"Sabarlah.. Boleh lucut kain aku macam ni.." Kata Firdaus sambil kain pelikatnya dipegang kuat. Takut terlodeh, malu nanti. Tak fasal-fasal dia buat free show dekat sini. Nasib baik semua pelajar sudah lelapkan mata.
Sesampai sahaja di blok yang Munirah bagitahu tadi, terus Hafidz dan Firdaus naik ke tingkat 2. Semua pelajar perempuan yang menunggu sudah siap memakai tudung dan memberi ruang Hafidz dan Firdaus menuju ke bilik Syuhadah. Susuk tubuh Munirah dicari terlebih dahulu. Payah Hafidz nak mencari walaupun dengan dua pasang mata. Mana tidak, ramai pelajar perempuan mengerumun dihadapan bilik Syuhadah bagaikan sedang menyaksikan wayang kulit percuma.
"Munirah mana?" soal Hafidz kepada pelajar perempuan yang berdiri disitu.
"Kat dalam.. " balas Wani, terkinja-kinja gedik. Pertama kali berbicara dengan Hafidz, mana tak suka dia dibuatnya. Crush kut!
"Boleh panggil dia sat," pinta Hafidz. Seperti yang diarahkan, Wani panggil Munirah untuk keluar. Munirah keluar dalam keadaan dirinya serabut. MasyaAllah.. teruk sangat kah jin dalam tubuh Syuhadah?
"Hafidz, alhamdulilah awak datang. Tolong saya rawat Syuhadah. Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi" ujar Munirah, pasrah. Bila Munirah yang arif dalam bidang perubatan pun tak mampu nak merawat Syuhadah, nampak gayanya dia perlukan bantuan tenaga lelaki seperti Hafidz.
Hafidz diam lama. Entah mengapa dia rasa tanggungjawab itu berat sekali buat dirinya. Aku? Rawat Syuhadah? Ya Allah... Mampukah aku?
"Hafidz?" Panggil Munirah. Dengan wajah pucat, Hafidz pandang wajah Munirah.
"Awak pernah uruskan kes macam ni kan sebelum ni?"
"Pernah tu pernah.. Tapi saya takdelah mahir mana macam Ustaz Ismail" Bukan mencipta alasan, tapi Hafidz sudah lupa caranya. Sudah lama dia tingalkan ilmu tersebut sejak umurnya 15 tahun dan sekali sekala sahaja Hafidz merawat mereka yang terkena rasukan.
"Takpelah, saya cuba. Awak dah pakaikan Syuhadah tudung?"
"Saya nak pakaikan tadi.. Ni ada air yassin. Awak bacalah surah Ruqyah.. Ayah saya datang lambat sikit. Cepat, Hafidz.." Ujar Munirah risau.
Ya Allah! Kenapa aku rasa berdebar sangat! Bukan aku tak pernah uruskan kes macam ni walaupun pesakit tu perempuan, tapi.. kali ini lain. Aku terpaksa rawat orang yang aku suka.
"Hafidz.. cepatlah" desak Firdaus yang berdiri lama dibelakangnya. Tubuh Hafidz ditolak masuk ke dalam bilik Syuhadah. Firdaus tahan mata dari ngantuk walaupun dah berkali-kali menguap besar. Demi kawan, apa boleh buat.
"Err Fird, kau kena ikut aku masuk! Munirah, tolong arahkan mereka yang tak berkenaan keluar dari bilik ni. Biar roomate Syuhadah je yang tinggal. Munirah, nanti awak pun temankan saya juga.." arah Hafidz. Munirah dan Firdaus mengangguk faham. Masing-masing jalankan arahan yang disuruh. Pintu dikunci. Hanya mereka berenam sahaja yang berada didalam bilik tersebut.
Hafidz renung lama wajah Syuhadah. Gadis itu diam tidak berkutik sambil melunjur kaki di atas katil. Matanya merah memandang kiri dan kanan. Hafidz duduk dibirai dengan berhati-hati. Dia mengadap gadis itu dengan jarak 1 meter. Perasaan suka ditolak ketepi. Niat untuk merawat menjadi matlamat utama Hafidz sekarang. Kesah apa kalau gadis yang dia suka ini pakai baju tidur Hello Kitty. Kumat-kamit mulut Hafidz membacakan sebahagian ayat-ayat ruqyah lalu dihembuskan ke dalam botol yang sudah dibacakan yassin. Jin itu menjerit kepanasan kerana terdengar surah ayat suci Al-Quran itu dibaca.
"Diamlah tak guna!" Tempik Syuhadah.
"Erghh Panas! panas! " Jerit Syuhadah, kesakitan. Hafidz tahu jin itu menggelupur kesakitan dek terkena air bacaan Al-Quran itu. Memang dia sengaja percikkan ke seluruh muka dan badan Syuhadah agar Jin itu bisa keluar dengan sendiri. Ternyata Jin itu masih berdegil, malah dia berusaha menyerang Hafidz, mujur Hafidz sempat mengelak.
YOU ARE READING
TEKOMA [ C ]
SpiritualPesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realiti. Manusia ada sifat marah, dengki, iri hati dan sebagainya tapi mereka yang bijak tahu kendalikanny...
• Bab 19 •
Start from the beginning
![TEKOMA [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/83527212-64-k679935.jpg)