Syawal sudahpun berhenti dari meronta seperti tadi.Air mata yang terkeluar dikesat laju.Dia duduk bersila diatas lantai.

"Apa?! Ayah awak seekor kucing?! Biar betik?!"

   Soalan cepumas tersebut tiba-tiba terkeluar dari mulut Syawal yang lancang itu.Melihatkan Saga sedang merenung tajam dirinya,Syawal kemudiannya menekup mulut,tahu kesalahan diri.

Saga akhirnya tersenyum nipis.Dia kemudiannya duduk di birai katil.Kucing hitam a.k.a ayahnya dibaringkan diatas katil itu.

   "Dulu...ayah aku seorang manusia.Mak aku pulak Dragon Knight.Atas dasar cinta,mereka berkahwin.1 tahun selepas itu,aku dilahirkan.Ketika aku berumur 5 tahun pula,entah kenapa semakin lama perangai ayah semakin berubah.Dia dah tak selalu main dengan aku lagi.Ayah kerap sangat keluar rumah dan balik bila waktu pagi.Tak lama kemudian, mak aku dapat tahu yang ayah dah kahwin lain dengan seorang Witch janda anak satu iaitu mak kepada Lariat.

  Tak lama lepastu,mak aku bunuh diri sebab tak dapat terima kenyataan.Kerana rasa tertipu pula,mak Lariat akhirnya menyumpah ayah aku menjadi seekor kucing.Dia kemudiannya tinggalkan Lariat di sini dan tak pernah muncul sejak hari tu.

    Oleh kerana langsung tak serasi,aku dan Lariat saban hari bergaduh.Dia Dragon Slayer.Aku pulak Dragon Knight.Hari-hari dia cuba nak bunuh aku sebab aku ni manusia separa naga.Oh.Lupa pulak nak cakap.Ayah Lariat dulu seorang Dragon Slayer.Sebab tulah Lariat jugak seorang Dragon Slayer sekarang ni.

   Tapi..aku sedar yang Lariat tu baik hati orangnya.Walaupun dia dingin,tapi dia tu penyayang.Setiap hari dia cari jalan nak tukarkan ayah aku ke bentuk manusia semula.Tapi setiap cubaan dia langsung tak menampakkan hasil." Saga bercerita penuh panjang lebar.

    Masing-masing sudah mengangguk faham.Oh...macam tu kisahnya..

  " Hmm.."

Saga kemudiannya tegak berdiri.Pintu almari dibuka,secara tak langsung menampakkan isi-isi yang terdapat di dalamnya.Sehelai baju hitam yang terdapat di situ disentuh perlahan.

   "Tangkap!" Saga tiba-tiba saja membaling baju tersebut ke arah Fellex.

   Fellex tangkas menyambut sebelum membelek baju itu dengan kerutan di dahi.Tak faham kenapa baju itu dibaling kepadanya.

   Saga tersenyum.

  "Laju betul tindakbalas kau.Hmm..Sini ada banyak baju.Korang ambillah baju yang korang suka.Ada baju ayah aku dan gaun mak Lariat dalam tu.Kalau saiznya tak berapa nak sesuai,aku boleh pinjamkan baju aku." Ucapnya sambil mengeluarkan baju-baju yang lain pula.

________________🍁_________________

SATU per satu baju dikeluarkan.Semuanya nampak baru dan masih tak terusik.Tak sampai hati pula mereka nak pakai.

  "Tak payah kisahlah macam mana rupanya.Asalkan dapat halang korang dari kesejukan.Ke korang ni sanggup mati sejuk?" Saga berbicara sambil tangannya rakus menyelongkar almari.

    Sehelai gaun merah dikeluarkannya lalu dihulurkan kepada Lady Autumn. Lady Autumn hanya terpingga-pingga melihat gaun itu.

   "Jujur aku katakan yang aku tak tahu tentang saiz perempuan ataupun apa-apa pun yang berkaitan dengan perempuan.Harap-harap kau sukalah baju ni.Kalau tak muat,beritahu aku." Ucap Saga,dengan tangan yang masih lagi menghulurkan gaun itu kepada Lady Autumn.

   Lambat-lambat Lady Autumn menyambut.

   "Te-terima kasih..."

Gaun itu kemudiannya dibawakan ke dalam pelukannya,menutup bahagian dada yang agak terdedah.

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now