"Mama dia kata Lela tak sihat, tapi dia nak pergi kem motivasi kat sekolah. Dia rindu kawan-kawan dia. Kan seminggu dia  balik kampung sebab nenek dia meninggal." cerita Abang Don.

Minggu lepas Lela langsung tak datang sekolah sebab keluarga dia balik kampung menziarahi nenek dia yang tengah nazak. Khamis lepas, kami dapat tahu nenek dia dah meninggal dunia. Lela rapat dengan nenek dia. Mungkin sebab tu dia diam dan murung saja hari ni. Aku pandang wajah Lela yang pucat tu. Alahai.. kesian betul. Lepas tu tersebar pula cerita yang keluarga Lela ni ada saka. Nenek dia tu dah tiga bulan nazak sebab saka perlu diwarisi untuk badan tuannya dibebebaskan. Aku tak tahu betul ke tidak sebab yang cerita pun budak-budak sekolah tu. Diorang kata, Lela balik kampung hari tu sebab nak ambil saka tu supaya nenek dia boleh 'dilepaskan'.

Abang Don drop kami depan pintu sekolah. Aku terus genggam erat lengan Lela. Aku nak dekat dengan Lela supaya orang tak sibuk tanya dia macam-macam. Dia takde reaksi sangat. Mesti dia terlalu sedih. Rambut dia yang panjang tu menutupi sebahagian wajahnya. Aku rasa mungkin dia segan kalau orang tengok mata dia bengkak sebab sedih. Aku biarkan saja dan ajak Lela untuk terus ke dewan. Dalam perjalanan tu, aku dapat dengar bunyi tangisan yang perlahan. Ya Allah. Memang Lela sedang bersedih lagi. Aku ada tanya beberapa perkara dan kebanyakan soalan dibalas dengan anggukkan dan jawapan yang pendek saja.

Sepanjang hari ini aku asyik berkepit dengan Lela. Aku dah maklumkan kepada cikgu tentang keadaan Lela dan cikgu benarkan untuk aku bantu Lela dua hari ini. Yelah, waktu beginilah Lela perlu sokongan kawan-kawan. Aku kenal Lela pun sejak kami kecil lagi. Aku dan Lela dah macam saudara pun. Jadi, aku nak Lela selesa dan dapat ikut semua aktiviti untuk dua hari ni. Ajaib betul.. tadi bukan main malas aku nak pergi kem ni. Sekarang, kerana Lela aku jadi bersemangat dan aku nak Lela pun ada semangat yang sama.

Selama bersama Lela, aku dapat dengar tangisan kecil dia beberapa kali. Kadang-kadang dia panggil aku, tapi lepas tu dia diam ataupun terus menangis. Beberapa rakan kelas Lela pun datang bertanya khabar dia, tapi Lela sama je, tiada reaksi. Jadi aku yang jelaskan tentang keadaan Lela. 

Malam tu semua pelajar kena tidur dalam kelas masing-masing. Aku dan Lela berlainan kelas, jadi untuk malam ni aku tak dapatlah bersama dia. Aku tinggalkan Lela dengan rakan sekelas dia dan minta diorang untuk tengok-tengokkan dia. Aku pun masuk kelas dan bersiap untuk tidur.

"Fatin... tolong aku. Huuu... huuu..."

Tidur aku dikejutkan dengan suara diselangi tangisan tu. Itu suara Lela. Aku bangun dengan pantas dan dapat lihat Lela sedang berdiri di depan pintu kelas. Cikgu tanya Lela, kenapa dia datang ke sini. Dia kata dia nak aku temankan dia ke tandas dan dia tak nak orang lain. Aku pun bangun dan bawa Lela ke tandas.  

Aku tunggu Lela di luar tandas. Aku tengok jam, dah pukul 11.30 malam. Sekolah ni waktu malam sunyi je. Memang seram betul. Keadaan senyap, gelap dan suram. Kalau bukan kerana Lela, memang aku tak la nak ke tandas waktu macam ni.

"Huuu.. huuuu... Fatin... tolong aku." aku terdegar panggilan Lela. Ya ampun, apa dah jadi dengan Lela dalam tandas tu?

Aku masuk ke tandas. Aku namak Lela sedang menangis depan cermin di sinki. Aku menghampiri Lela. Aku tanya dia, apa yang dia nak aku tolong. Tapi dia menangis. Kali ni lagi kuat dari tangisan waktu siang. Aku dapat lihat kepala dia begerak-gerak. Dia pening kepala ke? Ke tengkuk dia lenguh sebab salah tidur?

"Tolong aku.. Fatin..." kata Lela sekali lagi. Aku jadi konfius.

Lela angkat tangan dia dan dengan menggigil dia tunjuk belakang kepala dia. Aku pun tengoklah belakang kepala dia. Pening ke apa budak ni? Nak aku urutkan bahagian tu ke? Dari kesian boleh jadi geram pula dengan Lela ni.

Aku pun letak tangan aku pada ubun-ubun kepala Lela. Masya-Allah, sebab terkejut aku terus tarik semula tangan aku. Aku dapat rasa sesuatu bergerak di kepala Lela. Aku risau dan takut, tapi bila tangisan Lela semakin kuat, aku pun beranikan diri untuk selak rambut dia. Aku selak-selak rambut Lela dan bila aku dekatkan muka untuk lihat apa yang bergerak-gerak tu....

 Aku selak-selak rambut Lela dan bila aku dekatkan muka untuk lihat apa yang bergerak-gerak tu

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Fin - Saka Mengurai

Apabila Malamحيث تعيش القصص. اكتشف الآن