"Bagus pilihan kamu tu.."

Arien tersenyum manis.Dia kemudiannya melepaskan Kifft secara kasar.

Kifft mendengus geram.Sempat lagi dia memberikan pandangan maut untuk Arien.

"Lain kali...aku akan bunuh kau,Arien!" Jeritnya sebelum dia menghilangkan diri dalam bentuk kepulan asap.

Arien hanya tersengih,memandang kepulan asap yang semakin menjauhinya itu.Sinis sekali sengihannya.

"Heh.Cubalah kalau kau berani." Ucapnya,perlahan.Dia termenung untuk seketika sambil memandang pedang yang berada di dalam genggamannya kini.

"Arien..? Mengapa kamu biarkan dia terlepas? Kenapa..? Kamu tak apa-apa kan?"

Soalan yang ditanya secara mengejut itu,sedikit sebanyak menyentakkan Arien.

Arien pantas menoleh,memandang kearah tangga.Kelihatan Lord Zaiyron sedang menuruni anak tangga dengan penuh kalut.Wajahnya kelihatan agak sembab.

Lord Zaiyron datang menghampiri Arien.Tubuh anak muda itu ditiliknya seteliti mungkin.Nafas lega akhirnya dilepaskan.Nasib baik Arien tak apa-apa.

Manakala Arien pula,hanya terpingga-pingga memandang wajah sembab Lord Zaiyron.

"Tuanku... Tuanku menangis..?" Soal Arien,naif.Pipi Lord Zaiyron yang basah,dilapkan dengan menggunakan sapu tangannya.

Dia.. tak pernah memahami perasaan manusia tetapi dia pernah melihat Lord Zaiyron yang selalu menangis sejak dia mulai dicipta lagi.Jadi dari situ dia mengerti,manusia akan menangis bila sedih.

Lord Zaiyron hanya menggelengkan kepalanya,perlahan.Masih tegar untuk berbohong walaupun bukti jelas dihadapan mata.

"Hmm..Arien.Bukankah ayahanda pernah beritahu,jangan panggil ayahanda dengan perkataan 'tuanku' bila kita berada dekat dalam istana?..?" Ucap Lord Zaiyron, cuba untuk mendalihkan topik.Kepala Arien diusap perlahan.

Arien terus saja tersenyum comel.Tubuh Lord Zaiyron terus saja dipeluknya.

"Maafkan Arien,ayahanda! Arien terlupa!" Ucapnya,riang.

Lord Zaiyron hanya ketawa kecil.Boneka yang bernyawa ini pun,boleh terlupa seperti manusia jugakah?

Untuk pengetahuan umum,Arien ini adalah ciptaan Lord Zaiyron.Wajahnya berupa seperti seorang lelaki dewasa.Statusnya adalah boneka yang bernyawa.Umur Arien adalah 180 tahun dan dia ni takkan tua atau mati selagi Lord Zaiyron masih hidup.Selepas 10 tahun kehilangan Syah dan Syaz,Lord Zaiyron akhirnya mencipta boneka ini sebagai anak angkatnya demi memenuhi hari-harinya yang sunyi.

Namun setiap makhluk,ada kecacatannya.Sebelah mata Arien yang selama ini terselindung di sebalik rambut,sebenarnya mempunyai sebuah kisah ngeri yang menakutkan.Selain itu,boneka ini juga mempunyai kebolehan seperti penciptanya juga.Malah,ia lebih hebat lagi dan mempunyai kuasanya yang tersendiri.

"Baik.Kali ni ayahanda maafkan.Hm.. Ayahanda nak minta tolong sesuatu boleh tak?" Pinta Lord Zaiyron secara tiba-tiba.

Arien pula pantas mengangguk,tanda membolehkan.Dia mulai menjarakkan dirinya dari memeluk Lord Zaiyron seperti tadi.

"Boleh.Tapi...tolong apa?" Soalnya pula,kurang faham.

Lord Zaiyron hanya tersenyum manis.Dia kemudiannya membuang pandang ke arah para pengawalnya yang telah mati dibunuh Kifft tadi.

"Arien tolong ayahanda tingkatkan bilangan pengawal kita.Beritahu Jeneral Cast yang kita telah diserang dan minta dia datang ke sini.Boleh kan?"

Mendengarkan kata-kata Lord Zaiyron,Arien lantas mengukir senyum.Permintaan Lord Zaiyron ini, terlalu mudah baginya.

"Boleh.Tiada masalah!"

Serentak dengan itu,Arien pantas men-teleportkan dirinya didalam bentuk salji merah bercampur putih.Butir-butir salji itu,mulai berterbangan di udara.

Lord Zaiyron tersenyum nipis.Ada sebutir salji yang jatuh diatas tapak tangannya.

"Arien ni...suka sangat dia dengan warna merah putih.Tak faham beta dibuatnya." Bebelnya,sendirian.Melihatkan Arien,dia terkenangkan anak-anak dan isterinya pula.

Lord Zaiyron kemudiannya mengusap perlahan rantainya yang selalu tergantung kemas di lehernya itu.

Hatinya terasa perit.Jika peperangan pada 190 tahun yang lalu tak pernah berlaku,mesti mereka sekeluarga kini sedang berbahagia,kan?

'Syaz...Syah.. Ayahanda benar-benar rindukan kamu.Zyll sayang..maafkan kakanda..kerana kakanda telah gagal... Kakanda gagal melindungi anak-anak kita seperti yang telah adinda minta.." Hatinya merintih pedih.Perlahan-lahan,ada air mata yang jatuh menitis.




to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now