"Dah terbiasa." balas aku. Aku mengerling kearah Baekhyun yang sedang sibuk memasak itu. Ceh, tunjuk sikap ala-ala suami mithali la tu.

"Eomma, mana daging tadi?" soal Baekhyun. Eh jap— Apa dia cakap tadi? Eomma?

"Tu eomma dah letak kat tepi tu." Eomma Hyerin menjuihkan bibirnya.

"Eomma?"

Soalan aku membuatkan mereka serentak memandang aku. Eomma Hyerin tertawa kecil.

"Ahjumma suruh dia panggil ahjumma, Eomma. Dia rindu mendiang eomma dia katanya." balas eomma Hyerin bagi pihak Baekhyun. Aku menjeling Baekhyun yang tersenyum kemenangan.

"Taehyung pun dah tak ada eomma."

Okay aku lawak dengan ayat aku. Macam minta perhatian je HAHAHAHAHA.

Baekhyun yang mendengar kata-kata aku terus mencebik.

"Yeke? Tak apa, Taehyung panggil ahjumma, Eomma." kata eomma Hyerin. Aku tersenyum lebar.

"Jadi Taehyung ni la adik Baekhyun tu eh? Muka tak sama pun." ujar eomma Hyerin tiba-tiba. Aku mendekati Baekhyun yang tengah memasak.

"Dia adik tiri saya. Mungkin iras dari mendiang eomma yang buatkan muka kami berbeza. Appa sama, eomma lain." balas Baekhyun. Eomma Hyerin mengangguk faham.

"Taehyung pun nak masak. Boleh ke eomma?" soal aku dengan nada yang err aegyo (?)

"Hah? Err, boleh je. Tapi masak banyak-banyak ni, tak membazir ke?" soal eomma Hyerin seraya memotong sayur di meja.

"Tak apa, kawan-kawan saya tu semua nafsu makan tahap dewa. Pasal bahan memasak ni eomma jangan risau, biar kami belikan nanti." balas aku seraya mengambil kuali yang tergantung di tempat berhampiran kabinet. Nak masak apa eh? Aku rasa Baekhyun masak nasi goreng kimchi. Aku masak bulgogi lah!

"Chanyeol dah bangun ke?"

Soalan eomma Hyerin membuatkan pergerakan aku dan Baekhyun terhenti. Aku memandang Baekhyun sekilas, dia hanya diam. Aku berpaling mencari wajah eomma Hyerin.

"Tak, belum lagi. Penat sangat kot dalam kereta semalam tak cukup tidur." balas aku. Suasana menjadi sedikit awkward.

"Hyerin kata kamu ni sepupu Chanyeol, betul ke?" Mata aku terbuka luas. Hah sudah satu masalah lagi. Habislah.

"Errr yaaaa." balas aku meleret. Baekhyun aku lihat menjegilkan matanya kepada aku.

"Macam mana Chanyeol boleh jadi sepupu kamu? Maksud eomma, Hyerin pun ada tunang sebelum ni. Nama, wajah, fizikal dia memang 100% serupa dengan Chanyeol sepupu kamu tu. Eomma dapat rasakan Chanyeol sepupu kamu tu adalah orang yang sama dengan Chanyeol yang pernah jadi tunang Hyerin dulu."

Aku dan Baekhyun memandang antara satu sama lain.

Damn, what I have to do now?

------

Hyerin's POV




Aku menyisir rambut aku sehingga menjadi rapi. Susuk tubuh Taeyeon yang masih tertidur di atas katil aku pandang. Ah, biarlah dia. Mesti dia penat lewat tidur semalam. Aku membetulkan baju long sleeve berwarna biru aku sebelum keluar dari bilik dan melangkah ke dapur. Kesian eomma, mesti dia masak lebih memandangkan kami terlebih tetamu.

Baru sahaja aku ingin menyapa eomma, kata-kata aku bagaikan tersangkut di tekak apabila melihat eomma yang sedang beramah-mesra dengan Taehyung dan Baekhyun. Dah macam anak-beranak aku tengok.

"Morning." Serentak mereka bertiga memandang aku. Aku perasan sesuatu, asal aku pakai baju yang sama dengan Baekhyun ni?

"Morning too." balas Taehyung. Baekhyun yang perasan aku pandang dia tak berkelip terus menyambung kerja memasaknya. Eh? Memasak?

The Vampire Next Door ✔️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum