PART 6

3.1K 210 30
                                    

-Di Kantin-

Mulut aku sedikit ternganga melihat makanan di kantin sebab apa?

Sebab, dekat kantin A.O.M. ni ade makanan dari seluruh dunia!!

Kaki aku melangkah laju ke arah NEW ZEALAND AREA untuk mengambil makanan kegemaran.

Rindu pulak kat masakan mama.Mary pula ambil makanan jepun.Ntah nama apa pun aku tak tau tapi bau dia wangi.

Waktu sudu aku baru sentuh bibir, tetiba je suasana kantin jadi kecoh.

Dah pahal semua orang berbisik-bisik semacam je ni?

Aku pandang belakang.Mary pun sama.

Ada seorang lelaki dengan gengnya berjalan masuk ke dalam kantin.Tengok muka pun aku dah tahu yang dia tu popular dan poyo.

Cara dia jalan pun dah boleh buat aku menyampah sampai nak muntah.Pelajar perempuan yang lain pula, semua tengok dia tak berkelip.

"Haih, apalah yang hensem sangat dia tuh",aku berbisik dekat telinga Mary.

"Hm,hensem la gak muka dia..tapi bukan taste saya..", Mary buat muka selamba.

"Siapa dia tu?",tetiba aku berminat nak tahu.Budak baru kan..

"William Henserson,17 and dia tu pelajar P.O.S".Pehh, Mary ni macam stalker je. Haha.

"Pelajar Power Of Science?", aku tanya lagi.Nak kepastian.Mary mengangguk laju.

Lega aku.Nasib dia tak ambil aliran sama ngan aku.Kalau tak, setiap hari kena layan perangai poyo dia dalam kelas.

Gila kaa? Tak nak aku.Aku bukan perempuan yang suka sangat melayan lelaki.Lagi-lagi yang perangai poyo.

Tengah aku melalut entah ke mana,tetiba Mary buka mulut.

"Em,tadi kan..budak yang cakap ngan awak kat perpustakaan tu,dia cakap ape?".Aikk? Yang mana ekk?

"Ohh,Kevin? Tadi dia berkenalan je ngan saya. Kenapa? Kitorang cakap kuat sangat ke?".

"Takde lah,saje tanya",Mary menayang muka selamba.

"Hai,Alex..boleh tak saya duduk sini?".Tetiba ada suara yang aku kenal tegur aku.Terus aku pandang belakang.

Kevin memegang dulang sambil memberikan senyuman manis.Aikk? Takde kawan ke mamat ni?

"Boleh tapi, geng awak mana? ke awak takde kawan?",aku bukan nak perli,saja tanya.Muka Mary pula tetiba je jadi merah.Dah pahal ni?

"Geng saya kena kepung dengan budak-budak perempuan,nak makan pun tak aman",Kevin menunjukkan rakan-rakannya yang tak berapa jauh dari kami.Aku dan Mary hanya pandang dari jauh.

Tengah aku meng'usha', ternampak la si William. Haihh, Kevin ni best friend dia ke? harap Kevin takde la poyo macam dia.Kalau tak,rasa la kaki aku yang lawa ni.

Waktu aku terpandang William, dia pun terpandang aku sekali.Baru aku ingat nak jeling dia tapi, dia kenyit mata kat aku!!

Amboi anak teruna di sana,tak yah kau menggedik nak ngorat anak dara orang! Kau pikir aku perempuan murah ke? jangan harap aku nak jatuh cinta ngan kau.

Habis si William tu kena maki ngan aku(dalam hati).Lepas dia kenyit mata,aku terus jeling dia. Malas gua nak layan.

"Mary, kenapa senyap je?",aku mula rasa pelik dengan Mary.Mary pulak tetiba tersedak.

Aikk? aku baru cakap 4 patah perkataan.Ke aku tersalah cakap?

Aku ngan Kevin pun tolong si Mary ni. "Awak okey ke?",Kevin pandang Mary dengan mata biru dia.Pehh, lawanya mata!

Mary angguk laju.Aku rasa macam ada something tak kena.Aku tersengih seorang diri. Hehe.

-DI BILIK AKU-

"Awak suka Kevin,ekk?"

Terbeliak mata Mary."hah?"

Aku try tahan gelak.Tarik nafas,hembusss.

"Awak suka Kevin kan?",Aku ulang soalan aku.Kalau kau tak dengar lagi..memang nak kena sekeh kepala ngan aku.

"Kalau saya jawab YA?", Mary buat muka selamba. Amboii,pandai kau berlakon ekk? Tadi punye la terbeliak mata tu.Nasib tak terkeluar.

"Kalau YA,baguslah..boleh aku ship korang..lagipun korang nampak sesuai bersama,macam sweet couple",Alex menyakat.Muka Mary dah merah.

"Can we talk about something else? ",Mary cuba menukar topik.Adoyaii,aku pandang muka kau pun aku dah tahu jawapannya.

"Okay,fine..",Aku tersengih.

KNOCKK KNOCKK

Pintu bilik aku diketuk.Cepat-cepat aku buka pintu.Bila aku buka pintu,terus terbeliak mata aku.

Kenapa? sebab orang kat depan aku ni MUSLIM!

Dia pakai rantai berbentuk bintang sama macam aku.Budak aliran sama macam aku la ni..

"Hai",Dia menghulurkan tangan.Aku menyambut dengan senyuman.

Pehh,boleh tahan lawa la dia..Kulit putih,mata coklat cair,bulu mata tebal.Rambut aku takleh nak cakap sebab dia pakai hijab.Shawl warna hitam.

Dia menghulurkan sehelai kertas."Alexandra Caesar,right? Ni jadual untuk kelas kita esok",Dia senyum manis.

"Thanks........",Ok. Aku takleh sambung ayat tu sebab aku tak tahu nama dia.

"It's Kameela..but mostly, people just call me, Mel". Nama lawa macam tuan dia.

"Thanks,Mel and you don't need to call me, Alexandra... just,Alex"-Aku.

"Okay..kalau dah selesai,saya pergi dulu..bye"

"Mel,wait!".Mel pandang muka aku.

"Awak dari negara mana?"

"Malaysia".Sampai situ je perbualan kami.Lepas tu,bye-bye.

Ouhh,Malaysia ke..Ayah aku selalu pergi Malaysia. Yelah,syarikat dia ada banyak kat situ.Tak silap ada kat 4 negeri iaitu; Kuala Lumpur,Johor,Sabah dan Kelantan.

K,perlu ke aku bagitau?.LOL.
Aku tenung je jadual tu. Tetiba,rindu pulak kat mama ngan papa.Haihh..

"Alex,saya balik bilik saya ek? Aku keje sikit",Mary datang ke arah aku perlahan2.

"Okay,bye..."

====================

STAY TUNED!!

====================

Academy Of Magic:The Evil Prince [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora