[Eunji pov]
Aku tak tahu nak rasa apa sekarang. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ketika ini.
Gembira? Ya. Bahagia? Ya! Aku sangat sangat sangat gembira dan sungguh bahagia sekarang.
Tiada apa yang lebih bahagia bila berjalan di taman bunga sambil dipimpin oleh si putera raja.
"Chagiya.." Suara dia... mampu buat aku cair.
Aku membalas senyuman Baekhyun. Baekhyun menyelitkan rambut yang terjuntai menutupi separuh mataku di tepi telinga. Dia mengelus lembut pipiku menggunakan jari telunjuknya sambil merenungku.
Aku bahagia dalam tatapannya walaupun pada masa yang sama aku berasa sungguh malu kerana dia memandang aku begitu.
"Izinkan oppa.." Baekhyun tiba-tiba mendekatkan mukanya kepadaku.
Aku kaku. Tak tahu nak buat apa.
Baekhyun nak cium aku??
Aku memegang lengannya dan menutup mata. Menunggu dia datang.
"JUNG EUNJI!!!"
Aku membuka mata. Aku dan Baekhyun berpandangan sebelum memandang ke kanan.
What??! CHANYEOL??!
"Jung Eunji! Jangan cium dia!!" Chanyeol jerit kepadaku. Aku ternganga luas dan dalam masa yang sama pelik dan geram.
Kenapa dia menyibuk?!! Erghh! Geram betullah dengan mamat capang ni!!!
"Chagiya.. kenapa dengan kawan baik chagi tu?" Soal Baekhyun kemudian memeluk bahuku.
"JUNG EUNJI!! NANEUN SARANGHAEYO!!!!"
Aku membuka mata. Bangun daripada pembaringan dan terus duduk.
Wow.
Whatta...
Aku mimpi apa tadi??
Otakku cuba memproses mimpi yang ku alami tadi.
Oh ya. Aku tersenyum sendiri. Berjalan di taman dengan Baekhyun sambil berpimpin tangan. Baekhyun nak... cium aku.
Aku blushing tiba-tiba.
Dan, oh ya. Senyumanku pudar dan bertukar dengan muka geram.
Mimpi aku diganggu oleh seorang mamat capang bernama Park Chanyeol!!!!
Aku memukul-mukul bantal. Ish! Dah nak sampai dah part tu!!! Eee!! Semaklah Chanyeol masuk dalam mimpi aku!!!!
Dan dia ada cakap something kan?
Yang dia cintakan aku??
Aku membuat muka nak muntah.
Ewww!!! gelilah! Dahlah kawan baik. Pastu boleh pula nak jatuh cinta bagai.
Daripada fikir pasal mimpi tak jadi tadi, baik aku mandi sekarang. Nanti terlambat pula nak pergi sekolah.
*****
Turun je ke dapur, nampak appa dengan omma sedang makan. Dan tidak lupa juga seorang mamat yang merosakkan mimpi tadi!
Chanyeol mengangkat muka apabila perasan yang aku memandangnya. Dia tersenyum sambil melambaikan tangannya kepadaku.
"Morning Jiji!!" Sapanya. Aku memeluk tubuh dan berjalan ke meja makan. Malaslah nak layan dia pagi ni.
Chanyeol memandang aku pelik tapi, ada aku kesah? Aku duduk dan mengambil sekeping sandwich. Aku makan dengan geram. Aku bayangkan yang aku sedang mengunyah Chanyeol. Kunyah sampai lunyai!!
YOU ARE READING
Notice Me
FanfictionEunji sudah lama memendamkan perasaannya terhadap Baekhyun, seorang yang peramah dan juga menjadi antara pelajar yang diminati ramai. Sudah lama sejak mereka di sekolah rendah lagi. Namun, Baekhyun seperti tidak mengendahkan kewujudannya tetapi teta...
