1. Tangisan Tepi Tangga

Start from the beginning
                                    

Aku kembali baring di atas katil. Tiba-tiba aku teringat cerita Ayah aku petang tadi. Dia kata ada ternampak seorang budak perempuan, sebaya aku kot, duduk menangis di tangga depan rumah. Iya, tangga itulah. Berpakaian seragam sekolah dengan tudung putih. Ayah nampak masa dia balik dari pasar pagi tu, tapi masa dia balik dari surau selepas Zohor, budak perempuan tu masih ada di situ. Ayah masuk rumah, tapi dia tak sedap hati. Lepas tu Ayah keluar nak tanyalah keadaan dia, tup tup, hilang dah budak tu. Ayah tak kenal dia, mungkin budak dari kawasan perumahan lain. Jauh betul cari tempat semata-matanak menangis . Aku terketawa kecil sebab aku rasa itu punchline. Perasan.

Swooooo~ Swoooooo~

Dan dan lepas tu, aku terdengar sesuatu. Tingkap aku masih buka untuk redakan bunyi payung-payung menari di cermin tingkap tu. Angin masih kuat, jadi aku fikir itu bunyi angin saja.

SSWOOOOOOO~ SSWOOOOOOO~

Eh, lain macam pula bunyi dia. Semakin kuat. Minda aku yang tadinya positif itu mula berubah prejudis. Bunyinya bukan lagi bunyi angin, tapi seakan-akan suara manusia! Aku buat relaks dulu. Manalah tahu itu cuma permainan minda dan jiwa yang kacau.

WOOOOOOO~ WOOOOOOO~  

Bunyi tu semakin kuat! Okay, kali ni aku pasti, itu bunyi orang menangis. Aku terus teringat cerita Ayah pasal budak perempuan menangis di tangga petang tadi. 

"Apa perempuan tu buat sampai tengah malam masih duduk di tangga tu?" Pantas saja aku bangun dan menjenguk di tingkap. Ada sesuatu berwarna putih disebalik dinding sebelah tangga tu. 

"Masih tak balik. Pakai baju sekolah lagi?" aku fikir itu tudung sekolah dia. Sesekali tudung putihnya berterbangan ditiup angin kencang.

Aku rasa dia terlalu sedih sebab tangisan dia sangat kuat. Wahh. Malam-malam begini tak segan dia nak menangis. Mesti jiran tetangga aku dengar. Tapi sebab tengah malam, orang dah tidur, mana nak kisah hal orang lain. Aku yang sedar dan nampak ni, perlu ke aku kepochi risaukan perempuan tu? Macam tak manis pula jika dilihat berdua-duaan dalam keadaan gelap tu.

Aku fikir nak kejutkan Fasrin, tapi aku lupakan niat tu sebab Fasrin kalau tidur bom meletup sebelah telinga pun belum tentu dia heran. Tak nak pula ganggu Ayah dan Mak. Nak pergi sendiri, terfikir pula tomahan orang. Kalau kena tangkap basah, macamana? Itulah, banyak sangat menonton drama petang-petang. Terkesan juga. 

Aku buat keputusan untuk biarkan saja. Perlahan-lahan, sambil berbaring, aku tarik tingkap untuk ditutup. Supaya tak mengganggu perempuan tu bersedih. Lagipun aku mana tahu layan perempuan. Haih.. memikirkan perkara tu, aku rasa down sangat sebab 17 tahun hidup, masih lagi single. Sekonyong-konyongnya, mahu juga rasa pengalaman cinta monyet tu. Tapi SPM pun dah hampir, memang tak merasalah, kan? Haa.. Ke kalau aku pergi tegur perempuan tu, dia akan jatuh hati pada aku? Itulah... kesan tengok drama petang-petang lagi. Haih..

Dalam perlahan aku tarik tingkap tu, tiba-tiba tersekat. Aku rasa pelik. Tadi masa buka boleh je, kenapa tersekat pula sekarang. Aku pun pandanglah bawah tingkap tu. Punyalah terkejut, aku nampak jari-jemari yang sangat pucat sedang tahan tingkap!

"Dah nampak, kenapa tak datang~"

Ahh sudah. Suara tu terketar-ketar kerana diucapkan sambil menangis teresak-esak. Perempuan tu nampak ke aku tengah skodeng dia tadi?!

Aku pun naikkan badan untuk lihat perempuan tu. Belum sempat aku jawab, dia hilang. Aku toleh kiri dan kanan. Kedudukan mata aku yang searas dengan tingkap membataskan penglihatan. Nak berdiri, aku malas. 

Ke mana pergi perempuan tu agaknya. Ke dia segan nak bertentang mata dengan aku? Mana tahu, takut jatuh cinta pandang pertama. Sekali lagi tersengih. Punchline bodoh.

Aku tarik sekali lagi. Tersekat juga! Kali ni aku nampak jari-jemari tu betul-betul depan mata. Dua belah tangan siap. Badan aku menggigil. Aku nampak sesuatu sedang muncul dari bawah tingkap. Perlahan saja pergerakannya. Tapi entah kenapa, badan aku kebas. Aku mula berpeluh. Aku rasa berdebar, takut!

Wooooooo~ Woooooooooo~

Tangisan tepi tangga tu kembali! Tapi yang ini jelas sebab yang menangis tu ada depan mata kepala aku! Perlahan-lahan, dia tunjukkan wajahnya yang pucat tu, dan tanya aku....

Tangisan tepi tangga tu kembali! Tapi yang ini jelas sebab yang menangis tu ada depan mata kepala aku! Perlahan-lahan, dia tunjukkan wajahnya yang pucat tu, dan tanya aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fin - Tangisan Tepi Tangga

Apabila MalamWhere stories live. Discover now