar Liam. Dia bangun dari kerusi.
"Aku pun." Justin juga bersuara.
'Hah bagus lah' desis hati Chris. Dia tidak dapat membuat kerjanya kerana rakannya.
"Aku pun. Bye see you. Malam ni tempat biasa." Kata Taylor. Mereka bertiga mula melangkah keluar.
Chris menghela nafas. Dia membuka fail yang berada di atas mejanya. Akhirnya dia dapat membuat kerjanya.
©©©
Tepat pukul 8 malam semua kerjanya yang tergendala selama ini sudah siap. Chris bangun dan melangkah keluar dari pejabat.
Dia menuju ke parking kereta yang memang khas untuknya. Hari ni dia membawa kereta lambhorgini . Keretanya mula bergerak dan pulang.
Tidak sampai 1 jam dia sudah sampai. Lampu rumah agam nya masih menyala.
Dia keluar dari keretanya. Di hadapan pintu rumah masuknya ada dua pengawal sedang menjaga. Salah seorang dari mereka masuk dan membawa kereta yang digunakan tadi untuk di parking.Chris melangkah masuk. Matanya memandang sekeliling. Stella tidak kelihatan di mana-mana. Yang ada hanya beberapa maid nya sedang mengemas.
Salah seorang maid nya datang ke arahnya dan mengambil beg kerjanya begitu juga kot nya.
Chris berjalan ke sofa dan melabuhkan punggungnya. Dia mengerling jam tangan nya.
9:01 PM.
Dia bangun dan menuju naik ke tangga. Kemudian masuk ke bilik. Pukul 10 dia ingin keluar melepak di club seperti biasa. Dia membaringkan tubuhnya untuk berehat seketika sebelum pergi mandi.
Otaknya ligat berfikir. Bertahun-tahun dia mengarahkan konco-konco nya untuk mencari keluarga Alexis Mendes yang telah membunuh ibu bapanya namun sampai sekarang mereka masih belum dijejaki. Konco-konconya masih berada di South Africa. Mereka akan memberitahunya jika ada perkembangan tentang musuhnya.
©©©
Stella melangkah keluar dari bilik. Dia merasa sungguh haus. Dia menuruni tangga dan menuju ke dapur.
"Stella kenapa ni?" Soal Maya salah seorang dari maid di rumah agam ini.
Stella menggeleng. Kalau Kyra tidak ada Maya lah tempat nya dia berbual.
"Aku dahaga je." Ujar Stella. Maya pun terus mengambilkannya air. Stella tersenyum.
"Thankyou Maya." Dia meneguk air.
YOU ARE READING
Bad Girl Do It Better
RomanceKyra Verzosa. Dia merupakan seorang gadis yang sungguh ceria. Namun semuanya hancur apabila dia dan abangnya Chris, melihat ibu bapa nya dibunuh dihadapan matanya sendiri. Chris Verzosa. Selepas kejadian menimpa kedua-dua ibu bapanya dia bangkit unt...