Bab 54: Raksasa Yang Kejam

Start from the beginning
                                    

"Hahahahaha! Hujan sudahpum hampir tiba! Tika itu kuasa ku akan bertambah! Dan kaulah orang yang pertama akan ku bunuh! Matilah kau Jeneral yang tamak! Mati!" Raksasa tadi bersuara kejam.

   "Tolong jangan....!"

     Belum sempat Syah menghalang, tiba-tiba dalam sekelip mata sahaja...

   Shrakkkkkk!

  ..Tubuh Jeneral West sudahpun terbelah menjadi dua bahagian lalu jatuh menyembah bumi.Emas,permata dan juga berlian yang berada di dalam baju lelaki itu juga turut bergolek keluar dari tempatnya.Lelaki itu sudahpun tidak bernafas lagi.Matanya terbeliak luas,mempamerkan rasa terkejut di saat Malaikat Maut datang menjemput.

    Sebahagian darah yang terpecik ke muka mereka,membangkitkan rasa ngeri yang teramat.

   Manakala raksasa itu pula sudah bergelak keseronokan dengan seluruh badan yang dilumuri darah pekat Jeneral West.Dia menjilat bibir,merasai keseronokan membunuh yang telah lama dibiarkan pudar.

    Tekak Syah mulai meloya di saat raksasa itu semakin menghampiri.Entah kenapa,dia tiba-tiba menjadi elergik dengan darah sejak Syawal masukkan darah ke dalam mulutnya hari tu.

     "Arghhh! Aku tak nak mati!"

    "Aku pun tak mahu mati!!"

  "Lari!!"

Tiba-tiba 3 orang satria yang lain,mulai membuka langkah seribu.Meninggalkan 6 lagi rakan satria mereka.Tubuh Zinnt dan Fellex ditolak ke tepi lalu mereka berlari menaiki jambatan itu.Rasa takut dan mementingkan diri,mulai menguasai diri.

    Tetapi,baru separuh jambatan sahaja yang dapat di seberangi,tiba-tiba..

    ...ada tangan kegelapan yang panjang,pantas menarik kaki salah seorang dari mereka bertiga.Dalam kelajuan yang tinggi,satria itu dicampak ke udara sehingga hilang di sebalik awan!

    Tak lama kemudian,satria itu jatuh kembali ditarik graviti bumi tetapi malangnya..dia jatuh di dalam Jurang Kekayaan tersebut.Seluruh tubuhnya ditikam emas permata yang sudah lama terpacak di situ.Tragis.Otaknya berkecai seribu.

     "Arghhh!"

Kini tangan kegelapan itu datang kembali,menarik seorang lagi satria hingga jatuh ke dalam gaung.Nasib satria itu juga sama seperti satria sebelum ini.Mati tertusuk permata yang tajam menikam.

   Melihatkan satria yang kedua telahpun mati dalam keadaan yang mengerikan,satria yang ketiga serta-merta menjerit ketakutan.Kepalanya mulai dipegang oleh tangan kegelapan itu.

   "Tolonggg! Tolongggg!"

Namun malang sekali, tiada siapa yang dapat membantu.Mereka yang lain hanya mampu melihat lelaki itu mati dari kejauhan.Tangan kegelapan itu memusingkan kepala satria tersebut sehingga putus.

  Darah merah memenuhi jambatan itu.

       Syah perlahan-lahan menekup mulutnya sendiri.4 ahli kumpulannya,telahpun mati dibunuh.Kemudian baru dia sedar yang raksasa tadi,telahpun berdiri tegak di hadapannya.

    "Sudah habis menonton? Hebat bukan makhluk belaan aku? Membunuh mereka dengan hanya sekelip mata? Itulah padahnya kerana cuma melepasi jurang ini tanpa kebenaranku. Emm..Syah...bau kau sungguh mengiurkan..."

   Raksasa itu kemudiannya mendekatkan wajahnya ke wajah Syah.Menghidu bau darah lelaki itu.
    
   Wajahnya jelas kelihatan. Bibirnya merah menyala.Bebola matanya berwarna hitam manakala anak matanya berwarna merah menyala,bercahaya merah terang.Taringnya panjang tetapi berwarna putih.Agak mengerikan.

   Dan paling penting...raksasa itu rupa-rupanya perempuan.Sangkaan Syah pada awalnya tadi telahpun meleset jauh.

   Syah pantas memalingkan wajahnya ke arah lain,tidak mahu memandang wajah raksasa itu.Tekaknya benar-benar rasa loya.

     "Syah... Aku tertanya-tanya, kenapa nama kau sebegitu ya? Kau ni perempuan,ataupun lelaki? Aku agak keliru.. Emm...Apa kata aku culik kau,sebagai barang permainan aku? Jadi raja hidupku? Mahukah kau?" Soalnya sambil mengelus lembut wajah Syah dengan mengunakan kuku tajamnya.

   "Tak nak! Aku tak mahu! Jauhi aku!" Syah bertindak kasar dengan menepis kuat tangan raksasa itu.

    Raksasa itu tersentak,tetapi tetap menguntum senyum.

    "Kenapa? Kau takut? Takut aku mencederakan kau?" Soalnya,sinis.Kini dia mencengkam dagu Syah pula,membuatkan lelaki itu mendongak melihatnya.

   "Jangan sentuh Syah!" Iryan menghalang keras.Tubuh raksasa itu ditolaknya.Benci Syah dilayan seperti binatang.

    Raksasa itu terdorong sedikit ke belakang.Habuk di bajunya ditepis.Tak suka disentuh sebarangan.

    "Ermm...siapa insan seterusnya yang bakal ku bunuh? Hmm.."

   Raksasa itu menutup mata dengan jari yang ditundingkan ke hadapan.Bergerak-gerak jarinya ke sana sini, mencari siapa yang bakal dibunuh.

    Dia dapat merasai kehadiran hartanya ada di...

   ...situ.

   Di saat raksasa itu membuka mata,kelihatan jarinya sedang ditundingkan ke arah Zinnt.Senyuman sinis terukir.Emm..Nampak sungguh melazatkan..

    Zinnt pula kelihatan terkedu ditunding sebegitu.Adakah dia bakal menjadi mangsa yang seterusnya? Bakal dibunuh juga?







to be continued..


THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now