Dalam masa yang sama, cuba meredakan debaran di dada.

Alief tersenyum sinis seketika. "Aku dah tahu apa itu cinta" ujarnya dengan kening terangkat lalu mencuit hidung Ayna sebelum berdiri tegak semula. Mata masih tidak lepas memandang Ayna.

"Dah! Pergi mandi cepat. Bau macam hape dah kat sini" tukas Alief selamba.

Ayna mencebik. "Fine! Keluar, aku nak mandi" halau Ayna selamba. "nak ikut boleh?" soal Alief tersengih nakal sambil memanjat ke atas katil.

Muntah jap.

Mata Ayna terbeliak. "jangan harap!" dia terus mengangkat kaki menghalau Alief apabila lelaki itu merangkak mendekatinya. Alief terus ketawa besar.

"Tau takut" ujar Alief lalu melangkah keluar dari bilik itu dan menutup pintu. Ayna menghela nafas lega seketika. Cuak jugak lah tadi. Dia memandang pintu yang tertutup itu sebelum tersenyum lebar.

I can see my girl's face everyday and spent my precious time with my one and only love.

Ayna tersengih lagi sebelum berguling-guling di atas katil itu. Kenapa sweet sangat tiang ni?? Ayna menggigit bibirnya pula dengan senyuman.

Manis!

●●●●●

"Apakah itu cinta tiang?" soal Ayna sambil mengunci tayar basikalnya lalu memandang Alief yang bersandar pada tiang tempat letak basikal. Alief mengangkat kenngnya seketika sebelum menoleh ke kiri dan kanan kemudian memandang Ayna.

"Kau tanya aku ke?" soalnya polos.

Ayna membuat muka. "yela. kau lah tiang, siapa lagi." balas Ayna. Alief terus menggeleng dan memegang tiang yang baru disandar tadi. "Ini pun tiang jugak" ujarnya sengaja mahu bergurau dengan Ayna.

Ayna mencebik lalu menghela nafas. "Tiang akulah, bukan tiang tu" balas Ayna pula. Alief melangkah mendekati Ayna "Apa? tiang apa? tak dengar" tukas Alief sengaja.

"My tiang! I'm asking my tiang!" tukas Ayna lalu berjalan laju ke pagar sekolah meninggalkan Alief. Alief tersengih seketika sebelum mengikut langkah Ayna dengan gembira.

Mereka berjalan bersama-sama. Beberapa pelajar mula tertoleh-toleh ke arah mereka. Ada juga yang bisik-bisik.

Ayna terus menutup wajahnya dengan rambutnya yang diikat kuda itu. Alief tersenyum lagi lalu menarik lembut rambut Ayna. Ayna terus menepis tangan Alief. "tanak!"

"Jangan lah tutup muka tu" tukas Alief lagi. Ayna menggeleng. Dia terus melajukan langkahnya. Alief ketawa kecil sebelum mengikut langkah Ayna dengan senyuman mengusik.

Suka mengusik Ayna.

"Apesal semua orang asyik pandang-pandang ni?" soal Ayna tidak senang. Alief memasukkan tangannya ke dalam poket. "Kau sedar tak kau tengaj berjalan sebelah siapa ni?" soal Alief tenang.

Ayna membetulkan rambutnya "Sedar. Dengan tiang!" jawab Ayna tersengih. Alief membuat muka lalu menggeleng "Ini Alief Danyel lah. Ketua VRude Boys, kapten pasukan bola keranjang, anak Dato' Ahmad dan lelaki paling hensem dalam sekolah ni"

Dengan bangganya dia senaraikan satu-satu peranannya

"Ohh. Tak tanya pun" jawab Ayna selamba.

Gengster Tu Aku Punya!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt