"Hmm, takut kantoi ke yang dia jumpa perempuan lain..haihh hati tabahlah dikau." Arissa mengeluh.

Sedang arissa merehatkan badan.

Tiba-tiba telefon nya berbunyi menandakan mesej masuk.

Ariel~dalam masa 5 minit make sure kau da ada dekat cafe ni.

Arissa~okayyy.

Arissa siap dengan memakai baju yang simple.

Dia mencari kelibat ariel daniel di seluruh cafe itu, tiba-tiba matanya nenangkap susuk tubuh lelaki itu.

Arissa menghampiri lelaki itu, belum sempat sampai, tiba-tiba seorang perempuan mendekati ariel. Mereka berpelukan dan ariel mencium pipi wanita itu..mereka tersangat la mesra.

Hati arissa bagai dihiris-hiris, dia gagahkan juga mendekati ariel.

"Ehemm" arissa berdehem tetapi matanya memandang ke tempat lain.

"Owhh nak ambik order ye cik." Sinis  soalan daripada perempuan di hadapannya ariel itu.

Arissa diam."ehhh u tak tahu lagi ke, dia ni la yang perempuan bodoh tu, konon mengharapkan cinta i..eeeuu, geli dengarkan." Sinis percakapan ariel.

"Laaa yeke baby..tengok cara da tahu macam mana. " mereka gelak sakan.

Air mata arissa tumpah. "Maaf, saya tak de selera, saya balik bilik dulu ye." Arissa berlalu, dia baru nak beredar tiba-tiba ada sepasang kaki menghalang, arissa tersungkur dek terlanggar kaki itu..semua orang gelakkan arissa, arissa berlalu dengan tangisan yang makin menjadi-jadi.

Arissa menghempas tubuhnya ke katil. Dia cepat-cepat mengambil semua baju dan disumbat ke dalam beg. arissa terdengar pintu bilik ditutup terpampang muka ariel.

Arissa makin melajukan kerjanya, makin deras jugak curahan air matanya.

"Ehhh kau nak pergi mana haaa, kau jangan buat pasal la perempuan!!" Ariel memaki arissa, tangan arissa direntapnya.

"Ehh lepas la gila!!"arissa bengang.

"Kau dengar sini ehhh, aku takkan benarkan kau keluar atau lari pergi mana-mana , kau faham tak!!" Marah ariel.

"For what?? Untuk sakit kan hati aku lagi!!" Arissa mengesat air matanya kasar. Ariel terkejut dengan sikap arissa yang tiba-tiba kasar semacam.

"Ehhh, aku penat tahu tak, aku penat sangat nak layan perangai kau, sikap kau, baran kau. Serius aku penat." Arissa menangis. Kemudian dia menyambung lagi. "Untuk apa lagi kau simpan aku ariel, untuk ape, sedangkan hati kau jiwa kau bukan untuk aku..yang kau tahu balas dendam, balas dendam dan balas dendam. Aku tahu aku salah, tapi kau sepatutnya matured, kau da besar, itu dulu masa kite belum matang. Tapi kau, kau tak pernah nak maafkan aku. Aku tahu aku salah, 2 tahun aku cuba cari kau ariel, aku bukak laman sosial nama kau untuk detect kau kat mana, aku pergi rumah kau, tapi kau da pindah, aku call kau tapi kau da tukar nombor. Aku buat macam macam untuk mintak maaf dekat kau. Bila aku tahu ni kau, aku rasa happy sangat, aku dapat jumpa kau balik and aku dapat jadi isteri kau. Tapi kau!! kau seksa aku, kau curang, aku pun manusia ariel, tak lari dari buat silap!!!" Arissa menangis semahu-mahunya.

Ariel terdiam. "Setiap hari aku berdoa dengan allah semoga aku dapat jadi penghuni tetap hati kau..tapi aku tahu, mungkin kita bukan ditakdirkan bersama. Aku mintak kau halal kan makan minum aku, terima kasih sebab terima aku jadi isteri kau walaupun sekejap." Arissa keluar dengan membawa begnya.

Arissa pergi ke arah ariel, disalam tangan lelaki itu. Ariel masih terkaku. Arissa berlalu membuka pintu tetapi dia berhenti setengah jalan.

"Sebelum aku lupa, aku janji dengan kau aku takkan tunjuk muka aku depan kau lagi, and aku nak kau lepaskan aku, sebab aku tahu, dalam hati kau memang tak de ruang untuk aku lagi, tapi kalau kau tak nak lepaskan aku, kau cuma tunggu surat daripada mahkamah.." arissa keluar dan terus menutup pintu.

Ariel daniel meraup muka nya kasar. Dia penumbuk dinding, habis berdarah tangannya. Die duduk di birai katil, air mata lelakinya mengalir dengan deras. Hatinya bagai disiat-siat selepas mendengar semua kata-kata arissa.

Menyesal tak de guna dah bro!

-----------------
# aduu sedih pulak part ni(acah2 sedih je) hehehe.. btw, nak tahu kisah selanjutnya ikutila kisah kawanku isteriku (cehh da macam dalam iklan pulak)

Maaf klo ada tertypo ke, almaklumla kite ni mrs typo, chiaa chiaa chiaa.

Ariel tak tahan arissa ke?? Kenapa ariel menangis?? Takkan tak de sikit pun cinta ariel dekat arissa??

sorry kalau boring...Hope enjoyy, don't forget to vote and comment

Muahhhhh setepek....

Kawanku Isteriku (✔)Where stories live. Discover now