Bab 1

5.2K 54 3
                                    

Aku suka membaca novel kahwin paksa seperti Sepi Tanpa Cinta oleh Damya Hanna. Tapi mulai sekarang, akulah watak seperti dalam novel itu. Sangat sedih bagi aku. Terpaksa kahwin dengan mamat playboy. Biar aku cerita mamat seorang ni kat korang. Nama dia Akmal Naim Bin Fikri. Kalau korang nak tahu kenapa aku gelar dia mamat playboy. Disebabkan dia mempunyai lebih dari seorang teman wanita a.k.a playboy. Sebab itu aku gelarkan dia mamat playboy. Dan dia gelarkan aku Minah Bunga. Adil. Tapi nak tak nak aku kena kahwin dengan dia. Kena belajar sayangkan dia lah jawapannya.

^*^*^*^*

"Ayah nak kamu kahwin dengan Akmal." Kata ayahku kepadaku dengan nada yang tinggi

"Liya tak suka tak suka tak sukalah ayah.Tapi kenapa ayah." Tanyaku kepada ayah.

"Sebab Akmal merisik Liya semasa Liya kerja. Ayah terima saja risikkan itu. Dan majlis pernikahan Liya sabtu ni."

"Cepatnya. Tapi, kenapa ayah tak tanya Liya dulu."

"Sampai bila kamu nak membujang. Umur Liya nak masuk 25 tahun. Along kamu dah kahwin dah ada 2 orang anak pun."

"Ala takkan Lisa tak boleh ayah." Tanyaku kepada ayah sambil menunding jari kearaah adikku, Eilisa.

"Family Akmal tu meminang Liya bukan Lisa." Marah ayahku kepadaku. Eilisa yang duduk disofa menunjukan ibu jarinya kearahku. Aku geram dengan tindakkan Akmal itu.

--------------------

Argh.. Aku menjerit sambil menutup mulutku dengan bantal kesayanganku berbentuk buah strawberi yang ku beli dari Tanah Tinggi Cameron semasa bercuti semesta terakhir bersama Maziah, Syalbiah, Aina dan Nalbila. Aku membuka notebook kesayangan aku lalu aku mencucuk broadband. Selepas broadband itu disambungkan aku menekan icon Google Chrome lalu menaip laman web Facebook. Aku melihat status dari kawan kawan se-universitiku dahulu. Tiba tiba bunyi pop kedengaran menandakan mesej masuk. Aku menekan mesej itu.

+

Hai sweetheart - Akmal Naim

+

Walaikumsalam playboy - Aku

+

Perli ke sayang?

+

Tak peril pun.. ._.

+

Ermmm... Assalamualaikum sweetheart ..

+

Waalaikumsalam. Sweetheart tu jangan ye..

+

Marah ke sayang?

+

Yang kau tanya gitu. Mesti aku marah..

+

Alalala kesian dia.

+

Malaslah aku layan kau ni.

Assalamualaikum. Bye

Aku terus offline dari Facebook. Yang aku peliknya kenapa dia pilih aku. Aku ni dahlah jenis kulit sawo matang. Tak ada orang nak suka kat aku. Kenapa dia tak pilih adik aku yang putih macam Lisa Surihani. Lagipun muka adik aku nak seiras dengan Lisa Surihani.

Sedang aku ralit melihat Blogger Home , aku mendengar telefon bimbitku berdering. Aku mecari telefon bimbit itu. Aku terjumpa telefon bimbitku yang berada di sebelah jam loceng Pororo kesayanganku. Aku nampak ada mesej di skrin Samsung Galaxy S4 itu. Pengirim mesej itu adalah lelaki yang paling aku benci didunia ini. Siapa lagi kalau Mamat playboy.

Hanya Dia Sahaja-discontinued-Where stories live. Discover now