DAKG-21

20.6K 934 13
                                    

"Tak nak!"

"Aku cakap masuk!"

"Tak nak lah king kong!!"

"Masuk je lah anak gajah campuran kura-kura!"

"Tak nak!!!!!"jerit Dian kuat sambil menggeleng-geleng.

Fahmi menarik Dian sepenuh tenaga ke dalam bilik.Namun Dian sempat memegang tepi dinding pintu.Maka terjadilah adegan tahan diri daripada ditarik.

"Kau ni apasal degil sangat?Aku suruh kau duduk bilik ni pun susah ke?"soal Fahmi sambil menarik pinggang Dian untuk memasukkan tubuh Dian ke dalam bilik itu.

"Aku tak nak lah duduk sebelah bilik kau!Aku nak tidur bawah!Nak tidur bawah!!!"bentak Dian sambil tangan dan kakinya sepenuh tenaga menahan badan dari ditarik masuk ke dalam bilik.

Fahmi berhenti menarik Dian.
Keningnya berkerut.

"Kenapa tak nak pulak?Bukan aku suruh kau tidur sekali dalam bilik aku pun."soal Fahmi pelik.

Dah lah badannya letih.Esok ada kerja yang perlu dia lakukan.Si minah kura-kura ni pulak buat perangai.
Diikutkan hati mahu aja dia angkat Dian masuk bilik.Tapi disebabkan Dian yang gila2 memberontak tak nak masuk bilik...Nak buat macam mana?

"Aku tak nak tidur bilik ni!"kata Dian.Mulutnya dicebikkan.

"Bagi 3 sebab kenapa kau tak nak tidur dalam bilik ni."

Dian menjeling Fahmi.Perlu ke?

"Perlu ke?"soal Dian.

"Perlu sebab aku tak puas hati kenapa kau tak nak tidur bilik ni.Bukannya bilik ni buruk pun.Bilik besar lagi tu.Boleh sumbat home theater 3 set!Lepastu bukan tak ada bilik air.Ada!Siap ada jakuzi lagi tu.Then,bukan tak ada aircond kena pakai kipas ke apa.Kenapa yang kau tak nak tidur bilik ni?"bebel Fahmi panjang.Letih!Ikutkan hati mahu aja dilambung Dian masuk dalam bilik itu.

Dengan tak mandi apa lagi.Pakai baju pengantin siap!Minah ni tak letih ke gaduh?

"Kau nak sebab kan?Sebab pertama,aku tak nak tidur bilik ni.Sebab kedua,aku malas nak naik turun,naik turun.Sebab ketiga,
kedudukan bilik ni sebelah bilik kau!"
kata Dian senafas sambil mengangkat jari menunjukkan isyarat nombor.

"Okay fine!.Aku pun dah malas nak layan kau malam2 ni.Aku penat!Nak tido!Bubye!"kata Fahmi lalu melangkah masuk ke biliknya yang terletak disebelah.

"Ada aku suruh kau layan perangai aku ke?"bisik Dian perlahan sambil menjeling tajam Fahmi yang sudah melangkah masuk ke dalam biliknya.

Dian melangkah turun ke bawah.
Tidur lebih baik.Tiba2 Fahmi melaung dari atas.

"Cuma aku tak sure 100% kau tidur tenang kat bawah tu.Aku dengar dari Mak Limah,orang gaji sebelum ni bilik tu ada 'sesuatu'."

Langkah Dian terhenti.Dia terkedu.

●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●□●●●●

Dian tak boleh tidur.Matanya liar memandang kiri dan kanan.
Badannya seram sejuk.Part2 hantu ni dia memang pantang.

'Tak guna punya king kong!Saja nak takutkan aku!'Dah lah dia ni tak boleh kalau bab2 berkaitan dengan hantu ni.Memang meremang bulu roma satu badan.

Jatuh saham betul anak ketua gangster sorang ni.Apa daaa...

'Hello..Takut ni tak boleh elak okay?'

Apa2 ajelah Dian oii..

Matanya asyik meliar di sekeliling bilik itu.

Dia?Anak Ketua Gangster??[✔]Where stories live. Discover now