Ayna menggigit bibir. Tah kau ni Ayna. Dah kenapa? Ambik jela nasi lemak tu. Bukan sesiapa pun. Alief je pun.

"Siapa dah ambik nasi lemak terus naik bas!" laung Cikgu Nurul sudah berdiri di pintu bas. "Aku nak duduk tingkap!!" jerit Hasya lalu terus berlari ke arah bas. "Jangan harap!" Iqa pula terus mengikut langkah Hasya.

Ayna menghela nafas seketika. Taguna punya kawan-kawan. Akhirnya dia perlahan-lahan melangkah ke Alief yang masih memegang plastik oren itu.

"Haila cik tengku ni. Jalan tu tak nak perlahan lagi." sindir Alief apabila melihat Ayna yang berjalan ke arahnya dengan begitu perlahan. Ayna menjeling. Aku jalan perlahan pun dia nak bising.

"Nak" Ayna menadah tangan memandang Alief. Meminta bungkusan nasi lemak. Alief memandang Ayna yang berjarak hampir 1 meter dengannya. Dahinya berkerut. "Sini lah ambik" ujar Alief.

Dah kenapa mintak dari jauh tu?

"Bagi lah aku satu" balas Ayna pula mengelak dari bertentang mata dengan Alief. Alief menghela nafas seketika sebelum melangkah ke hadapan mendekati Ayna. Ayna tak nak gerak, biar dia jelah yang gerak.

Apabila melihat Alief datang mendekati, spontan Ayna melangkah ke belakang. Seolah-olah ingin menjauhkan diri daripada Aleif.

Ayna hairan juga. Alief langsung tiada rasa janggal ke dengan dia?

Alief menghela nafas. "Kau kenapa ni Ayna? Nak ke tak nak??" soal Alief pula menunjukkan bungkusan nasi lemak pada Ayna. Bukan dia tak tahu Ayna mengelak darinya kerana hal semalam.

Dia punya salah jugak. Main terjah tak bagi salam siapa suruh?

Ayna masih diam memandang Alief. Bibir dikemam. Masih tidak dapat lupakan perkara semalam. Dah macam trauma pun ada.

"Cepatlah sayangg nak naik bas ni" ujar Alief lembut. Ayna tertelan air liur. Terus dia melangkah ke arah Alief lalu bungkusan nasi lemak itu diambil. Alief dipandang seketika sebelum dia terus berlalu ke arah bas.

Alief tersengih seketika. "Panggil sayang baru nak gerak ye" ujarnya sendirian sebelum mengikut langkah Ayna. Semua pelajar telahpun berada di dalam bas.

Tinggal Alief dan Ayna je terhegeh-hegeh.

"37... 38! Done!" Cikgu Nurul terus mengambil plastik di tangan Alief. Beberapa bungkusan lagi yang tinggal.  Sebelum Alief naik bas, sempat lagi Cikgu Nurul menarik tangan adiknya itu.

Alief menoleh memandang Cikgu Nurul. "Dany kau ada buat something ke dekat Ayna semalam?" soalnya berbisik. Dahi Alief berkerut lagi. "Buat apa?? Mana ada buat apa-apa" jawab Alief tenang.

Cikgu Nurul merenung Alief tajam. "Habistu? Korang gaduh ke apa?" soal si kakak lagi. Alief tersengih kecil. "Takde lah kak. Ayna tu, terkena kejutan budaya. Tu je. Takde apa sangat lah" jawab Alief selamba lalu terus naik bas.

Cikgu Nurul mengetap bibir geram. Orang tanya serius. Dia jawab main-main pulak. Kejutan budaya abah kau!

Alief melangkah sehingga ke tempat belakang. Baru nampak rakan-rakannya. Faris dan Ameer dipandang. Mereka duduk bersama. "Faris kau blah" arah Alief selamba.

Faris pantas menggeleng. "Jangan harap" balasnya terus bersandar pada kerusinya. Alief memandang Ameer pula.. "Ameer kau blah" ujar Alief pula.

"Memang tak lah gila." balas Ameer siap mengangkat kakinya lagi. Alief membuat muka bengang. Boleh sakit mental betul kawan dengan dua ekor beruk ni.

Alief memandang pula Ayna yang sedang duduk berseorangan kerana Hasya dan Iqa telah duduk bersama.

Alief memandang pula Lina yang juga duduk berseorangan. Terus Lina meletakkan begnya di tempat sebelah. Tak nak kasi Alief duduk di situ.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now