"You!" Raisyah tinggikan suara. Sungguh dia kecewa dengan keputusan Hakim. Kenapa suaminya begitu nekad? Tak faham ke perasaannya?

"Plus, kita dah lama tak balik rumah family you. Bukan ke dulu you yang beria sangat nak ada rumah kat Johor, supaya dekat dengan family you.. kenapa sekarang dah lain?"

"Dulu lain! Sekarang I dah suka tinggal kat sini," Raisyah mencebik bibir.

"I tahu sebab apa. First, sebab Hafidz. Second, sebab you dah biasa dimanjakan, tak buat kerja rumah, tak masak... semua tu Umi yang buat.. Sebab tu, you dah tak kesah kalau kita tak balik. Kan?"

Raisyah merenggus kasar. Sakit telinganya bila dengar Hakim mengutuknya begitu. Malas sangat ke dia? Sekurang-kurangnya, dia ada mengemas tempat tidur mereka dan menyapu rumah walaupun sekali sekala. Tiadalah dia tak pernah sentuh langsung kerja-kerja rumah.

"Dahlah, malaslah cakap dengan you ni"

"Syaa..." Tangan Raisyah diraih lalu dikucup sekilas.

"Awak sayangkan saya kan?" Soal Hakim dengan kelembutan. Raisyah menunduk ke lantai. Malu. Dagu Raisyah dipegang kemas lalu didongakkan untuk memandang anak matanya.

Ah! Ini yang lemah ni...

Lambat-lambat Raisyah mengangguk.

"Kalau sayang, please.. dengar cakap abang. Kita balik Johor besok.. Kita bina hidup baru.. Lupakan kisah lama.. Abang cintakan Sya. Abang tak mahu kehilangan Sya.." Lantas ubun-ubun isterinya dikucup lama.

Raisyah diam tak berkutik. Dia mengalah. Akhirnya dia kalah dengan pujuk rayu Hakim. Kuasa apalah Hakim pakai sampai buat dirinya lemah tak melawan.

❇ ❇ ❇

DUA jam Hafidz berada di dalam bas, dia sudah mula rindukan keluarganya. Ternyata bas transnasional ini sedang melalui papan tanda yang menuju ke lebuh raya Butterworth, Pulau Pinang. Terasa baru sahaja dia memeluk dan mendangkap tubuh kedua ibu bapanya itu, masih terasa tidak puas. Kenapalah tempoh 4 hari ini begitu singkat?

Itulah! Setiap kali ada cuti, dia berdegil sangat tak mahu pulang ke rumah. Terpaksa gunakan alasan sibuk dengan kerja amal di Pulau Pinang, padahal nak jauhkan diri daripada Raisyah. Namun begitu, dia bersyukur dengan kepulangan dia ke rumah tempoh hari, membawa hikmah yang besar. Alhamdulilah, akhirnya Hakim bersetuju dengan cadangannya yakni berpindah ke Johor. Bolehlah dia kerap pulang ke rumah setiap kali ada cuti. Yahooo!

Hafidz tutup novel lalu diletakkan diatas riba. Kemudian dia merenung ke luar tingkap sambil menongkat dagu. Pagi ini hujan turun dengan lebatnya. Suasana yang dingin sejuk di dalam bas membuatkan Hafidz terpaksa menyarung sweater ke tubuh. Sementara itu, dia membaca doa hujan disertakan sekali hajatnya. Jejaka disebelahnya itu turut melakukan perkara yang sama. Sepanjang Hafidz duduk disebelahnya, dia sedari jejaka ini banyak isikan masa dengan membaca kitab Al-Quran. Hafidz berasa kagum dengannya.

"Best ke novel tu?" Soalan dari jejaka itu buat dia tersedar dari lamunan. Hafidz tersenyum saat mata mereka saling bertentang.

"Best! Jom tukar?"

"Boleh juga" Akhirnya novel dan kitab Al-Quran yang berkulit merah hati itu bertukar tangan. Hafidz dan jejaka itu mulakan bacaan. Tatkala Hafidz selesai membaca Quran, jejaka itu hulur novel kepada Hafidz dan bersuara tenang.

"Nak balik ke mana?"

"Nak balik Matrik Pulau Pinang.. Saudara?" Hafidz menyoal kembali.

"Oh.. Saya nak balik USM"

Bibir Hafidz mengungkir bentuk 'o' sambil mengangguk kepala. Entah mengapa, pabila dia mendengar suara lelaki ini dan caranya berbicara, dia mula teringat akan sesuatu. Kenapa jejaka ini seperti dia pernah lihat ya. Tapi dimana ya?

TEKOMA [ C ]Where stories live. Discover now