09

412 7 2
                                    

Aku ternampak kereta berwarna merah berkilat berada dihadapan rumahku. Aku tersenyum lebar dari telinga ke telinga. Aku meletakkan kereta aku di sebelah kereta berwarna merah itu. Aku berlari ke meja kecil yang berada di taman.

"Assalamualaikum, ibu ayah." Aku menyulamkan tanganku lalu mencium mereka. Betapaku rindunya mereka.

"Waalaikumsalam, anak ibu." Ibu melemparkan senyumannya.

"Bila ibu dengan ayah sampai? Kenapa tak bagitahu nak datang? Kalau tidak balik awal." Aku memuncungkan bibirku sedikit.

"Baru je sampai.Saja je ayah tak bagitahu dekat Liya." Aku mengangguk kepala.

"Ibu ayah. Marilah masuk." Aku mempelawa ibu dan ayah.

*^*^*^

"Alisa tak ikut ke?" Aku menanyakan soalan kepada ibu. Aku meletakkan dulu yang berisi air diatas meja di ruang tamu.

"Alisa. Macam tak kenal adik kamu tu. Sibuk memanjanglah." Ibu menjawab persoalanku.

Aku duduk disebelah ibu. Ibu memegang tangan aku. Dia mengusap tanganku. Aku tersenyum. Rasa rindu yang terperangkap didalam hati ini telah pun hilang.

Beberapa minit kemudian, aku mendengar enjin kereta milik Akmal mula menghidupkan suasana di hadapan rumah. Tidak lama kemudian wajah Akmal mula terpapar di pintu hadapan.

"Ibu ayah." Akmal menghampiri ibu dan ayah.

"Liya nak pergi dapur. Nak masak." Aku meminta izin.

*^*^*^*

Aku menghidangkan makanan. Aroma sambal udang memenuhi ruang makan. Begitu juga dengan air sirap limau membuatkan aku terliur.

"Ibu ayah, jemputlah makan. Awak juga." Aku melebarkan senyuman. Aku meletakkan nasi ke dalam pinggan lalu menghidangkan kepada ibu,ayah dan Akmal

*^*^*^*^

"Liya, ibu dengan ayah balik dulu." Ibu mula bangun dari tempat duduknya.

"Okay. Nanti kalau Liya ada masa, Liya balik ye." Aku salam tangan ibu dengan ayah begitu juga dengan Akmal.

"Jangan lupa pula ye." Ayah pesan kepada kami

"Kami tak lupa punya lah. Percayalah. Betul tak, Liya." Aku mengangguk tanda setuju.

Kami melambai-lambai tangan kami. Aku mendongak kepala aku untuk melihat Akmal. Dia melemparkan senyum. Aku membalas senyumannya.

"Awak. Saya nak sangat jumpa kawan-kawan saya. Rindulah dekat diorang." Aku memegang tangannya.

"Jumpa jerlah dengan diorang. Diorang pun mesti rindukan awak. Lagipun esok weekend" Aku tersenyum besar.

"Betul ni. Sayang awak." Akmal mengangguk. Aku peluk dia.

"Saya nak mesej diorang sekejap." Aku mengambil telefon bimbit yang berada didalam bag aku.

Aliya
Guys. Esok jumpa. Nak tak?

Syafikah
Jom. Esok aku free.

Rozana
Aku pun. Jumpa mana?

Aliya
Macam biasalah. Esok pukul 3. Jom

Fatin
Takkan nak gitu. Tempat lainlah.

Aliya
Ala. Situ jerlah. Lagipun craving nak makan. 😅

Syazwani
Okay jumpa sana. Sibuk ni.

Nalbila
Okay jumpa sana juga 😘

Maziah
Bye. Esok okay 😋

Aliya
Sayang hangpa 👍👍

Aku menutup balik telefon bimbit aku. Aku memikir aktiviti yang akan dilakukan esok.

^*^*^*^*

Aku mengetuk jari jemariku diatas meja.

"Sorry beb. Ada hal tadi." Syazwani, meletakkan handbag diatas meja.

"Janji mu datang sudah. Datang dah dia." Aku tersengih melihat Syafikah yang kelam kabut mencari sesuatu dalam begnya.

"Oh, kat sana korang." Syafikah melambatkan langkahnya.

Dalam beberapa minit kemudian, meja kami sudah dipenuhi oleh kawanku yang lain.

"Rindunya korang. Muka Pikah macam nak cakap sesuatu." Kami tumpukan perhatian kepada Pikah.

"Nah, ambil seorang satu." Syafikah mengeluarkan beberapa keping sampul surat berwarna kuning dari begnya.A

"Peh Pikah. Senyap-senyap ye Pikah tuk tuk nak kahwin. Bila masanya kau bertunang pun kitaorang tak tahu." Maziah membebel. Nalbila mengangguk.

"Perlu ke bagitahu korang yang aku bertunang."

"Perlulah." Kami serentak

"Aku bertunang hujung tahun lepas. 😁" Syafikah bagitahu.

Kami berbual-bual. Semasa kami berbual, aku merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan gerak-geri aku sejak datang ke restoran yang kami kunjungi. Muka aku mula menunjukkan rasa gelisah.

"Beb, kau okay tak?" Fatin menepuk bahu aku. Aku menggelengkan kepala lalu aku menghadiahkan senyumanku. Aku harap tiada apa-apa yang akan berlaku dalam masa terdekat. Aku harap sangat-sangat.

Kami pulang ke rumah selepas jam menunjukkan pukul 5 petang. Kami melambaikan tangan masing-masing untuk mengucapkan selamat tinggal. Aku masuk kedalam kereta lalu menghidupkan kereta.

Semasa aku berada memandu aku perasan ada kereta berwarna hitam berserta dengan cermin kereta hitam mengekori aku dari belakang. Aku mula berasa cemas, tetapi nasib menyebelahi aku. Aku selamat tiba di rumah tercinta. Aku bergegas masuk ke rumah. Aku melepaskan keluh yang tersemat didalam hati. Aku tersenyum seketika.

(***)

Next chapter.
Sebenarnya tajuk cerita ni saya ubah. Sebab mudah nak buat cerita dan plot.Sebenarnya tak ingat plot sebab tu tukar tajuk. Hihihi. Describe cerita ni pun bertukar juga sebenarnya. Tapi mana hilangnya pun entahlah. 😅.

Saya nak ucapkan Selamat menyambut bulan puasa dan Selamat berbuka 😅.

Jumpa raya ni ye. Insya-Allah dengan izin Allah saya update lagi.

(Someone,boleh tak bagi motivasi sikit dekat saya ni yang malas sangat nak update cerita ni.)

Your vote ✩, comment dinanti-nantikan oleh saya.

Hanya Dia Sahaja-discontinued-Where stories live. Discover now