Apabila dia ternampak kelibat Mina keluar dari sekolah dia cepat cepat menariknya dan menyandarkannya ke tembok sekolah. Tindakan drastiknya telah mengejutkan Mina. Dia meletakkan tangannya di sebelah Mina seperti seorang samseng. Mina memaki hamun perbuatannya. Segala hamunan Mina terhenti apabila Daniel meletakkan satu jarinya ke mulut Mina.
"Kau ingat kau buat macam tu kau hebat?satu satunya perempuan yang pandang rendah dekat aku. Sebab tulah aku sukakan kau." Kata Daniel bersahaja.
"Apa? Suka? Kau lelaki paling teruk pernah aku jumpa. Paling tak berhati hati pernah aku jumpa. Aku tak suka kau!!" Teriak Mina sekuat hati.
Daniel tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Dengan hati yang membuak buak, dia mencium bibir Mina. Mina kehilangan kata kata. Ciumannya seketika tapi Mina dapat merasai apa yang dia rasa.
"Saranghae!" Ucap Daniel kepadanya. Tiba tiba roh Nayeon keluar dari badan Mina. Mina pun pengsan di tengah tengah jalan. Daniel pun cemas melihat situasi itu.
Sebulan kemudian....
Daniel mengalami kejutan dan tekanan emosi yang sangat dahsyat. Dia kini kerap bersendirian di dalam bilik mengenang kembali apa yang berlaku.
Kata kata Mina membuatkan dia menangis kekesalan.
"Daniel sshi, saya yang sebenar bukan seperti yang awak lihat sebelum ini. Nayeon ialah orang yang sebenar nya yang awak suka. Dia menjelma semula kerana diberi peluang kedua untuk hidup semula." Kata Mina.
Daniel terkedu mendengar ayat itu. "Dia diberi peluang kedua untuk hidup semula dengan satu syarat, iaitu tidak bercinta dengan orang yang pernah dia cintai pada kehidupan lepasnya. Jika itu terjadi, peluang yang diberi terbatal." Sambung Mina lagi.
Dia melelapkan matanya setelah sekian lama memikirkan hal itu. Roh Nayeon kembali mendekati Daniel dan menitiskan air mata. Titisan air mata itu jatuh ke atas pipi Daniel dan membuatkan dia terbangun dari tidur. Apabila dia membuka matanya, roh Nayeon hilang ditiup angin dan pergi selamanya.
-TAMAT-
Annyeonghaseyo! Gomawo for the read my first fanfict Second Chance and this the last chapter haaa.. so quickly right but nevermind oh don't forget vote and comment guys i need you feedback thank you my dear readers. Oh after read this dont forget again read my fanfict oneshot please vote and comment okay~ annyeong👋 see ya💕💕💕
![[Complete✔] Second Chance](https://img.wattpad.com/cover/88745621-64-k926264.jpg)