20 | Taehyung's Birthday

Start from the beginning
                                    

"Nampak macam tak confident je. Takpelah. Dah, jom keluar." Aku dan Chanyeol keluar dari perut kereta dan berjalan ke bonet untuk mengambil barangan yang baru dibeli. Kami berjalan beriringan memasuki rumah sambil menjinjit beg plastik. Hati aku berdegup laju. Aku pun tak tahu kenapa.

"Woah, Chanyeol eloklah kau dah sampai. Tolong aku kat dapur jap. Eh? Hyerin pun ada? Jihye?" kata Kyungsoo. Bunyi loceng dibunyikan dan pintu yang dibuka membuatkan kami berpaling.

"Hah panjang umur. Here you are, Jihye." Jihye tersenyum dan mendekati kami.

"Korang datang nak tolong ke?" soal Kyungsoo.

"Tak lah. Diorang nak buat kerja amal kat sini. Of course lah nak tolong." Kyungsoo menjeling tajam memandang Chanyeol. Loyar buruk nampak.

"Okay, tanpa membuang masa, Chanyeol tolong aku kat dapur. Jihye tolong Jin hias meja tu, Hyerin tolong Baekhyun hias dinding kat situ." Kyungsoo menunjuk kearah ruang tamu yang perlu dihias dindingnya. Kelihatan Baekhyun yang memakai T-shirt putih dan seluar hitam paras lutut terkial-kial menghias dinding tersebut.

Aku meneguk liur. Peluh bercucuran di dahi aku. Kenapa mesti dengan dia?! Why?!

Baekhyun berpaling memandang tepat kearah aku. Aku menelan liur sekali lagi. Alamak, dia dengar ke? Baekhyun tidak berkata apa-apa dan terus menyambung kerjanya semula. Aku menarik nafas lega. Kecut perut aku tengok pandangan dia tu tadi.

"Okay, start your work now guys!" Kyungsoo memberikan arahan sambil mengetuk sudip dan kuali yang dipegangnya berkali-kali. Jin menjeling tajam memandang Kyungsoo.

"Diam boleh tak? Hilang fokus aku!" Kyungsoo mencebik. Eleh, jealous la tu aku yang dipilih untuk memasak. Jin setakat tukang hias meja je. Kami mula bergerak ke tempat masing-masing. Aku teragak-agak mendekati Baekhyun yang membelakangi aku. Dia sibuk menggantungkan setiap huruf nama 'Kim Taehyung' pada dinding.

"Err... Nak saya tolong ke?" Baekhyun berpaling melihat aku sekilas sebelum dia menunduk mengambil sebuah plastik yang berisi belon yang belum ditiup.

"Tiup belon-belon ni."Aku menyambut plastik yang berisi belon itu sebelum membuka dan mengambil belon yang pertama. Belon-belon ini cuma mempunyai warna putih, hitam, dan kelabu. Sesuai untuk birthday party orang lelaki (?)

Aku mengembungkan pipi mengumpul udara sebelum mendekatkan hujung belon tersebut dengan mulut aku dan meniup sekuat hati. Perkara yang sama aku ulang. Tanpa sengaja mata aku memandang sekilas kearah Baekhyun yang kebetulan sedang memandang aku. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya sambil menahan senyum. Pipi aku membahang. Mesti dia gelakkan aku ni.

Semakin lama, semakin banyak belon yang sudah aku tiup. Aku berhenti sejenak dan mengambil nafas.

"Dah habis ke?" soal Baekhyun seraya mendekati aku.

"Belum lagi." Aku menyambung semula kerja aku. Aku melihat Baekhyun mengambil belon didalam plastik dan turut melakukan perkara yang sama denganku. Pipinya mengembung ketika meniup belon. Aigoo, kyeopta.

"BAHHH!"

"Argghh!" Aku terjerit kecil dan belon yang berada di mulut aku tadi terlepas dan berterbangan diudara. Aku menjeling tajam Baekhyun yang sudah tergelak. Sebelah tangannya memegang belon yang sudah habis ditiup, sebelah lagi memegang perutnya yang terasa senak kerana ketawa.

"1-0." Aku terlopong melihat Baekhyun yang menyambung ketawanya. Idea jahat terlintas di fikiran aku. Aku mendekatkan kerusi aku dengannya dan menyambar belon ditangannya sebelum—

BAMM!

"Satu sama." Baekhyun membulatkan matanya apabila belon yang berada ditangannya sudah lenyap aku letupkan. Aku menjelirkan lidah dan tergelak melihat reaksinya. Baekhyun diam seketika sebelum ikut sama ketawa dengan aku. Aku melihat wajahnya yang damai dan comel ketika ketawa menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi. Dalam diam, hati aku senang melihat wajah gembiranya itu. Baekhyun tidak sejahat yang aku fikirkan.

The Vampire Next Door ✔️Where stories live. Discover now