Prologue

6.8K 549 53
                                    

Suasana pagi ketika itu agak mendung. Tetapi jalan untuk menuju ke Jinyang tidak sesak. Disebabkan pagi masih awal, jadi tiada kenderaan yang ada di atas jalan raya. Hanya ada pekerja yang bertugas sebagai pembersih kenderaan automatik. Serba putih dan hanya dikenakan dengan lapisan keselamatan berwarna kuning.

Sebuah lori pendek berwarna biru gelap berjenama Hyundai menyelusuri tempat pembersihan automatik ini. Kemudian tidak lama lori itu berhenti. Pekerja pembersih automatik mula menjalankan tugasnya. Hanya sekali semburan sahaja untuk menghilangkan sisa kotoran yang tidak berapa tebal itu. Kemudian seorang lagi petugas sebagai penjaga laluan kenderaan mula memberi arahan untuk maju ke hadapan.

Pemandu lori itu menurunkan cermin lorinya.

"Yah! Pagi-pagi dah kerja ke?" Lelaki itu menegur dengan sengihan sinis pada bibir. Pekerja berbaju putih itu menurunkan masknya dan ketawa kecil.

"Mestilah kerja! Kat depan sana tu bukan main banyak kereta nanti." Kata petugas itu sambil menghalakan tangannya ke arah jalan raya. Sekarang memanglah tak ada kenderaan. Tengahari nanti, mesti tak cukup tangan.

"Alahhh... patutnya tak payah ada pembersih-pembersih automatik ni. Melecehkan kerja aku nak ke sana ke mari!" Gertak pemandu lelaki itu sedikit kasar. Petugas itu menunduk kecil.

"Saya cuma jalankan tugas."

"Aihh... pabo." Lelaki itu menaikkan cermin lori dan meneruskan perjalanan.

"Zaman sekarang... orang lurus sangat. Asyik ikut kepala majikan. Cubalah melawan sikit ke." Mulut lelaki itu mengomel panjang sepanjang perjalanan. Sedang dia membebel bersendirian, telefon bimbitnya berbunyi.

"Aigoo... aihh... aigoo... yahh!" lelaki itu cuba mencapai telefon bimbitnya yang ada di tempat duduk sebelah namun tangannya tidak sampai untuk mencapai. Leka dia hendak mencapai sehinggakan pada satu masa, lori yang dipandunya seakan terlanggar sesuatu benda yang keras sehinggakan dia hampir terbabas ke tepi. Cepat-cepat lelaki itu mengawal kembali kenderaannya walaupun perasaan terkejut masih menyelebungi diri.

Lori dihentikan seketika. Pintu lori dibuka dan lelaki ini turun dari lori. Berniat untuk melihat apa yang dilanggarnya sebentar tadi.

"Aigoo... tch... aihhh!" Lelaki itu bercekak pinggang dengan keluhan pada bibir. Bangkai seekor binatang yang serupa kijang terbaring dengan lumuran darah di atas jalan raya. Mungkin itu yang dia langgar tadi. Lelaki itu ke hulur ke hilir dan melihat tayar hadapan kenderaannya.

"Shit..." lelaki itu meludah kecil lantas masuk kembali ke dalam lori tanpa menghiraukan situasi. Terus sahaja lelaki itu menekan minyak dan berlalu. Tanpa melihat satu kejadian aneh yang sedang berlaku.

Bangkai tadi kelihatan bergerak-gerak. Seakan melambung-lambung sebelum berdiri seperti biasa dengan lumuran darah yang membalut diri.

Pelik. Anak mata kijang itu berwarna kelabu. Tiada anak mata hitam mahupun seperti binatang biasa. Misteri.

MrsMinChen -honeyoongi -weneu Taenggo- 

[HIATUS] Train To Busan 부산 기차 (Book's Version)Where stories live. Discover now