BAB 1

261 22 0
                                    

Gaun pengantin berwarna putih bersih itu dipandangnya sayu. Kenapa mesti terjadi saat dia ingin meniti kebahagiaan?

Elyara menahan tangisnya sedari tadi. Dia tidak cukup kuat untuk menempuh ujian seberat ini.

"El,janganlah menangis lagi. Sedih mama tengok El macam ni,sayang" pujuk Puan Dahlia. Jiwanya turut terpukul melihat anak gadisnya bersedih.

"Ma,apa salah El sampai Taufiq tinggalkan El? El tak layak untuk bahagia ke ma?" soal Elyara dalam pelukan Puan Dahlia. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan.

Puan Dahlia mengusap lembut belakang Elyara. Sebagai ibu,pastinya dia ingin melihat anak-anaknya bahagia. Namun takdir Allah,mungkin Taufiq bukan jodoh yang terbaik untuk Elyara.

"El,tak baik El cakap macam tu. Allah dah aturkan kehidupan El sebegini. El kena kuat dan tabah ya,sayang. El kena ingat yang El masih ada mama,baba dan along. Kitorang semua sayangkan El,tau. Dah jangan nangis. Tengok tu merah dah hidung macam badut" balas Puan Dahlia. Tangannya mencubit perlahan hidung Elyara yang sudah kemerahan kerana banyak menangis. Sabarlah,nak.

Elyara tergelak kecil. Lantas dia menyapu sisa air matanya. "Mama nih ada pulak cakap El macam badut. Merajuklah macam ni" Elyara sudah muncung sedepa mendengar gurauan Puan Dahlia.

Lega hati Puan Dahlia apabila melihat senyuman Elyara. "Muncunglah mulut tu bila dah bersuami nanti tahulah suami El nak buat apa dengan bibir tu" usik Puan Dahlia.

Pipi Elyara terasa bahang diusik begitu. Eish mama nih,ada pulak ke situ dia pergi?

Elyara tersenyum malu.

Promise Dengan Saya? [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now