02 - SMST

15 1 2
                                    

SMST Tanjung Selasih

'Krinnnnnnggggg...' Loceng berbunyi. Tepat jam 7.25 pagi, sudah 40 tahun loceng itu tak pernah lewat dengan jarum jam gergasi yang kemas tertampal di dinding dewan besar Sekolah Menengah Kebangsaan Selasih Tiga. Mereka adalah sepasang benda yang 'synchronize'.

Loceng dan Jam Dinding Gergasi jenama Quartz itu sungguh serasi, berfungsi serentak, tidak ada perbezaan masa antara mereka. Khidmat loceng sebagai pengawal masa adalah alat biasa yang dipakai di sekolah dan dan loceng itu juga sebagai simbolik semboyan persekolahan untuk memulakan sesi pembelajaran, 7.25 pagi mesti loceng berbunyi. Setiap hari, meskipun hari itu adalah Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Dewan yang sudah dipenuhi oleh pelajar sekolah, menanti perarakan guru-guru masuk untuk mengambil tempat, Hari Isnin, adalah hari perhimpunan mingguan yang akan menyaksikan ramai orang berucap, dan pada sesetengah pelajar, ritual ini adalah perkara yang membuang masa dan membosankan. Namun bagi pelajar yang menghargai masa perhimpunan itu, mereka tetap melakukan sesuatu yang produktif. Ada pelajar yang sedang menyalin kerja sekolah, ada pelajar yang sedang membaca novel cinta, dan ada juga pelajar yang menekup muka untuk tidur. Inilah keadaan setiap pagi Isnin.

Perhimpunan yang disertai oleh semua guru, pelajar dan staf sokongan. Secara adat, disekolah ini, para pelajar akan mengambil tempat duduk terlebih dahulu, dan susunan tembat duduk pelajar adalah mengikuti tingkatan masing-masing. Para guru akan masuk kedalam dewan secara serentak, dan akan mengambil tempat duduk di atas pentas. Sebelum ketua pengawas atau ketua pelajar memulakan majlis perhimpunan.

"Azlan mari kejap.." Cikgu Swee Ling memanggil Azlan Azhar yang sedang sibuk membelek kertas kecil di tangan nya. Azlan Azhar berlari kecil menuju ke Cikgu Swee Ling yang merupkan panatia kimia di sekolah itu. Dari riak muka Cikgu Kimia itu, ada perkara mustahak yang perlu dikhabarkan kepada Azlan Azhar yang merupakan ketua pelajar, dan pelajar harapan sekolah.

Cikgu Swee Ling membisikkan sesuatu ke Azlan Azhar, dia menggangguk faham atas apa yang dibisikan oleh gurunya itu. Dia pantas berlari anak naik ke atas pentas. Sambil membetulkan tali lehernya Azlan Azhar mencapai pembesar suara.

"Assalamualikum, dan selamat pagi semua, diharapkan agar semua rakan-rakan dapat bertenang, disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan, semua cikgu ada mesyuarat tergempar, jadi perhimpunan formal kita terpaksa ditangguhkan. Namun sesi perhimpunan pagi ini tetap akan diteruskan untuk kita berkongsi sedikit info dan selepas itu kamu semua boleh ke kelas masing-masing sehingga cikgu masuk, oleh itu saya serahkan majlis ini kepada Saudari Saleha Ibrahim dan sebelum itu kita mulakan perhimpunan kita dengan bacaan Ummul-Kitab dan doa, Al-Fatihah" Azlan Azhar dengan penuh karisma memulakan majlis perhimpunan mingguan itu, walaupun tanpa kehadiran guru-guru selaku vip.

Dewan senyap sunyi ketika Azlan Azhar mengepalai bacaan doa itu. Kelihatan pada guru berkumpul di dataran kawad membincangkan sesuatu. Disebabkan perasaan ingin tahu, walau dalam keadaan menadah tangan bagi memohon perlindungan ada pelajar yang menjenguk-jenguk ke arah kumpulan cikgu dari tempat duduk, 'curiosity makes human look like monkey'.

"Selamat pagi semua, terima kasih Saudara Azlan, ok begini saya tidak mahu bercakap panjang, saya cuma nak mengingatkan semua tentang aktiviti derma darah yang akan dilakukan di dewan ini pada petang ini. Saya sudah edarkan kepda setiap ketua kelas borang maklumat yang perlu diisi oleh semua sebelum menderma. Dan nanti pelajar tingkatan satu harap tunggu dalam dewan sesudah perhimpunan tamat untuk tolong saya susun bangku untuk aktiviti derma darah ni. Sekian Terima Kasih" Saleha Ibrahim menyudahkan ucapannya dengan ringkas.

"Terima kasih atas ucapan tadi, saya rasa tiada ada apa lagi, perhimpunan bersurai kecuali pelajar tingkatan satu, owh ya sebelum itu kepada semua ketua kelas sila berjumpa saya di bilik pengawas untuk mengambil naskah akhbar Paradigma keluaran Junuari untuk kelas masing-masing. Perhimpunan bersurai." Azlan Azhar menekan punat off pada pembesar suara itu, dan mengangkat tangan pada Amjad Ngah Sidek @ Amjad Pancaragam selaku penjaga P.A system sebagai tanda untuk dia mengemas peralatan pembesar suara.

SetanggiWhere stories live. Discover now