Bab 2

974 31 2
                                    

"Okey kelas..hari ni kita ada Ustaz baru yang akan menggantikan Ustaz Adif yang dah berpindah ke sekolah lain" kata Ustaz Aidil yang berdiri di depan kelas Lestari. Kelas yang didiami oleh Lisa adik kepada Fina.

Di sebelah Ustaz Aidil pulak ada seorang lelaki berdiri sambil tersenyum manis. Mukanya ada iras-iras mamat korea. Mungkin itu Ustaz baru yang dimaksudkannya. Dah lah handsome. Bergaya pulak tu, kemeja biru laut yang dipakai menambahkan lagi kesegakannya. Urmm.. Ustaz Moden ni.

Semua murid di kelas tu focus ke hadapan, dan ada jugak yang berbisik sesama sendiri. Mesti tengah bergosip pasal Ustaz baru tu.

"Icha.. hansome kan Ustaz baru tu? "kata Ekin gadis yang duduk di depan sekali.

"Haah kan..kalau lah aku dah dewasa nanti..memang ustaz ni jadi pilihan aku."balas Icha rakan di sebelah sambil tersenyum merenyam.

Amboi! Baru darjah dh pakai menggedik ye dik, sedar lah diri tu bawah umur..

Lisa yang terdengar kata² Icha dan Ekin di meja hadapan hanya mampu mengeluh. Teringat pesan kakaknya tadi..

"Betul apa kata kak Fina, budak bawah umur pun sibuk nak bercouple."kata Lisa separuh berbisik.

Siti yang focus ke hadapan tadi menoleh ke arah Lisa disebelah, rasanya dia macam ada terdengar Lisa berkata sesuatu tapi tidak jelas pada pendengarannya..

"Kau cakap apa tadi Lisa?" tanya Siti membuatkan Lisa. Lisa menoleh.

"Cakap apa Siti"tanya Lisa semula dengan kerutan di dahi.

"Laaa..tadi aku macam dengar cakap sesuatu je kat sebelah aku ni" ujar Siti, pelik? rasanya dia tak pekak lagi?

Perbualan rancak antara mereka mulai menarik pehatian Ustaz Aidil yang tengah berucap di hadapan. Ustaz Aidil berdehem sambil melihat ke arah 2 orang anak murid yang sedang membawang di belakang.

Serte merta perbualan hangat diantara Lisa dan Siti itu. Serentak mereka menoleh ke hadapan. Kantoi!

"Amboi..rancak ye Cik Lisa dan Cik Siti kite ni berborak kat belakang, borak pasal pakwe ke?"kata Ustaz Aidil separuh menyindir.

Glup! Lisa dan Siti berpandngan, selepas itu keduanya tersengeh ke arah Ustaz Aidil. Ustaz  baru yang disebelah Ustaz Aidil turut tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fina menyapu air mata yang mengalir lesu di pipi, asal layan drama korea tu je..mesti dia menagis sakan. Siapa yang tak sedih dohh!  bila hero cerita tu mati. Sudah lama mereka bercinta, tapi? Tup-tup lelaki itu disahkan ada penyakit kanser otak. Kesian!

Puan Amalin yang kebetulan lalu di depan bilik Fina itu berhenti. Sepertinya dia terdengar seaeorang sedang menangis. Puan Amalin yang kehairan, mengintai dicelah pintu bilik Fina yang terbuka sedikit tu.

"Dah kenapa dengan budak ni nangis bagai?" Puan Amalin mengintai di celah pintu,mendengar Fina berkata sesuatu, dia mengeluh. Tahu lah dia kenapa si Fina tu boleb nangis sampai macam tu sekali.

"Adohai! Fina.. Fina.. tengok drama korea pun boleh nangis macam tu sekali. Parah-parah anak dara aku sorang ni" Puan Amalin pening mengenangkan kerenah si Fina yang entah pape tu. akhirnya dia beredar dari situ..

~~~~~~~~~~~~~~

Izham menyandarkan tubuh di kerusi empuk di bilik guru itu. Hari ini merupakan First day dia mengajar di sekolah itu dan hari tu jugak merupakan hari pertama dia berhikmat sebagai seorang guru.

Sedang Izham merehatkan diri. Dia didatangi seorang gadis, seorang guru barangkali. Gadis itu tampak manis dengan Baju kurung merah dan selendang sendondon dengan warna baju.

Miss Stalker Mr UstazWhere stories live. Discover now