BAB 16 - Buli

186 16 0
                                    


Pagi itu, ketika waktu rehat Aiman, Zakkir dan Aqhar sedang duduk melepas si sebuah bangku panjang di bawah pokok rendang di tepi padang sekolah. Begitulah keadaan mereka ketika waktu rehat. Melepak dan berbual kosong sahaja. Lagak gayanya seperti geng samseng sekolah sahaja.

Seorang pelajar perempuan, membawa alat muzik tamborin dan sehelai kertas A4 berwarna putih berjalan melintasi mereka. Namun sedikitpun tidak dipedulikan oleh mereka bertiga.

Danial seorang pelajar tingkatan dua sedang membaca nota sambil berjalan. Tanpa sedar dia telah berjalan melintasi tempat Zakkir, Aiman dan Aqhar sedang melepak.

‘’Hangpa pi mintak duit dekat dia sat.’’ Arah Zakkir seperti seorang ketua kepada Aiman dan Aqhar. Zakkir yang dikenali pendiam kini seperti sudah berubah perwatakannya.

‘’Jom.’’ Aiman mengajak Aqhar yang berada disebelahnya. Mereka berdua bangkit berjalan ke arah Danial. Wajahnya ada iras-iras Iqra, rakan sekelas mereka.

Danial berhenti melangkah apabila laluannya dihalang oleh Aiman dan Aqhar. Di wajahnya mula terbit rasa cuak. Wajah Aiman dan Aqhar di pandang bersilih ganti. Aqhar mula memaut tangan Danial ke belakang. Sebelah lagi tangannya memegang bahu Danial.

‘’Woi.. aku an..an..an.. duit mana duit duit duit?’’ Tanya Aiman kepada Danial.

‘’Aku mana ada duit. Aku tak bawa duit.’’  Jawab Danial dengan nada ketakutan.

Aiman yang tidak berpuas hati segera memeriksa poket pada pakaian  Danial. Danial tidak dapat menghalang kerana tangannya dipegang oleh Aqhar. Aiman menyeluk poket belakang seluar Danial dan mengeluarkan satu wallet milik Danial.Aiman memegang dompet milik Danial dengan wajah yang bengis.

‘’Ni, apa ni. Pandai tipu noh.’’ Ujar Aiman geram sambil menampar dompet itu pada kepala Danial. Aiman menoleh ke arah Zakkir yang sedari tadi duduk sahaja memerhatikan mereka.

‘’Lencai, masuk.’’ Panggil Aiman kepada Zakkir yang di gelar Lencai itu. Zakkir berjalan tenang ke arah mereka. langkahnya seperti seorang kepala gengster.

‘’Woi, hang kecik-kecik pandai menipu noh’’. Ujar Zakkir sambil sebelah tangannya diletakkan ke belakang.

Danial diam. Tunduk memandang lantai.

‘’Hang tau dak, sebut ja nama Lencai, satu sekolah kenai. Hang berani nak tipu aku noh.’’ Kata Zakkir lagi sambil mereka bertiga mengelilingi Danial yang sedang ketakutan. Kepalanya sakit akibat ditampar oleh Aiman tadi dengan wallet miliknya.

Tiba-tiba, dua orang pelajar lelaki pula muncul entah dari mana  bersama seorang cikgu disiplin. Perbuatan mereka bertiga yang membuli Danial telah dilihat oleh dua orang pelajar lelaki tersebut lalu mereka telah mengadukan hal tersebut kepada cikgu disiplin.

‘’Buat apa tu?’’ Tegur cikgu disiplin yang berwajah iras-iras Hafiz. Hafiz wajah cikgu? Hurmmm.

Mereka bertiga disitu kelihatan terkejut. Begitu juga dengan berpasang-pasang mata yang memerhati sahaja sedari tadi.

‘’Wow, penyelamat sudah datang.’’ Ujar Zakkir dalam nada seperti Jai dalam filem KL Gengster. Kuat betul terpengaruh Zakkir ni.

Zikri yang bersama cikgu disiplin tadi menarik tangan Danial ke arah mereka.

‘’Woo..ada orang selamat. Pergi dulu.’’ Arah Zakkir kepada Aqhar. Aqhar manarik semula tangan Danial ke arah mereka. Seperti dua orang lelaki merebut seorang wanita pula mereka ini. Cikgu Disiplin pula seperti tidak wujud disitu.

Terjadi pergaduhan kecil antara Aiman, Aqhar dan Zikri. Cikgu disiplin cuba untuk meleraikan mereka mereka apabila tiba-tiba seorang pelajar perempuan lalu.

Kcing ...kcing .....kcing.... kcinggggggg ....kcing....

Bunyi tamborin berserta sehelai kertas A4 berwarna putih membuatkan mereka semua terpana seketika. Semua mata terpandang ke arah pelajar perempuan tersebut.  Ah, dia ni lagi. menghairankan sungguh, sedikitpun dia tidak peduli pada pergaduhan yang sedang berlaku.
Pergaduhan diteruskan apabila kelibat pelajar perempuan tadi hilang. Cikgu disiplin sudah hilang sabar.

‘’Stop!’’.  Jerit cikgu disiplin.

‘’Mundur mundur mundur.’’ Arah Zakkir kepada Aiman dan Aqhar. Mereka bertiga mengundur. Menjarakkan langkah daripada Zikri.

Cikgu disiplin berada di tengah-tengah antara mereka.

‘’Asal aku nampak bergaduh je muka hampa dua. Paw duit orang lagi. Ingat hampa samseng sangat ke?’’ Tegas sahaja nada suara cikgu disiplin. Dia nampaknya begitu marah.

‘’Sorry la cikgu, seluar saya koyak.’’ Zakkir beralasan.

‘’Seluar koyak? Nak berapa ringgit?’’

‘’Rm 2.’’ Cikgu disiplin mengeluarkan beberapa helai not RM1  dari walletnya lalu di hulurkan kepada Zakkir.

‘’Minta maaf cikgu, saya tak makan rasuah, cikgu.’’

Cikgu disiplin merenung tajam ke arah Zakkir. Tepat menikam ke anak mata.

Zakkir mengambil juga duit yang dihulur sambil mengucapkan terima kasih kepada cikgu disiplin.

‘’Dah, minta maaf balik.’’ Arah cikgu disiplin.

Mereka bertiga akur.

Zakkir bersalam  dan cium tangan cikgu disiplin. Begitu juga dengan Aiman dan Aqhar. Mereka juga turut   bersalaman dengan Danial. Mangsa buli mereka.

Gelagat mereka itu sedari tadi telah di perhatikan oleh Nazir dari jauh. Tidak pula cuba menghampiri mereka.

Nazir tersenyum seorang diri. Ketawanya tadi sudah reda. Butang ‘stop’ pada skrin telefon bimbitnya di tekan bagi menamatkan rakaman video tersebut. Suara ketawa yang bergemuruh di dalam dewan sudah semakin hilang.

‘’Begitulah tadi, persembahan daripada kelas 4k1. Persembahan untuk kelas seterusnya akan disambung selepas minggu peperiksaan.’’ Ujar satu suara melalui pembesar suara di atas pentas. Satu tepukan gemuruh di berikan lagi.

Nazir memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.

‘’Kenangan.’’ Bisiknya di dalam hati sambil mengukir satu senyuman dan berlalu dari situ mendapatkan Steward di bahagian belakang.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now