Bab 64: Pengsan

Magsimula sa umpisa
                                    

Fellex tersenyum.Dia mulai menanggalkan bajunya agar lebih mudah Zinnt merawatnya.Dia menukarkan posisi duduknya pula dengan duduk membelakangkan Zinnt.

Tak lama kemudian, terasa jari runcing Zinnt menyentuh permukaan kulitnya.Terasa tangan itu terketar-ketar menyapu ubat kebas di belakangnya.

Ya.Zinnt memang pengecut dalam menguruskan luka.Takut katanya.Tapi kalau luka kecil-kecil seperti ini,dia masih lagi boleh bertahan.

"Hmm.. Adik nak mula bercerita dari mana ya? Abang ingat tak masa istana betina tu roboh tapi adik tak keluar-keluar pun lagi dari situ? Masatu..adik sedang selamatkan Lady Autumn.Kaki dia tersepit dalam rekahan lantai.Tepat-tepat jugak masa tu ada lampu chandelier gergasi yang sedang tergantung diatas kepala kami.Dah nak roboh sangat-sangat dah.Elok-elok je kaki Lady Autumn dapat dikeluarkan,tiba-tiba saja lampu tu jatuh.And then...macam nilah keadaan adik lepastu." Cerita Fellex panjang lebar.

"Oh...begitu.."

Zinnt terus saja mengangguk faham.Tapi wajahnya betul-betul menunjukkan reaksi takut.Takutkan darah.Salah satu serpihan kaca yang terbenam di belakang Fellex ditariknya perlahan.Tangannya sudah terketar-ketar tahap pesakit kronik Parkinson.

Takut seandainya Fellex merasa sakit.

"Abang.Kalau nak cabut kaca tu,cabut jelah kuat-kuat.Adik bukannya rasa sakit pun.Dah lali.Apalah sangat kalau luka ditusuk kaca ni daripada luka tikaman yang pernah adik rasa dulu?" Tanpa ragu Fellex berbicara.Tetapi ia masih tidak dapat menghilangkan rasa takut Zinnt.

"A..abang cuma takut adik rasa sakit... Sebab tulah abang tarik kaca ni perlahan-lahan.." Balas Zinnt,sedikit gagap.Serpihan kaca tadi kemudiannya diletakkan didalam dulang yang tersedia di sebelahnya.

Fellex tersenyum.Dia ketawa kecil.

"Abang tak pernah berubah.Pengecut betul." Sindirnya lagi,nakal.

Bicara Fellex membuatkan pipi Zinnt berona merah.

"Di-diamlah!" Marahnya,cuba untuk menutup rasa malu.

Fellex sudahpun mengemam bibir dari tersenyum lagi.Dia tak mahu senyumannya tampak murah di mata orang.Kerana itulah dia jarang tersenyum.

Diam.Suasana kemudiannya bertukar senyap.Tiada perbualan yang berlaku diantara mereka berdua.Hanya bunyi desiran air hujan sahaja yang kedengaran di cuping telinga.

"Abang..." Panggilan Fellex memecahkan suasana yang sunyi itu.

"Hmm.. A-ada apa?" Balas Zinnt dengan tangan yang terketar-ketar merawat luka Fellex.

"Abang.. Saya rasa,saya nak masuk agama Islam.Saya dah beritahu Syawal tentang ni tapi entah kenapa dia pengsan pulak.Harap-harap abang janganlah pengsan macam dia ya? Senyuman Syawal masa pengsan tadi tu betul-betul menakutkan saya.."

Luahan Fellex itu tadi benar-benar mengejutkan Zinnt.Kapas yang dipegang serta-merta jatuh ke lantai.Lantas tubuh Fellex dipalingkan ke arahnya secara paksa.

"Apa?! Adik nak masuk agama Islam?! Abang tak salah dengar kan?!" Ucap Zinnt,rasa tak percaya.

Fellex hanya mengukir senyum.Dia lantas mengangguk laju.

"Ya! Betul tu! Abang tak salah dengar.Saya betul-betul nak masuk agama Islam! Tak kira apa sekalipun yang berlaku!" Ucapnya,bersemangat sekali.

Zinnt pulak dah rasa nak pitam.

"Adik..benda macam ni jangan dibuat main-main.. Kalau ayahanda tahu nanti macam mana? Tak ke naya nanti?"

Soalan Zinnt membuatkan wajah Fellex masam mencuka.

"Biarlah ayahanda dapat tahu sekalipun.Saya tak kisah.Nanti lama-lama surut juga marahnya kan? Walaupum abang larang habis-habisan,adik tetap akan buat jugak." Balasnya,selamba.

Zinnt dah menepuk dahi.Aduhai..adik dia yang sorang ni.. Degil betullah! Hish...terpaksa jugaklah dia mengalah.

"Baiklah.. Kalau itu keputusan adik,abang terima.Adik bernasib baik jugaklah sebab puak kita bebas nak anuti apa-apa agama sekalipun.Yelah.. Abang tak larang.."

Zinnt kemudiannya memalingkan tubuh Fellex supaya menghadap ke arah hadapan semula sebelum meneruskan kembali proses merawat luka adiknya itu.

Fellex pulak sudahpun mengukir senyuman kemenangan.

"Terima kasih abang kerana memahami! Tapi..saya ada satu lagi permintaan..." Pinta Fellex lagi,seronok.

Zinnt terus saja mengangguk perlahan.

"Ya.Ya.Cakap saja.Abang akan tunaikan." Balasnya acuh tak acuh.Dia leka mencabut satu persatu serpihan kaca di luka adiknya.

"Abang... Tolong potongkan rambut saya.Saya nak rambut pendek macam Syah.Boleh kan?"

Permintaan Fellex itu lebih mengejutkan Zinnt.Mahu pitam saja dirinya kini! Dasyat benar tamparan perasaan yang Fellex berikan kepadanya sekarang!

Bagi puak Elf,rambut yang panjang merupakan lambang kebanggaan dan kesetiaan mereka.Jika dipotong maka tiada lagilah perbezaan Elf dengan manusia lagi.Malah lebih teruk mereka mungkin dibuang negeri semata-mata kerana memendekkan rambut! Amatlah mengarut jika Fellex ingin berbuat sedemikian! Tak takut dihukumkah dia nanti?!

"Apa?!!!"

Seperti Syawal juga,kini giliran Zinnt pula untuk pengsan.Nasib baiklah Fellex lebih cepat menyambut tubuh abangnya itu.

Kepala yang tak gatal digaru.Fellex tak mengerti.Kenapa hari ini ramai orang yang nak pengsan? Dasyat sangatkah permintaannya tadi?







to be continued..


____________________________________

Sorry sbb Syah xde dekat sini😂.Biarkan dia berehat sekejap.

THE ALCHEMIST (EDITING)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon