CHAPTER 1

8.7K 620 399
                                    

Cast:
*Jeon Jung Kook
*Kim Taehyung
*Kim Namjoon
*Jung Hesoek
*Min Yoongi
*Kim Seok Jin
*Park Jimin

01 September 201X.

2030p.m.

"Saengil chukahamida.
Saranghajo Jeon Jung Kook. Saengil chukahamida!!!"Keenam enam mereka menyanyi keriangan. Lagu sempena sambuatan hari lahir Jung Kook berkumandang di dalam dorm itu. Jung Kook kelihatan agak sedikit terkejut.Tidak sangka yang kawan kawannya senyap senyap mengadakan satu kejutan hebat sempena hari lahirnya. Terharu lelaki itu dibuatnya.Patutlah ketika dia sedang berlatih di studio tadi.....Jin tergesa gesa mengajaknya balik ke dorm. Katanya ada emergency yang melibatkan antara hidup dan mati. Rupa rupanya...inilah emergencynya.Pandai betul mereka merancang sambutan itu sehingga langsung tidak diketahui oleh Jung Kook.

"Terima kasih semua!Thanks for everything!!!"ucap Jung Kook,terharu. Dia terus memeluk keenam enam tubuh kawan kawanya itu erat. Mereka sama-sama berpelukan.
Keriangan jelas terukir pada wajah masing masing terutamanya Jung Kook.

"Jom potong kek! Aku dah tak sabar ni,"Jimin mencelah. Tidak sabar untuk merasa kek coklat air tangan Jin-hyung. Diorang dikira untung kerana tidak perlu mengeluarkan bajet untuk membeli kek sebab Jin-hyung terlebih dahulu beriya riya nak buatkan kek coklat untuk Jung Kook. Nasib baiklah kek ty menjadi. Semasa proses pembuatan kek itu....macam macam perkara berlaku. Perang tepunglah. Baling baling telurlah. Make up muka dengan coklatlah.

"Jom!!!"Pisau pemotong kek diberikan kepada Jung Kook.Kek itu lantas dipotong kpd tujuh bahagian. Walaupun kek coklat yang dibuat oleh Jin tidaklah secantik kek yang dijual di luar sana...tetapi rasanya sungguh sedap sehingga menjilat jari. Jimin sampai menjilat siku.Teruk budak kaki pendek ni!

"Sedaplh kek yangg Hyung buat. Sharelah dengan Jung Kook resipinya,"puji Jung Kook,memeluk bahu Jin-hyung erat.

"Mestilah. Pasal resipi tu...rahsia.Mati hidup balik pun Hyung takan bagi resipi kek coklat hyung tu."Jin berseloroh. Hilai tawa terletus di antara mereka. Masing masing sudah kelihatan kenyang.

"Ummm....mana hadiah birthday Jung Kook?Takan takde!!!"soal Jung Kook sambil besarkan matanya,membuat wajah comel.

"Mestilah ada!Nah,ni hadiah dari kitorang."Lima kotak hadiah diberikan kepada Jung Kook.Tapi,seperti ada sesuatu yang kurang je.Kenapa hadiah yang diterima Jung Kook ada lima jer.Sepatutnya enam.

"Mian Jung Kook,hyung tak sempat nak belikan hadiah untuk kamu!"Walaupun agak sedikit malu...Taehyung tetap bersuara,memberitahu hal yg sebenar. Dia lupa belikan hadiah untuk Jung Kook. Tiba tiba sahaja riak wajah Jung Kook berubah. Ada perasaan kesal pada air mukanya itu. Taehyung terus mendekati Jung Kook.

"Maafkan hyung. Nanti lain esok hyung belikan hadiah untuk Jung Kook ye!!!"katanya dengan nada memujuk.

"Esok dengan hari ni lain. Esok bukan birthday Jung Kook.Ni mesti Hyung lupa.Hari tu bukan main lagi Hyung cakap nak bagi hadiah istimewa pada Jung Kook. Hyung penipu!!"Suara Jung Kook naik seoktaf.Lelaki itu sedang merajuk nampaknya. Ahli bts yang lain hanya mampu menjadi pemerhati. Mereka tahu yang Jung Kook dan Taehyung sangat rapat seperti adik beradik.

"Janganlah macam ni. Hyung tak pandai nak pujuk orang merajuk. Jung Kook dah besar kan,tak payah buat perangai macam ni,"Taehyung mula rasa bersalah. Terlampau fokus pada latihan punya pasal sampai dia lupa hadiah yang sepatutnya dia beli untuk Jung Kook.

Dia meraih tangan Jung Kook tetapi Jung Kook terus menepisnya.Jung Kook terus melangkah pergi meninggalkan Taehyung di situ.Suasana bertukar sepi,tidak seceria tadi

TRAIN Where stories live. Discover now