♡ATNK - BAB 1♡

99 2 0
                                        

Guruh semakin kuat . Hujan yang membasahi bumi masih belum reda . Aiden yang sedang leka bermain telefon terkejut sehingga fonnya terlepas dari tangan dan menghempas ke katil apabila kilat berdentum dengan kuat .

"Astaghfirullah, nasib baik henfon aku tak jatuh ke bawah ." Kata Aiden lalu meletakkan iPhone 7+ nya di atas meja lalu keluar dari bilik .

Semasa menurun tangga dia terdengar bunyi gelak ketawa dari ruang tamu . Nampaknya semua ahli keluarga sudah ada kat bawah . 'Haish, tak ajak aku join pon .' Gumam Aiden dalam hati .

"Ha, dah turun pon anak dara sorang ni . Opps anak teruna ." Kata adik lelaki Aiden iaitu Emir Farhan .

"Hahaha . Jahat abang Han ni . Tapi ada la betul tu jugak ."Kata adik bongsunya pula iaitu Eidena Farhana .

"Papa tengok dua ekor ni . How dare !" Kata Aiden yang sudah menayangkan muka cemberut . 'Hampeh ada adik-adik tak guna ni.'

Papa hanya menggelengkan kepala tanda taknak masuk campur . Mama pula dah ralit menonton drama televisyen kegemarannya .

"Aiden , semalam kamu kata ada sesuatu nak bincang dengan kami . Alang-alang semua dah ada ." Kata papa .

"Err, sebenarnya.. sebenarnya .." kata Aiden sedikit gagap, sebelum sempat menghabiskan ayat Emir mencelah .

"Sebenarnya apa ?! Haish ." Marah Emir Farhan .

"Haish sabarlah . Aku nak cakap la ni . Jangan potong stim boleh tak ?!" Bentak Aiden lalu menyambung . "Sebenarnya Aiden nak kahwin la dalam masa sebulan ni . Kalau boleh taknak tunang nak kahwin terus ." Kata Aiden sambil menggaru kepala yang tidak gatal .

Mama yang ralit menonton tv langsung memandang Aiden tanpa berkedip mata . Terkejut benor mama Aiden nih . "Kamu ni biar betul ? Jangan nak bergurau boleh tak ? Ingat perkahwinan ni main-main ke ?" kata mama Aiden tegas .

"Wah, baguslah kalau kau dah sedar . At least kau tak cari teruna untuk jadikan bakal isteri kan ? Eh bakal suami haha ." Kata Emir sambil tersenyum sinis ke arah Aiden .

Lidah aku kelu . Emir macam mengetahui rahsia aku . Aku harap kata-kata Emir tu tidak mempunyai maksud yang tersirat . Bimbang jugak takut terkantoi . Diorang ingat aku dah berubah padahal still tak insaf . Dah tak mengharap pada si gadis yang tinggalkan aku .

Hubungan aku dengan Emir sudah tidak serapat dulu . Hanya kerana perubahanku inilah yang membuatkan hubungan kami semakin renggang . Akibat aku merana kerana kisah silam terdahulu menyebabkan kami bergaduh . Aku boleh berbaik dengannya bila aku dah berubah sepenuhnya dan ingin berkahwin .

Flashback~

"Stop it, abang . Sampai bila abang nak sedih pasal perempuan tu ? Dia tu tak layak nak dijadikan isteri abang tau . Abang kena sedar hal tu ." Kata Emir yang meraup wajahnya .

"Abang bukan tak boleh move on Han tapi abang sakit hati sangat dengan apa yang dia dah buat dekat abang ni . Abang bukan tak boleh terima orang lain dalam hidup abang sebab dia , abang just takut alami benda yang sama ." Kata Aiden dengan keluhan kasar .

"Up to u la Aiden . Ikut suka kau la sekarang . Aku tak nak cakap apa dah . Tak guna aku berbuih mulut untuk orang macam kau . Takde maknanya aku nasihat kalau kau tak nak dengar . Dahlah perangai tak ubah macam lembut . Perlu ke berubah sampai macam tu ?!" Kata Emir yang sudah meninggikan suara .

Bukk~

Satu tumbukan kuat kena tepat pda pipi Emir . Inilah kalau cakap tak berlapis kan dan kena tempiasnya . Aiden yang baru tersedar dengan keadaan itu mahu memegang muka Emir namun ditepis kasar .

"Abang minta maaf . I'm so sorry ." Kata Aiden yang mula rasa bersalah .

"Mulai saat ni aku takkan panggil kau abang . Seorang abang yang penyayang takkan pukul adik dia tanpa sebab . Mana perginya sifat penyayang kau tu ? Aku bagi nasihat nak tolong kau tu kira bagus sebab aku sayang kau . Papa pon tak pernah tau tumbuk muka aku yang hensem ni . Sebelum itu .."

Bukk~

Satu tumbukan mengena pada Aiden . "Macam ni baru la adil . Ni pon belum puas lagi hati aku . Kalau kau nak berbaik semula dengan aku, kau kahwinlah dengan seseorang yang mampu bahagiakan kau . Terserah kau la kalau tak nak berbaik dengan aku pon . Okaylah aku chaw dulu ." Kata Emir dengan panjang lebar lalu berlalu pergi .

End of Flashback~

Aiden mengetap bibirnya menahan geram dengan sikap adiknya . Kalau ikutkan hati nak je pi tumbuk dua tiga kali baru puas . Tapi dia menahan sabar . Takut mengulangi kesilapan yang sama . Taknak berlaku pertelingkahan depan orang tuanya .

"Itu dulu but now I'm serious, mama . Maybe kedengaran terlalu terburu-buru tapi i'll prove it to you that i will be a responsible husband ." Kataku dengan yakin .

"Who's your future wife ? Papa dengan mama kenal ke family diorang ?" Tanya papa .

"Kenal sangat pa . Keluarga Dato' Hamid . Anaknya yang kerja model tu . Kalau boleh Aiden nak mama dengan papa masuk meminang dalam masa terdekat ni ." Kata Aiden dengan tersenyum lebar .

"What ?! Bapak gilerr kau punya pilihan tu abang . Tapi Dina suka la dapat kakak ipar model . Wow gitu ." Kata Eidena dengan ketawa kecil .

"Tak sangka tinggi jugak taste kau . Isteri pon pilih yang umphhh .. meletop ." Kata Emir dengan senyuman penuh makna .

"Korang berdua nak cakap apa pon terserah . Aiden tetap dengan pilihan Aiden nak mengahwini Liya Amalina . I'm serious what i'm saying ." Kataku dengan nada serious .

"Baiklah kalau begitu . Hujung minggu ni kami pergi masuk meminang . Kalau mereka tolak macam mana ? Kami yang harus tanggung malu . Liya tu umur masih muda lagi ." Kata papa langsung mendapat jelingan maut dari mama .

"Aiden yakin pa . Dia akan terima Aiden . Siapa yang taknak berbesankan Tan Sri ? Zaman sekarang hanya pentingkan kekayaan dunia je . Trust me pa . They'll accept me as their family . New family ." Kataku dengan yakin sambil tersenyum dengan penuh makna .

Anak 'Teruna' Nak Kahwin?! (HOLD) Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang