Senyuman Rizki hilang.

Mereka mula melangkah semula meninggalkan Rizki. "Jangan lupa makan  ye dak pandai" sempat Hasya sindir sebelum mereka berlalu pergi.

Rizki mencarut perlahan. Dia menggenggam penumbuk kuat.

"Senyumlah selagi boleh"

.

.

Alief memandang dirinya di dalam cermin itu. Pelbagai benda yang sedang bermain di dalam fikirannya saat ini.

Teringat kembali kata-kata yang dia bisik pada Ayna petang semalam. Spontan Alief menepuk dahinya. Ish! Apa lah yang aku merapu semalam?

Apabila teringat balik. Terus rasa malu meresap ke dalam dirinya. Dia tak tahu lah sama ada Ayna faham atau tidak apa yang dikatakannya semalam.

Tetapi dia rasa seperti orang gila saat ini. Wajah Ayna yng tersenyum tiba-tiba bertandang ke kotak fikirannya. Senyuman Ayna yang manis. Gelak tawa Ayna yang comel. Suara Ayna yng merdu. Rambut ikal Ayna yang bertebangan ditiup angin.

Tanpa sedar Alief tersenyum sendiri.

"Alieff~" suara merdu Ayna kedengaran seolah-olah di dalam mimpi. Ayna memanggilnya dengan senyuman manis. "Alief~" Alief tersenyum. Dia seolah-olah bidadari. Seolah-olah berada di awangan.

"woi Alief!" terus lamunan Alief hilang bagaikan angin. Alief tersedar dari lamunannya. Dia menepuk dahinya lagi. "What the hell is that?" ujar Alief sendirian. Aik? Angau ke bang?

"Alief Danyel!" kali ni suara Ayna dari tingkat bawah memang betul kuat punya. Boleh kasi pecah gegendang telinga tu.

Terus Alief melangkah keluar dari biliknya dan menapak ke tingkat bawah.

Kakinya terus menuju ke dapur tempat di mana Ayna berada.

"Apa kau ni terpekik terlolong?" sahut Alief dengan dahi berkerut. Dia meramas rambutnya kerana angan-angannya tadi. Memang gila lah. Macam mana dia boleh berangan pasal Ayna ni?

"Weh, aku lapar" adu Ayna tiba-tiba. Alief memandang Ayna dengan kening terangkat. Kam di dinding dikerling. 11:30 malam.

"Malam-malam buta macam ni? Kau lapar?" soal Alief menggeleng perlahan sambil tangannya ralit menuang air ke dalam gelasnya. Ayna menarik muncung. "Tiba-tiba lapar lah weh" tukasnya lagi.

Alief meneguk air sejuk itu lalu memandang lagi Ayna.

"Habistu? Kau nak aku buat ape?" soalnya menyandarkan tubuh pada kabinet dapur itu. Ayna tersenyum comel. Dia bermain dengan jarinya. "Masakkan maggi weh" pintanya acah-acah comel.

Alief terkedu. Eh eh minah ni. Malam buta ni lah dia nak bulatkan mata dia tu lepastu mintak aku masakkan maggi untuk dia?

"Ap- apasal kau suruh aku pulak? Pergi lah masak sendiri" Alief melangkah ke singki lalu meletakkan gelasnya. Ayna menarik muncung semula. Sengaja dia berjalan mendekati Alief.

Lengan baju Alief ditarik lembut. "Alala Alief. Buatkan lah. Aku lapar" pinta Ayna lagi seperti budak kecil yang inginkan gula-gula. Penumbuk nak?

Alief menelan air liurnya perlahan.

"Ish.. pergi la buat sendiri" Alief menepis lembut tangan Ayna. Apesal lemah aje lututnya apabila Ayna buat begitu. Memang nak kena lah budak ni.

Ayna merengus perlahan. Minta buatkan pun tak boleh. Akhirnya Ayna mengalah dan buat magginya sendiri.

Alief berdehem seketika lalu melangkah ke ruang tamu. Membiarkan Ayna membuat kerja dia. Lantak. Mak sangat maggi malam-malam ni.

Ayna menjenguk ke ruang tamu seketika. Alief sedang menonton tv.

Gengster Tu Aku Punya!Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu