"Eh Dian.Dian okay tak?"tiba2 bahunya dipegang.Perlahan-lahan Dian membuka matanya.Danial Azim yang kelihatan risau itu dipandang sebelum menganggukkan kepalanya.

"Dian okay.Pening sikit."

Danial Azim mengangguk sambil memegang bahu Dian untuk membantu adiknya itu berdiri betul.

"Dian pergi masuk bilik dulu.Lagipun lepas ni bukan buat apa2 pun.Esok boleh jalan2 lagi."cadang Danial Azim.Dian nak tergelak tengok kerisauan alongnya itu.Kenapalah bukan Fahmi yang tanya aku?Kenapa bukan dia yang pegang aku tadi?
Huh!Sibuk dengan Angel dia lah tu.Buat sakit hati je..

"Okay..Bagitahu kat diorang yang Dian masuk bilik dulu.Jumpa esok."

Danial Azim mengangguk sebelum berpesan supaya berhati-hati.Dian tersenyum sebelum melangkah meninggalkan Danial Azim.Kedai tepi jalan itu tak jauh dari chalet mereka. Keluar2 aja dah nampak.Cuma dia perlu berjalan jauh sikit ke bilik mereka.Kepalanya pun sudah tidak berdenyut sangat.Pening2 tu adalah sikit..Apabila dah sampai di kawasan pejalan kaki di dalam chalet,bulu roma Dian terus berdiri tegak. Gelapnya..

Dian memerhati keadaan sekeliling. Tiada seorang pun yang kelihatan memandangkan jam ketika itu sudah menginjak pukul 11 malam.Air liur ditelan.Dia cuba menguatkan semangatnya.

Namun entah kenapa dia rasakan dirinya diekori.Bukan 'makhluk' yang dia takut tu..Tetapi seseorang.. Manusia..

Dian mempercepatkan langkah.Dia mempersiapkan diri sekiranya ada apa2 yang bakal menyerangnya.Dian dengar tapak kaki itu semakin mendekatinya.Semakin laju dia berjalan,semakin dekat tapak kaki itu bunyi.Dah macam kesimpulan sains pulak..

Sampai di satu tempat yang agak tersembunyi,tak jauh aja lagi dari biliknya,tiba2 satu tangan menekup mulutnya dari arah belakang.Belum sempat manusia itu berbuat apa2,Dian yang sudah sedia dari tadi terus mencengkam kuat sebelah lengan manusia tersebut sebelum menundukkan sedikit badan. Kemudian,badan manusia tersebut terus dilambung kuat ke hadapan.

Terdengar erangan dari mulut manusia tersebut.Dian masih berdiri di situ.Tidak terfikir pun nak lari. Heh..kau ingat aku macam orang lain ke?Bila terlepas je terus lari?Dapat kat aku,aku belasah diorang sampai lunyai.

Dian dengar suara erangan tersebut seperti suara seorang lelaki.Dalam gelap,Dian lihat kepala lelaki tersebut di tutup dengan topeng hitam.Tiba2 Dian dikejutkan dengan hentakan kuat di tepi badannya.Dia terbaring di atas tanah sebelum dia merasa seseorang menghempapnya dari atas.

Kedua tangannya digenggam erat oleh seorang lelaki yang menghempapnya itu.Lelaki itu juga memakai topeng hitam.Dian meronta.

"Hoi!Kau nak apa hah?!"Dian menjerkah lelaki tersebut dengan lantang.

"Hoi!Apasal kau tak tutup mulut dia?!"Tiba2 seorang lagi lelaki bertopeng hitam muncul disebelah mereka.Lelaki yang dilambung tadi sudah berada di sebelah kiri Dian.

"Lupa!"lelaki yang menghempap badan Dian tadi menjawab sebelum mengarah lelaki yang dilambung tadi menutup mulut Dian.Dian meronta sambil cuba menghalang mulutnya ditutup.

Lahanat betul..Dah lah aku tengah pening2 lalat.Time ni lah kau nak serang..

Dengan menggunakan semua tenaga yang masih ada,Dian menarik tangannya sebelum menumbuk sekuat hati muka lelaki yang menghempapnya itu.Mungkin 3 ke 4 batang gigi lekang dari gusi..Hoho..

Dian bangun sebelum memusingkan tubuhnya menyepak kuat lelaki yang dilambung tadi tepat di kepalanya. Lelaki yang seorang lagi sudah bangun sambil mengepal penumbuk ke arah Dian.Dian tersenyum sinis.Dia nak cari pasal dengan orang salah lah..Ini Dian Amelyn Binti Dato' Zikri..Anak ketua gangster yang digeruni di seluruh KL lah..

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now