bab 18

56.2K 793 7
                                    

Keesokan paginya arissa bangun sedikit lambat dek kerana terlalu penat menangis. Sedih akan pemergian kedua ibu bapanya dan juga kehidupan yang penuh kesengsaraan.

Arissa keluar dari bilik tetamu yang didudukinya semalam. Arissa berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan.

"Ehh arissa, lambat bangun." Tegur Mak munah.

"Penat sikit." Balas arissa pendek.

"Arissa, kenapa mata bengkak tu??"

"Ehh tak de apa-apa la mak munah, arissa tak cukup tidur. Tu yang bengkak mata ni." Balas arissa sambil tersenyum tawar.

"Owhh." Jauh disudut hati tua nya dia tahu mesti ada yang tak kena. Alangkan tidur pun tak sebilik.

"Mak munah, ariel mana??" Tanya arissa.

"Ehh bukan arissa satu bilik dengan ariel ke?? "Duga mak munah.

"Erkk, semalam arissa banyak kerja sampai tertidur dekat bilik tetamu." Balas arissa sambil menggaru kepalanya.

"Ariel awal-awal pagi lagi dah keluar arissa, muka dia muram je. Mata dia pun bengkak mak munah tengok, mungkin tak 'CUKUP TIDUR' jugak kot." Mak munah memerli arissa.

'Haaa?? Mata ariel bengkak?? Ariel menangis ke?? Sebab aku ke??.' Bisik arissa di dalam hati.

"Arissa...arissa." panggil mak munah banyak kali.

"Haa err, ye mak munah." Gagap arissa.

"Untuk pengetahuan arissakan. Ariel ni jenis panas baran orangnya. Dia kuat cemburu dapat dapat dengan orang yang dia sayang sangat sangat. Dia susah nak jatuh cinta tapi mak Munah tengok sekarang dia betul cinta dan sayangkan Arissa. Masa Arissa lari pun dia punya risau kalah orang hilang anak tau. Dan benda yang paling ketare kalau dia dah sayangkan seseorang tu. Dia suka sakiti diri dia sendiri. Mak Munah harap Arissa jangan la berdendam dengan dia ye. Maafkan dia ye " terang mak munah.

"Insya allah mak munah." Arissa tersenyum hambar.

"Mak munah. Sejak bila ariel jadi seorang yang panas baran??" Tanya arissa tiba-tiba ingin tahu.

"Mak munah tak pasti, yang mak munah tahu, dia jadi panas baran lepas dia ikut mummy dan daddy pindah, entah la." Mak munah

'Maksudnya masa aku dengan dia bergado waktu sekolah dulu? What? Sebab aku ke die berubah jadi panas baran?' Monolog hati arissa.

"Haaa ni mak Munah, mak Munah tau tak kisah silam ariel masa dekat sekolah rendah dulu? " cuba nak mengorek rahsia.

"Tak pula. Sebab dulu ariel orang dia ceria, tak pernah sekalipun dia cerita apa-apa. Cuma masa dia nak berpindah tu je muka dia masam mencuka, berkurung dalam bilik, tak nak makan minum. Tu jelah"

"Ouuuuuuuu" aku kembali termenung.

"Arissa. Arissa!!!! " jerit mak Munah sedikit kuat.

"Haa ye. Ye" terkelip-kelip biji mata Arissa. Kantoi tengah termenung pula.

"Ya allah budak ni, asyik termenung je. Da la pergi naik atas mandi. Dari tadi mak Munah Bau bangkai  dekat sini. Bau dia datang macam dari arah Arissa je. " Sakat mak munah.

"Ishh mak munah ni, ada ke patut cakap macam tu. Touching tau." Arissa menarik muka. Panjang muncungnya.

Arissa berlalu naik ke atas.

Arissa masuk ke dalam bilik tidurnya dengan ariel. Kenangan dia bersama dengan ariel tanpa kerelaan berlayar kembali dimindanya.

Arissa berjalan menuju ke arah bilik air. Tetapi niat nya terbatal apabila melihat sesuatu yang agak menarik perhatiannya dia atas meja sebelah katil.

Arissa duduk di birai katil berdekatan dengan meja tersebut. Terdapat bunga rose merah di situ. Arissa mengambilnya dan mencium bau rose itu. Bunga kegemarannya adalah rose merah.

Arissa ternampak note kecil di sebelah rose terus dibacanya.

"Sayang ariel mintak maaf sesangat dekat arissa. Ariel sayangkan arissa. Ariel tak boleh berjauhan dengan arissa. Please sayang buka buku baru then kita hidup happy cam suami isteri yang lain. I need u to complete my life I love u so much darling.

"Cehh konon sweet ar tu. Tak tembus ke dalam hati pun. Hermm, menyampah." Arissa ambil surat itu di simpan ke dalam kotak.

Arissa terus berlalu masuk ke dalam bilik air.

#keep vote ya.

Kawanku Isteriku (✔)Where stories live. Discover now