bab 1

14 1 0
                                        

hari pertama Persekolahan,hari yang bosan bagi Nur Amira lyana.
Mana tak nya pagi-pagi kena dengar cikgu membebel kerana pelajar masih berjalan sedangkan perhimpunan sudah mahu bermula."pelajar sekalian,percepatkanlah langkah kamu,jangan buat orang lain tertunggu hanya disebabkan kamu lewat ke dataran"bebel cikgu bertugas dihadapan.

Mira pula seperti biasa,bunyi sahaja loceng sekolah dia perlu menjaga pintu masuk dan catat nama pelajar yang lewat.Hari pertama sekolah pon ramai lagi yang lewatlah,stoking pendek lah,macam macam masalah disiplinnya.Mira adalah seorang pengawas yang sangat bertanggungjawab dengan tugasnya.dia tidak pernah membantu rakannya sendiri sekiranya ada masalah disiplin. memang Agak kejam tapi,amanah tak boleh main main,nanti kena soal kat akhirat.

🌼

Selepas bacaan doa dan nyanyian lagu sekolah,pelajar dibenarkan masuk ke dalam kelas.masing masing masuk ke dalam kelas macam kambing terlepas dari kandang sebab nak duduk barisan depan. Nak fokus la katakan,Spm nak dekat.

Mira pula pergi bilik pengawas untuk mengambil beg sekolahnya.Tiba tiba ada seseorang mencuitnya dari belakang.bukan hantu tapi ada ibu pelajar tanya dimana pejabat."kakak,makcik nak tumpang tanya,pejabat di mana?"
"Ohh pejabat ada di sana."mira menjawab sambil tangannya menunjukkan ke arah pejabat."takpe lah,mari saya hantarkan.lagipun saya memang kena pergi pejabat pon"pelawa Mira.pengawas mestilah kena tunjuk contoh yang baik.makcik dan anaknya itu pun mengikutinya

"Terima kasih,nama kakak siapa?"tanya makcik itu."nama saya Amira makcik"jawab mira dengan mesra dan berjalan meninggalkan mereka berdua

🌸

Apabila mira masuk saja kedalam kelas, semua kecoh kerana ada murid baru lelaki yang sangat kacak."we Mira kau tahu tak ada pelajar baru nak masuk kelas kita?"baru mira melangkahkan kaki dah kena tarik.

"Hmm aku tahu"jawab mira kemalasan,tahu sangat dengan perangai kawan sekelas dia ni.

"Yeke we,dia hensem kan mira"kata salah seorang rakan kelasnya, nampak pelajar baru je mengedik.

Pelajar perempuan je yang over,kalau lelaki pulak time ada cikgu lawa.
Kelasnya bising sangat macam pasar borong.isu pelajar baru itu macam isu gosip artis.

🌼

Apabila guru masuk kedalam kelas masing masing kelam kabut duduk ditempat masing masing ,semua berdiri dan memberi salam "Assalamualaikum cikgu,kami sayang cikgu!"ucapan itu diikuti dengan gaya 'love'.comel sangat ni.

Macam biasalah dah kalau first day sekolah,mestilah nak pilih ketua,penolong and semua lah yg perlu dilantik.

"Okay,saya nak kamu lantik seorang rakan kamu yang kamu rasa layak untuk menjadi ketua dan penolong"kata cikgu rahimah kepada murid 5sains2.

"Shuhada"

"Amira"

"Nazim "

"Afiq"

Masing masing buka mulut nak lantik kawan,bunyi macam lalat.

Dan akhirnya,cikgu membuat keputusan untuk melantik nazim sebagai ketua, dan syuhada sebagai penolong.sepatutnya Amira, tapi amira sudah ada jawatan dan dia ingin memberi peluang kepada orang lain.

"Ini adalah ketua dan penolong kamu semua.tolong bagi kerjasama dengan kawan kawan kamu ye"

Semasa mereka sibuk menumpukan perhatian kepada guru dihadapan, tiba tiba pelajar lelaki yang dikatakan "hensem" tadi masuk ke dalam kelasnya. Pelajar perempuan masing masing tersipu malu kononnya tunjuk ayu. Yang lelaki pula lain ceritanya.

"Oh ye murid murid, perkenalkan rakan baru kelas anda,silakan perkenalkan diri kepada rakan kamu"kata guru kelasnya

"Assalamualaikum semua, nama saya
Muhammad Amir Danial"pelajar baru itu memperkenalkan dirinya

"Silakan duduk ditempat kamu"arah guru kelas. Masing masing bising suruh pelajar itu duduk disebelah mereka dan akhirnya dia memilih duduk di belakang Amira .

Danial seorang yang sangat pendiam, begitu juga amira. Mereka tekun belajar walaupun mereka belum memulakan pelajaran untuk tingkatan lima.

"Mira, ko ni asyik belajar je tak penat ke? "Syuhada bertanya.

"Biarlah aku penat sekarang, daripada aku penat kemudian"kata amira sambil membuat latihan addmath.

"Ye la, hmm nak join la jugak. Aku tak nak penat kemudian "kata syuhada sambil membuka bukunya.

🌸

Waktu rehat sudah tiba, amira dan syuhada berjalan menuju ke kantin.
"Lamanya tak makan makanan kantin, rindu gilaa"kata syuhada kepada amira.

"Nak duduk mana ni? "Tanya amira
"Kita makan dekat gelanggang badminton nak tak? "
"Aku okay je, jom! Aku lapar"

Disebabkan dah lama tak jumpa,macam macam cerita yang mereka borakkan. Dua sahabat ni memang tak pernah berpisah sejak tingkatan 1 .persahabatan mereka memang banyak kenangan manis dan pahit.

.............

So guys im sorry kalau ada kekurangan, tolong tegur kalau ada kesalahan bahasa or apa apa la.
Thank you !hope you guys enjoy

In The Name Of LoveStories to obsess over. Discover now