Bab 15

5.7K 141 39
                                    

SETELAH puas memujuk ahli keluarganya, akhirnya mereka membenarkan juga Rin ke Melbourne. Itu pun bersyarat. Syaratnya, semua kos pengajiannya ditanggung oleh Dato Karim dan setelah pulang nanti, Rin perlu bekerja di hotel milik Dato Karim.

Pada mulanya Rin menolak. Mana tidaknya, dia berasa segan dengan budi baik keluarga mentua kakaknya itu. Rasanya sudah tidak terhitung jasa yang diberikan kepadanya. Terasa dia sangat bertuah kerana dikurniakan keluarga sebaik keluarga Dato Karim. Tambahan pula, duit yang ditinggalkan oleh ayah dan uminya masih belum terusik. Jadi, dia ingin menggunakan harta itu untuk mencapai cita-citanya. Tetapi pujukan demi pujukan Dato Karim dan Datin Azmah membuatkan dia tidak mampu untuk terus menolak.

Rin menyalami dan memeluk Eiyra, Nia, Datin Azmah dan Farah yang datang untuk menghantarnya.

"Firash jaga mama elok-elok, ya? Nanti mak ngah balik bawa perempuan mat salih untuk Firash," kata Rin sambil mencubit pipi tembam Firash yang berada di dalam dukungan Farah.

"Tak payah bawa balik perempuan mat salih. Firash nak mat salih aje untuk jadi uncle Firash," jawab Farah.

Rin tergelak sebelum sekali lagi kakaknya itu dipeluk. "Kak long jaga diri, ya?"

"Ya. Rin pun jaga diri kat sana. Jangan nakal-nakal. Sampai sana, terus telefon kami," pesan Farah.

Rin mengangguk. "Baik, kak long."

Seterusnya, langkahnya diatur ke arah Haikal yang hanya mendiamkan diri sedari tadi. Dia tahu Haikal penentang utama tindakannya ini tetapi apa boleh buat? Rin sudah nekad dan tidak mungkin dia berpatah kembali dari keputusan yang dibuatnya.

Tiba di hadapan Haikal, Rin mengetap bibir. Tiba-tiba dia terasa gugup.

Seminit berlalu namun masing-masing tak bersuara.

"Errr... Rin pergi dulu, ya?" kata Rin kemudian. Suasana sunyi antara mereka membuatkan dia benar-benar terasa janggal.

Haikal mengangguk sebelum bersuara. "Mummy dengan daddy kirim salam."

Rin mengangguk sebelum menjawab salam. "Nanti kirim salam balik dekat dia orang, cakap Rin minta maaf sebab tak sempat jumpa dia orang. Errr, Rin pergi dulu. Kal jaga diri, ya?" pesan Rin.

"Rin..." panggil Haikal tiba-tiba.

Rin mengangkat wajahnya.

"Perlu ke Rin pergi?" soal Haikal. Hatinya tidak putus-putus berdoa agar Rin akan mengubah keputusannya walau dia tahu perkara itu adalah sesuatu yang mustahil. Bukannya baru hari ini dia mengenali Rin yang sangat degil dan tegas dalam membuat keputusan. Terutamanya yang melibatkan masa depannya.

Rin mengangguk. "Ni cita-cita Rin."

Haikal mengeluh. Tepat seperti jangkaannya. Nampaknya dia harus mengalah. Lambat-lambat dia mengeluarkan kotak kecil dari poket jaketnya lalu dihulurkan kepada Rin.

"Apa ni?" soal Rin walau dia sudah tahu isi kotak tersebut. Ini kali ketiga dia melihatnya.

"It is yours." Melihat Rin hanya memandang, Haikal meletakkan kotak kecil itu ke atas tangan Rin.

"I will waiting for you, Airin Nadia. It is doesn't matter how long. Take your time, sayang," kata Haikal.

"Tapi..."

"Rin tahu kan Kal sayang sangat dekat Rin? Kal takkan halang Rin pergi tapi Kal harap Rin sudi balik pada Kal nanti. Kal akan tunggu Rin."

Rin terharu. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Hatinya mula tergugat. Dia menggigit bibir.

"Kal, boleh janji dengan Rin?" soal Rin perlahan.

"Sure." Haikal mengangguk. Dia mengukir senyum manakala Rin mengeluh.

"Jangan tunggu Rin."

Haikal terpanar. Terus mati senyuman yang baru diukirnya tadi. "Why?"

"Because I don't want you to get hurt again. Rin tak tahu masa depan kita macam mana. Rin takut kalau Rin berjanji, Rin tak tepati. Rin cuma boleh cakap kalau ada jodoh kita, adalah. Tapi Rin tak nak Kal terluka."

"Rin tak nak Kal tunggu Rin ke?" soal Haikal.

"Rin bukan tak nak bagi Kal tunggu Rin tapi Rin tak nak Kal tutup pintu hati Kal untuk perempuan lain yang lagi baik daripada Rin."

"Kal tak kesah kalau kena tunggu Rin. Kal sayang Rin. Kal hanya cintakan Rin sorang aje. Kal tak boleh nak cintakan orang lain," kata Haikal penuh yakin.

"Kal, Rin tak nak Kal terluka. Rin tak nak Kal seksa hidup Kal kerana Rin," kata Rin.

"Kal takkan terluka kalau Rin bagi Kal peluang."

Rin mengeluh kecil. Kenapa hati Haikal begitu keras? Apa istimewanya dia sehingga Haikal begitu mencintainya? Atau sebenarnya hatinya sendiri yang keras? Kerana hingga ke saat ini, hatinya langsung tidak terbuka untuk Haikal.

"Maafkan Rin, Kal. Rin pergi dulu."

Belum sempat Rin berpaling, Haikal menarik lengannya.

Rin mengangkat wajah dengan dahi berkerut. Apa lagi ni?

"I will waiting for you," kata Haikal sebelum lengan Rin dilepaskan.

Rin pura-pura tidak mendengar. Langkahnya menghampiri kakak dan keluarga abang iparnya. Dalam hatinya, dia berdoa semoga dengan pemergiannya ini Haikal akan dapat melupakannya.

DADA Rin tiba-tiba rasa berdebar-debar. Dia berpaling untuk melihat lelaki yang baru melintasinya namun belum sempat dia melihat insan tersebut, dia terlanggar seseorang.

Tiket dan pasportnya terjatuh. Tapi belum sempat dia menunduk, lelaki yang dilanggarnya tadi terlebih dahulu membantunya.

"Sorry," ucap Rin tatkala dihulurkan pasport dan tiket kapal terbangnya. Tanpa memandang lelaki yang dilanggarnya, Rin meneruskan perjalanannya. Langsung terlupa untuk berpaling melihat lelaki yang baru melintasinya.

"Kau pergi mana tadi? Tiba-tiba aje hilang," kata Fiqri sebaik sahaja Dent muncul di hadapan mereka.

"Aku terlanggar orang tadi. Tapi kan, muka dia macam pernah tengok aje."

"Siapa? Perempuan?" soal Alif.

"Siapa apa?"

"Orang yang kau langgar itulah."

Dent mengangguk.

"Cantik?" tanya Alif lagi.

"Kenapa kau tanya?" soal Dent kembali.

Alif menggeleng kepalanya beberapa kali. "Mesti perempuan tu cantik, kan? Sebab tu kau rasa macam kenal."

Dent yang rasa seperti diperli, bersuara. "Ingat aku ni macam kau ke? Pantang tengok perempuan?"

"Eh, apa pula akunya?"

"Kita dah lambat ni. Kau orang ada masa lagi nak bergaduh, eh?" soal Fiqri. Dent dan Alif tersengih-sengih sambil mengejar langkah Fiqri yang semakin laju. Mana tidaknya, pengumuman penerbangan mereka sudah pun dibuat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

VVIP DihatikuWhere stories live. Discover now