Bab 41: Terselamat

Start from the beginning
                                    

     Vine hanya menguntum senyum.Hatinya gembira kerana ada lawan yang setanding dengannya.Perlahan-lahan dia menoleh ke arah belakang.Kelihatan Iryan sedang berdiri tegak di situ,sambil berpeluk tubuh.

   "Oh..Iryan..Cepatnya kau bertindak..Aku tak sempat pun nak gigit kau tadi..Aku nak tanya,macam mana kau boleh terlepas dari Dizzy Potion tu?" Soal Vine,ingin tahu.

    Dia kemudiannya meraup rambutnya yang mengurai itu ke belakang.Serta-merta,wajahnya kembali semula ke bentuk asalnya.Rupa Vine.Hmm..Nampaknya tak guna lagi dia menyamar dalam bentuk Lady Autumn seperti tadi,bukan?

   Iryan pula hanya tersengih.Bajunya diseluk.Dia pantas mengeluarkan boomerang tajam dari dalam bajunya.Ahh.. Akhirnya..dia akan gunakan jugak boomerang yang sentiasa disimpan kemas selama ini.

    "Well..Biasalah.Potion yang lemah macamtu tak boleh jejaskan aku.Tadi,aku cuma berpura-pura je.Bagus tak lakonan aku? Hmm..Dengan tengok cara muka kau ni,aku rasa kau dah lama tahu kan siapa aku ni?" Soal Iryan semula.Boomerang yang tajam itu diusapnya penuh teliti.

     Vine hanya menguntum senyum.Sayap kelawarnya dikeluarkan.Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir,seekan-ekan sedang memikirkan sesuatu.

    "Yup.Aku tahu.Sejak kau mula jejakkan langkah di sini lagi,aku dah dapat bau darah kau,The Undead Devil.Nampaknya,sihir bau darah manusia yang kau guna selama ni dah tak berkesan kan? Kasihan.." Ucap Vine,pura-pura kesian.

    Iryan hanya terpingga-pingga.Dia cuba membau badannya sendiri.Cis! Dia membentak geram.Tak guna punya Kifft! Berani kau kurangkan kuasa aku?!

    Melihatkan reaksi Iryan itu,Vine terus sahaja ketawa mengilai.Dia menghampiri Iryan bersama ketawa lucu.

     "Hahahahahaha! Kesiannya kau ni,Iryan..Kesian..Betul-betul kesian.Hmm..Apa-apa pun,aku nak cakap sikit ni.Orang yang buat Fellex mati tu sebenarnya adalah.."

    Vine sengaja mengantung kata-katanya. Dia perlahan-lahan mendekatkan bibirnya ke telinga Iryan.

   "..sebenarnya adalah aku." Bisik Vine,lembut.Dia kembali menjarakkan dirinya semula.

    Iryab terkaku.Mendengarkan bisikan Vine itu,air matanya perlahan-lahan mengalir turun.Wajah Vine dipandangnya, tajam sekali.

    "Kau...SETAN tak guna!!!" Jerit Iryan,berang.Boomerang miliknya pantas di libas ke leher Vampire tersebut.Malangnya,Vine lebih pantas melarikan diri.

     "Hahahahahaha! Kesian bukan? Aku bunuh seorang,kemudian seorang lagi mati sebab konon-kononnya nak selamatkan nyawa adik dia.Selepas tu..,seorang lagi mati sebab rasa bersalah.Hebat tak permainan aku? Membunuh tanpa membazir walau sedikitpun kuasa aku." Provok Vine,tanpa memunculkan diri.

   Suara gadis itu bergema di serata tempat.Batang hidungnya langsung tidak kelihatan.

     Mata Iryan pula sudah meliar ke sana sini.Perasaan marah menguasai fikirannya.

     "Kau..kau bunuh kawan aku! Kau sememangnya tak guna! Ke sini kau setan! Lawan aku secara berdepan!" Jerit Iryan,bersama linangan air mata.Dia berang,benar-benar berang.Pembunuh tidak seharusnya dibiarkan hidup!

     "Hahahahahaha! Hahahahaha!" Gelak Vine bergema.

   Hati Iryan bertambah panas.Mahu saja dia baling boomerang dia ni sekarang.

    "Lawan secara berdepan? Huh.Aku taklah bodoh macam tu.Aku tahu,kalau aku muncul depan kau nanti,kau pasti aku bunuh aku dulu.Betul bukan?" Soal Vine lagi,bergema.

     "Aku kata MUNCUL sekarang!!" Jerit Iryan,nyaring.

    "Hahahahahaha! Muncul? Baiklah.Aku akan tunaikan permintaan kau."

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now