Hukum Berniqab @ Berpurdah

2.2K 68 3
                                    

HUKUM BERNIQAB @ BERPURDAH

Sekarang kecoh tentang wanita berniqab berselfie,sehingga ada yang menghukum mereka sebagai tidak ikhlas,ujub,takabur dan macam-macam lagi.

Disini saya kongsikan sedikit tentang hukum berniqab dan berselfie.

Ada tiga hukum berniqab di dalam mazhab syafie.

PENDAPAT YANG PERTAMA adalah,wajib bagi wanita berniqab bila berlaku fitnah atasnya atau takut akan berlaku fitnah atasnya.pendapat yang pertama ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab.

PENDAPAT YANG KEDUA pula adalah sunat sahaja berniqab apabila merasa aman dari fitnah.

PENDAPAT YANG KETIGA pula adalah khilaful aula (bersalahan daripada yang afdhol) bererti Berniqab itu terlebih baik daripada tidak berniqab.

Semua pendapat di dalam mazhab zyafie cenderungnya kearah berniqab.

HUKUM BERSELFIE

hukum berselfie pula adalah harus sahaja selagimana tidak mengundang kepada fitnah.
tidak kira orang yang berselfie itu berniqab atau pun tidak berniqab.

Dan apabila berlaku fitnah,maka hukumnya boleh bertukar menjadi haram mengikut keadaan.

Apakah yang di maksudkan dengan FITNAH di sini.

Yang di maksudkan dengan fitnah di sini adalah apabila boleh menimbulkan kekecohan,kekeliruan,syahwat,melalaikan,melekakan,kemungkaran,kemaksiatan,salah faham,dengki,benci dan menyebabkan jauhnya dari agama.

Apabila sudah terjadi perkara-perkara tersebut itu menunjukkan fitnah sedang berlaku.

Seeloknya kita sebagai umat islam menjauhi perkara yang boleh membawa kepada FITNAH tersebut.
.

Saya juga bersetuju dengan pendapat ustaz ebit liew berkenaan dengan wanita berniqab sambil selfie.

Siapalah kita ingin menghukum mereka tidak ikhlas hanya kerana sekeping gambar.
Hanya ALLAH yang tahu apa yang ada di dalam hati-hati mereka.

Mereka berusaha untuk berpurdah penutup aurat secara sempurna,harusnya kita bersyukur dan memberi sokongan.
.

Timbul persolan di minda saya,apa tujuan kita mecela mereka sedangkan kita tahu perbuatan itu(mencela) tidak akan membawa kebaikan kepada kita mahupun orang yang dicela.

Malah boleh membawa kepada Dosa.seeloknya kita mendoakan mereka dan merenung kedalam diri kita adakah kita sudah cukup sempurna.

Perbanyakkan bersangka baik terhadap ALLAH dan hambanya nescaya kita akan nampak kebaikannya.
InsyaALLAH,Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Munkin kekecohan ini adalah teguran ALLAH untuk hamba-hambanya yang berniqab dan juga untuk hambanya yang suka mencela.begitulah kasih sayang ALLAH terhadap hamba-hambanya.semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan ALLAH dan rahmatnya insyaALLAH..

Artikel kredit: Ustaz Muhammad Faizz

Sebab Apakah Aku Berniqab ?Where stories live. Discover now