Bab 1

106 5 0
                                        

Lagu heartbreaker beralun dengan romantisnya menjadi halwa telingaku di pagi buta ini. Mulutku terkumat kamit turut menyanyikan lagu yg boleh dikatakan favourite aku gak la. Ehh jap. Tu bukan ringtone phone aku ke? Ehh? Apakebangang la kau ni syaff? Ye nama aku syaff. Syaff Ariana binti Azlan. Aku menepuk dahiku sendiri. Serta merta tanganku ligat mencari dimana bunyi itu hadir. Handphone  aku la apalagi. Ehh tak jumpa pulak. Oh dah jumpa dah jatuh bawah katil rupanya. Laju tangan menekan pin. Ehh unknown number? Manusia mana pulak bangang call aku pepagi buta ni haih. Eh lantaklah.

"Adik. Bangun dik. Pukul berapa dah ni." Suara mama kedengaran berserta bunyi ketukan pada pintu bilik apabila anak daranya sorang ni tak reti nak bangun walaupun matahari dah mencacak atas kepala. Haha come on gais hari minggu kut.

"Ye ma. Adik dah bangun la." Aku bingkas bangun lalu beredar menuju ke tandas sambil tangan mencapai tuala yang tidak berada jauh dengan pintu tandas.



"Pukul berapa la budak Tasya ni nak sampai ni. Agaknya esok baru nak sampai. HuhKalau aku gerak dulu ni mesti bebel tak sudah minah kepoh ni arghh. Orang call tak reti nak angkat ni yang buat aku lagi panas ni. Dia nak suruh aku jadi mak guard taman nii ke apa? " muka tak payah cakap dah macam zombie ke apa sambil  tangan tak jemu  tekan screen phone kuat kuat.

"Gila ke apa cakap sorang sorang. Gila gila". Suara sumbang mana lak ni bikin wa lagi panas arghh. Secara drastiknya aku berpaling ke arah suara sumbang lahanat tu. Kelihatan seorang lelaki lebih kurang sebaya umur aku tengah warm up berdekatan tempat aku berpanas punggung tunggu si Tasya ni. Eh hensem gak. No no syaff no. Dia kata kau gila syaff. Ganyang dia ganyang dia. Lalu aku dengan beraninya berdiri menghadap si lelaki mulut longkang haprak yang sesedap rasa dia je kata aku gila. Eh ni syaff laa.

"Weh kau ni mulut memang takde lesen kan macam longkang. Sesedap rasa je kau kan cakap aku gila. Ehh sila meninggal la bodoh mulut longkang. Fyi aku tak gila kau yang gila" memang aku naik hantu namati kali ni. Mana taknya. Aku dah la tunggu minah gila tu tak sampai sampai dari tadi boleh pulak pergi tambah perisa cakap aku gila.

"Sayang muka je cantik adab ke laut hahahaha " eh dia boleh mengata aku balik dahtu gelak tak ingat dunia tak guna punya jantan sengal. Hatiku sebal. Tapi syaff  tak  pernah dan tak akan mengalah k.

"Eh kau tu ada adab pulak sesuka hati je kata aku gila? Hah gila?"
Kan dah cakap aku tak kan mengalah la. Nampaknya dia mati kata. Aku tersenyum dalam hati. So aku menang hahahahah eh aku ratu debat la weh. Tu baru sikit. Amboi syaff riak nampak?

Aku pun dengan megahnya berjalan meninggalkan mamat gila tu tanpa terperasan ada batu yang bersaiz bersederhana besar di laluan yang bakal aku lalui. Ye lah puas hati sangat kan menang debat. Maka tersepak lah aku batu tak guna tu. Dahtu apasal pergi duduk tengah jalan orang huh ! Sebabkan aku terrrrsepak batu  tu dengan kuat aku agak terpelanting ke depan sikit. Maka mendarat lah aku di atas trek yang dikhaskan untuk melakukan aktiviti senaman itu. Eh ehh kenapa tak sakit? Ehh kenapa lembut je trek ni?

"Weh bangun weh. Tak payah nak ambik kesempatan dalam kesempitan. Eh bunyi suara orang. Aku tunduk bawah. Haaaaa aku jatuh atas sape lak ni. Dah la kata aku ambik kesempatan kat dia. Aku lantas bingkas bangun.

Jantung aku bagai nak meletup setelah lihat muka si 'tilam tak berbayar' ni. Mukaku merah padam. Aku dengan sepantas kilat berlari ke arah keretaku lalu meraung semahunya. Ya aku pandai drive sendiri even aku takde lesen haha lek la kena saman pun apa susah bayar je la huhu.

"Apala nasib kau syaff sudah jatuh ditimpa tangga pula. Arghhh" tudung bawal crepe yang sudah menggelebeh sana sini tak lagi dihiraukannya.





YouMeWhere stories live. Discover now