Alief mencebik. "Boleh tak stop berada dalam bahaya? Penat lah nak jadi hero selamatkan kau" ujar Alief pula melepaskan tangannya dari pinggang Ayna.

Orang yang lalu lalang menggeleng-geleng memandang mereka. Mana tak tergelengnya kepala? Dua orang budak sekolah dengan baju sekolah main peluk-peluk pulak depan klinik. Engkau ghase?

Ayna pula yang mencebik. Dia memandang Alief lagi.

"Aku rasa, kau dah ditakdirkan untuk jadi hero aku" tukas Ayna bergurau sambil mengangkat-angkat keningnya. Sengaja mengenakan Alief.

"Itu lah, aku pun rasa macam tu." Balas Alief perlahan. "Ha? Apa dia?" Ayna mendekatkan tubuhnya pada Alief. Tetiba suara perlahan pulak tiang ni.

"Takde apa." Alief menolak perlahan kepala Ayna lalu masukkan tangannya ke dalam poket. "Kita nak pergi mana sekarang ni?" soal Alief memandang sekeliling.

Ayna menghela nafas lalu mengangkat bahu. Terima kasih kepada kaca jahanam, mereka berdua dapat cuti hari ni.

"Aku tahu nak pergi mana." tukas Alief lalu pantas menarik tangan Ayna. Ayna tersentak tetapi hanya mengikut langkah Alief yang entah ke mana.

Setelah berjalan ke sana ke mari, kaki Alief akhirnya berhenti betul-betul di hadapan Arked besar berwarna warni. Ayna memandang Alief seketika sebelum dia memandang ke hadapan semula.

"Ada duit lagi tak?" soal Alief memandang Ayna. Ayna mengangguk. Alief tersenyum lalu menarik tangan Ayna masuk ke dalam Arked itu.

Pelbagai mainan yang boleh merek di dalam itu. Ada pelajar sekolah, pelajar kolej, ada juga yang datang satu keluarga di situ. Mangat satu keluarga tu.

Selepas menukar token, Alief pantas menarik Ayna ke permainan Mario Kart. Alief memandang Ayna sambil mengangkat-angkat keningnya tanda mencabar Ayna.

Ayna terus duduk di salah satu kerusi permainan itu. Alief duduk di sebelah Ayna. Mereka masukkan token lalu bermain permainan itu.

Dengan senyuman, masing-masing cuba mengalahkan masing-masing. Stereng permainan itu dipusing ke kiri dan ke kanan dengan penuh semangatnya.


Akhirnya Alief menang. Terus Alief bangun dan membuat break dance di situ dengan senyuman lebar. Ayna pula membuat muka. Bangga betul dapat menang kan!

Mereka bermain permainan lain pula.

Ayna pantas menarik lengan baju Alief apabila melihat permainan bola keranjang. "Jom lawan." tunjuk Ayna ke arah permainan itu.

Alief mengangkat kening. "Kau nak lawan benda ni dengan aku?" soalnya dengan berlagak dia. Ayna mengangguk. "Kau pasti? You are talking to the basketball team captain sekarang ni. Aku player terbaik sekolah tau." ujar Alief dengan kening terangkat.

Ayna mencebik. Memang betul pun kata Alief itu. Dia adalah pemain terbaik bola keranjang sekolah mereka dan kerana itulah Alief dilantik menjadi kapten. Ayna terus berjalan ke arah permainan itu meninggalkan Alief. Alief tersengih lalu pantas mengikut langkah Ayna.

Mereka berdiri bersebelahan. Token dimasukkan lalu mereka memulakan permainan.

Ayna dengan bersungguh-sungguhnya cuba menjaringkan bola ke dalam jaring gol itu. Setakat ni baru dapat masuk lima. Ayna menoleh ke arah Alief seketika.

Gengster Tu Aku Punya!Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora