Prolog

6 0 0
                                        

November, 2013.

Middle School in Japan.

Salah satu antara middle school yang terkenal di Jepun akan bercuti tidak lama lagi. Lagi sehari bersekolah dan semua pelajar akan bercuti selama 5 minggu.

Sekolah ini sangat terkenal dengan pelajar-pelajar yang cerdik dan pandai, sentiasa mendapat anugerah setiap kali peperiksaan besar... sehingga kan tiada perbezaan antara kelas-kelas! Istilah kelas pertama dan terakhir tidak wujud di sekolah ini.

Ramai ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah ini, tetapi ramai juga yang ditolak kerana result anak-anak mereka dalam peperiksaan akhir tahun dalam elementary school, tidak cukup syarat untuk memasuki sekolah ini.

Ada yang kecewa, ada yang gembira. Itulah perasaan yang muncul di sekolah ini setiap kali pendaftaran pelajar baru.

Antara syarat yang dikenakan ke atas pelajar yang ingin memasuki sekolah ini adalah lulus peperiksaan yang pihak sekolah kenakan. Tidak kira gred, mereka akan diuji dengan ujian yang level-nya... mungkin hard.

Walaupun pelajar di sini stres kerana saingan mereka untuk terus survive di sekolah ini, mereka tetap gembira dan berasa sangat bangga dengan kejayaan mereka dan kejayaan yang dicapai sekolah ini.

Keadaan di sekolah yang terkenal ini sangat normal seperti tahun-tahun sebelumnya... sehinggalah tiba tahun baru sekolah dibuka semula.

Januari, 2014.

Pada waktu pagi, tepat pukul 8.30 pagi, semua pelajar sudah berkumpul di dewan yang paling besar di Aoba-Japan International School. Rupa-rupa pelajar yang sudah enjoy dan puas dengan cuti mereka, penuh dengan senyuman... hanya beberapa orang pelajar saja yang auranya agak gloomy.

Pada mulanya, pelajar yang upperclassman atau dikenali sebagai senior, yang sudah belajar di sini selama 2 atau 3 tahun tidak menyedari sesuatu, sehinggalah pengetua memberi ucapan, barulah mereka sedar..

Semua senior di Aoba-Japan International School sangat terkejut dengan apa yang mereka lihat dan dengar pada hari itu.
__________________________________

(A/n)

Cerita ni agak berbeza dengan apa yang saya katakan dulu, jalan ceritanya mungkin akan berubah sedikit sebab saya nak cuba buat cerita yang agak misteri. Saya tak pasti yang cerita ni akan jadi misteri buat readers tapi saya harapkan yang readers akan suka cerita ni! Oh! Anggap sajalah yang semua watak dalam cerita ni cakap bahasa jepun.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FriendshipWhere stories live. Discover now