Okey , ni tentang aku dengan acu aku . Tak amik jauh contoh . Ada depan mata .
First ,
Aku memang dari dulu pakai tudung kalau orang datang , keluar rumah pakai tudung , amik baju kat luar pun pakai tudung apatah kalau ada orang panggil memang aku WAJIB pakai tudung , sedangkan acu aku tak . Dia biasa biasa je . Depan rumah lek je keluar . Tapi sekarang dia lebih daripada apa yang aku lakukan . Dia pakai tudung 24jam . Dalam bilik pun aku ingatkan dia . Dia takut kalau ternampak . Subhanallah sampai macam tu . Aku just pakai tuala tutup kepala tu pun tah tah terkeluar rambut . Siapa tahu ?
Second ,
Aku memang pakai stoking pergi mana mana . Pada asalnya , kaki aku ni sensitive so kalau pakai je kasut ke selipar ke kalau tak pakai stoking memang melecet tak ingat dunia . So aku pun pakai . Kira aku pakai stoking untuk jaga kaki tapi aku lupa sekaligus menutup aurat . Ada juga aku ni terlupa nak pakai mula la nak sorokkan kaki tu . Acu aku mana ada pakai stoking sedangkan solat 5 waktu beb . Stoking mana pakai . Tapi sekarang , peh stoking bola kau tahu panjangnya . Sampai kat lutut . Aku pakai yang biasa biasa je . Dia kata kalau naik tangga ke terselak ke tak risau aurat terdedah . Allahuakbar .
Third ,
Inner dalam tu . Aku pakai dulu . Aku memang wajib pakai . Dia mana pakai , seluar jeans aku pakai yang besar gila , baju saiz L or XL . Acu mana ada . Tapi sekarang dia peh . Dengan baju besar gila , hand-sock tutup tangan tu dengan kain labuh besar stoking jangan katalah .
See , dia dulu biasa je tapi berubah jadi luar biasa . Mana baju seluar dulu dulu dia tak pakai . Solat tak pernah nak tinggal , doa tu lagi lah . So ni saja je aku nak share supaya kita jangan menilai melalui luaran sahaja . Kenal dulu baru ngata . Kalau dulu dia lebih teruk daripada kita , jangan terkejut bila dia lebih hebat daripada kita .
YOU ARE READING
Hijrah
Short StoryAku nak share sikit , betul la orang kata masa tak menentukan seseorang itu untuk berubah , tetapi bermula daripada diri sendiri
