Part 1

1.8K 37 0
                                    


Kenapa?!

Kenapa?!

Zahrah bingung. Dia tertunduk dan rasa hendak menangis pun ada.

Kenapalah aku selalu sangat teringat dekat dia. Dia bukan masa depan aku! Aku tak suka! Aku benci! Aku tak nak ingat kau lagi! Tolonglah jangan muncul dalam hidup aku lagi! Cukuplah apa yang kau dah buat dekat aku dulu. Aku bakal menempuh kehidupan baru. Ya Allah, tolong berikan aku ketenangan! Aku tak nak hal dulu menghantui hidup aku. Masa depan aku dengan orang lain. Bukan dengan kau! Bukan kau! Bisik hati Zahrah dalam nada geram.

Sepucuk surat di tangan dibuka lipatannya.

Zahrah Imani,

Tak mungkin awak roses saya lagi. Tak mungkin! Tak mungkin awak sunshine saya lagi. Tak mungkin! Walaupun roses dan sunshine tu boleh menggembirakan hari saya, bukan lagi seperti dulu. Jika dulu roses menghiasi siang hari saya, sunshine menghiasi petang hari saya, sekarang roses dan sunshine tu memberi duka di hati saya. Jika dulu bintang menghiasi malam hari saya, bintang itu sudah berlalu pergi. Jika bintang lain muncul, ia tak sama seperti bintang yang saya mahukan. I love the star! I love the roses! I love the sunshine!

Saya sayang awak bermaksud saya ikhlas menerima awak. Serius saya sukakan awak. Saya tak nak awak menjadi seperti orang lain. Saya nak awak menjadi diri awak sendiri. Originally from you. Disebabkan apa yang ada pada diri awak, saya tak rela melepaskan awak pergi dari sisi saya. Serius tak boleh! Awak lain dari yang lain. Kalau dah kata sayang, dah kata suka, sayang dan suka saya terhadap awak kekal sampai bila-bila.

Saya tahu apa yang terjadi selama ni diluar jangkaan saya. Saya silap. Sungguh saya berasa kesal terhadap apa yang dah terjadi. Setiap malam saya menangis kerana awak. Biarlah saya dikatakan seorang lelaki yang lemah. Saya berhak menangis. Sebab apa? Tiada lagi yang menemani saya pada waktu malam. Saya sunyi! Dulu, kita selalu berbual bersama. Kita selalu bergurau senda bersama. Sekarang? Saya mengeluh tak sudah. Hati saya sakit, tak berdaya. Harap awak faham sangat perasaan saya.

Jika dulu nama kita terukir di persisiran hidup kita. sekarang nama kita tinggal sejarah di persisiran hidup kita. Saya teramat pasti awak tak boleh nak melihat muka saya lagi. Saya dapat rasa tu. Hidup kita berdua memang seperti lukisan. Kalau lukisan tu elok dan cantik untuk dipandang, semua orang suka tengok. Kalau lukisan tu sudah rosak, sudah renyuk, semua orang benci. Ibarat melihat cebisan kertas bertaburan di bahu jalan.

Awak bagaikan bintang di angkasa. Saya hanya mampu melihat dan tak mampu menyentuh. Dengan hanya melihat saja, membuat lutut saya rebah ke jalan. Saya tertunduk. Hati saya sebak. Saya menangis. Saya terfikir, kenapa kita tak boleh memutarkan waktu? Saya tak nak semua ini berlaku. Saya mahu melihat dan menyentuh bintang tu tapi... saya mengeluh. Bintang tu dah tak ada. Apa yang ada adalah kepekatan langit malam. Serius kepekatan langit malam tu, membuat saya termenung sendirian. Mengenangkan nasib malang yang saya dapat. Malam yang menghadirkan rasa keresahan dan kesakitan di hati. Tiada lagi lukisan yang indah tercipta di antara kita.

Dar...

Zahrah terus mencampak surat tersebut di dada lantai. Tak sanggup hendak membaca lagi. Cepat-cepat dia mengalihkan mata ke bahagian bawah surat. Dar? Nama itu menyakitkan hati. Serius sakit! Apa yang dia baca itu pun sudah cukup menyakitkan hati. Meranakan jiwa perempuannya.

Cinta Roller Coaster -Ery AierilWhere stories live. Discover now