CHAPTER 2

4.6K 443 284
                                    

"Aargghhh!!!"Wanita itu masih mencangkung di atas belakang Suga,menggigit leher lelaki itu sehingga berlubang. Serta merta sejenis virus disebarkan dengan begitu pantas ke dalam tubuh Suga. Suga hilang kawalan,tidak mampu menapung beban berat di atas belakangnya itu. Perubahan demi perubahan mula berlaku pada dirinya.

Bukkk! Suga rebah menghempas lantai. Dadanya turun naik dengan ritma yang sangat laju. Nafasnya tersekat-sekat seperti tak cukup oksigen. Suga memuntahkan darah dengan banyak keluar dari mulutnya. Dia menggelepar di atas lantai sambil mendesah kasar.

"Kenapa dengan diorang tu?"Semua penumpang memandang ke arah Suga dan wanita tersebut dengan pandangan mencurigakan. Mereka masih dalam keadaan bingun dan tidak tahu apakah yang sedang berlaku sebenarnya.

Namjoon,Hoseok,Jin dan Jimin terkejut apabila melihat keadaan Suga dari jauh. Jimin bingkas bangun untuk pergi menolong Suga tetapi dihalang oleh Namjoon.

"Hyung....lepaskan tangan Jimin. Suga tengah sakit tu. Jimin nak pergi tolong dia." Jimin cuba untuk meleraikan tangan Namjoon tetapi genggaman Namjoon semakin erat.

"Bahaya!Suga bukan manusia lagi. Dia dah jadi zombie!"balas Namjoon. Mereka semua mula menjauhi Suga dan wanita tersebut

"Lari!lari!lari!!!!"

Wanita itu mula bertindak agresif,menyerang penumpang yang lain. Kemudiannya,diikuti oleh Suga. Serangan zombie bermula. Suasana menjadi kucar kacir. Beberapa orang penumpang yang malang telah berjaya ditangkap dan digigit oleh zombie zombie itu.Yang lain pula bergegas melarikan diri ke arah bahagian kedua train.Bilangan zombie semakin bertambah.Zombie zombie tersebut terus mengejar mereka dari belakang.

Taehyung kembali semula ke tempat duduknya. Suatu yang tidak dijangka telah berlaku. Zombie zombie telah memenuhi bahagian tersebut. Di sekitarnya berlumuran dengan darah hanyir. Apa yang paling mengejutkannya adalah...Suga pun turut sama menjadi zombie.Apa sebenarnya yg sudah berlaku? Taehyung jadi bingun,masih kejung di situ dengan penuh persoalan di fikirannya.

Dari jauh,kelihatan Jimin kelam kabut melarikan diri. Malangnya,kaki Jimin tersangkut pada tempat duduknya membuatkan lelaki itu rebah.Zombie zombie semakin menghampirinya,hanya beberapa meter sahaja dari Jimin.Jimin meronta ronta untuk bingkas bangun.Nasib tidak menyebelahinya.Zombie zombie itu lebih pantas bertindak,menerkam ke arah Jimin.'Mereka' menghurung Jimin seperti sekumpulan semut menghurung gula.Taehyung yang berada berhampiran Jimin hanya mampu menjadi pemerhati.Berkali kali Jimin memanggil namanya,merayu meminta pertolongan dari Taehyung.Namun,dia tidak mampu berbuat apa apa.Zombie zombie itu terlalu ramai.Peluang untuk menyelamatkan Jimin terlalu tipis.

"Taehyung....to..lllong...aaakku!"nada suara Jimin mula kedengaran lemah.Zombie zombie itu mula menggigit,memakan daging Jimin beramai ramai.Jimin turut sama terkorban.

"Maafkan aku Jimin.Aku tak mampu nak selamatkan kau.Aku tak mampu.Maafkan aku!"Cecair jernih mengalir keluar dari tubir mata Taehyung. Sedih melihat keadaan Jimin. Taehyung rasa betul-betul bersalah.

Kini,zombie zombie itu menjadikan Taehyung sebagai sasaran.Tanpa berlengah lagi,Taehyung terus membuka langkah seribu,melarikan diri dengan segera.Ketika itu dia melihat Jung Kook berdiri tegak di hadapannya. Jung Kook kaku di situ,diam tak terkutik,mungkin apa yang dia lihat berlaku pada Jimin tadi sukar untuk dihadam oleh fikirannya.

Taehyung terus menarik tangan Jung Kook,mengheret Jung Kook melarikan diri bersama-samanya menuju ke arah bahagian kedua train.Taehyung memeluk erat tubuh Jung Kook yang menggigil ketakutan.

"Jangan risau Jung Kook.Hyung akan selamatkan kamu.Hyung janji."bisiknya.Berpuluh puluh zombie sedang mengejar mereka dari belakang.'Mereka' semakin menghampiri Jung Kook dan Taehyung.

TRAIN Where stories live. Discover now