Bab 60: Dragon Knight

Start from the beginning
                                    

    Diam.Suasana tetap hening.Tiba-tiba Syah mara ke hadapan.

    "Beta akan lepaskan kamu...tapi dengan satu syarat.Jika kamu cuba untuk makan kami,beta takkan teragak-agak untuk kurung kamu semula.Setuju?"

    Senyuman naga itu terukir di saat Syah bersuara.

    "Baiklah.Aku setuju.Sekarang...lepaskan aku dari sini!" Balas naga itu,bersemangat sekali.

    Syah tersenyum.Perlahan-lahan dia mulai melangkah ke hadapan.Tangan kanan kemudiannya dihalakan ke atas,menunding ke dada langit.Ribut petir pula semakin lama semakin kuat.Entah sama ada ia ada kena mengena dengan Syah ataupun tidak tetapi keadaan ini benar-benar menakutkan mereka semua.

   "Di bawah perintah beta,hancurlah...wahai pendinding yang lemah."

    Syah kemudiannya pantas menghalakan jarinya ke arah naga tersebut dan...

    Crashhhh!

  ...pentagram yang mengurung naga itu,serta-merta hancur berkecaian dengan sendirinya!

  Perlahan-lahan rupa paras naga itu bertukar kepada seorang jejaka.Matanya kuning cair manakala rambutnya hitam berkilau.Lelaki itu sedang tersenyum memandang tubuhnya sendiri.Lengan kanan yang patah dipegangnya.Nampaknya lelaki itu benar-benar seorang Dragon Knight.

     "Terima kasih sebab sudi tolong aku. Sebagai balasan,mahu tak korang menumpang dekat rumah aku buat sementara? Sehingga hujan reda?" Pelawa lelaki itu,sopan.Dia mulai mendekati Syah dengan langkah yang terhincut-hincut.

    Syah hanya menguntum senyum.

   "Boleh sahaja.Tapi sebelum tu beta nak tahu sesuatu.Nama kamu apa?" Soalnya semula dengan dahi yang berkerut sedikit.

   Kini Dragon Knight itu pula tersenyum.

    "Nama aku Saga Affin.Panggil saja aku Saga.Nama kau pulak?"

   Dragon Knight yang dikenali sebagai Saga itu lantas menghulurkan tangan kirinya,ingin berjabat tangan.Bukan bermaksud untuk berkurang ajar tapi tangan kanannya tak dapat digunakan buat masa ini.

    Syah hanya memandang sepi huluran jabatan tangan Saga.Tak berminat untuk membalas.Sebelah matanya terkedip-kedip.Dalam hati dia tertanya-tanya,orang ni cuba nak kurang ajar dengan dia ke ni?

     Akhirnya kerana tidak mahu menyinggung hati, Syah menyambut jua jabatan tangan itu.

    "Nama beta,The Undead Devil."

Kata-kata Syah itu membuatkan dahi Saga berkerut seribu.

    "The Undead Devil? Kenapa pelik sangat nama kau ni?" Soalnya,hairan sekali.

    Suasana tiba-tiba berubah menjadi janggal.Melihatkan keadaan ini,Zinnt pantas mencelah.

   "Tak! Bukan tu maksud dia! Dia cuma nak cakap yang nama dia ni Syah.Kan Syah,kan?"

    Bicara Zinnt sedikit sebanyak membuatkan Syah tersinggung.Syah mulai memuncung.Nampaknya terpaksalah dia mengaku yang dia ni Syah walaupun dia ni bukan Alchemist tu.

    "Ya.Betul tu.Nama beta adalah Syah."

    Syah mengakhiri kata-katanya dengan menghadiahkan jelingan maut buat Zinnt.Pandangannya seekan-ekan berkata,'Siaplah kau Zinnt!' Macam marah pun ada si mamat ni.

   Zinnt hanya menelan air liur yang terasa kelat.Alamak! Matilah aku!

    "Oh...begitu ya?"

Saga mengangguk faham.Perlahan-lahan jabatan tangan itu dileraikan mereka berdua.

    "Jom ikut aku balik rumah.Dekat situ nanti,bolehlah kita tukar baju dan berteduh.Lagipun aku nak rawat luka aku ni.Alang-alang,korang menetaplah sehari dua dekat rumah aku.Tak jauh pun rumah aku dari sini."

     Saga mulai mengatur langkah ke arah satu sudut.Masing-masing hanya membuntuti langkahnya dari arah belakang.Syawal pula agak ketinggalan di belakang lantaran Zamry yang dikendongnya.

   "Hei! Tunggulah saya! Zamry ni berat tahu tak?! Janganlah tinggalkan saya dekat sini!" Ucap Syawal,penuh kalut.Dia kemudiannya melajukan langkahnya sekali gus memotong laluan Syah.

   Tetapi...

    ...di saat Syawal melintasi di hadapan Syah,Syah dapat melihat 'sesuatu' yang kurang enak sebentar tadi.Langkahnya serta-merta terhenti.

    Secara sepintas lalu,..

    ..tadi Syah dapat melihat mata Zamry sedang terbuka luas dan lelaki itu tadi sedang menguntum senyuman sinis kepadanya.

    Tetapi sekarang ni kalau dilihat betul-betul,Zamry masih lagi pengsan.Langsung tak berkutik sedikitpun.

   Syah pantas meraup wajah.Adakah ia hanyalah sekadar ilusinya sebentar tadi?


to be continued..

____________________________________

Sorry guys sbb Author x dapat nak update bab ni masa hari Jumaat lepas.Tiba-tiba je internet mati hari tu.😩 Lagipun Author sdg sibuk ngan tugasan Sej masa minggu lepas.Hehehe.. Maafkan Author ya? Author janji nanti bila cuti raya ni,Author nak update bebanyak.Bye~~

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now