Buku-buku yang bertingkat di atas meja belajarnya di pandang sepi. Sudah setanding Namsan Tower. Buku yang berada di hadapannya di baca.
Tak, dia menghafal. Satu demi satu perkataan dihadam dan cuba disimpan di dalam otaknya.
"Perang Korea bersama... tahun... tahun.."
Dia cuba mengingati apa yang dia baca. Sejarah mengenai peperangan Korea Selatan dan pembentukan Korea Selatan yang sudah lama dia tinggalkan.
Subjek yang paling dia benci sebenarnya. Cermin mata dengan kuasa 800+ di letakkan di atas meja. Matanya dipejam buka.
Badannya disandar sebentar ke kerusi. Melepaskan letih tahap membunuh. Selepas beberapa saat dia memakai semula kaca mata itu dan mula belajar.
Pintu dikuak dari luar. Seorang perempuan berbaju pijama masuk. Dia memandang ke arah perempuan tersebut.
Sepinggan biskut dan secawan susu. Tanpa banyak tanya, dia menyuap biskut tersebut ke dalam mulutnya. Perasaan pelik mula bertapa.
"Apa.. benda ni?"
Dia bertanya pantas. Ada yang tak kena dengan benda ni. Rasa macam lain macam. Tak, betul ni! Lain macam..
"Makananlah. Biskut. Aku yang buat."
Perempuan itu membalas selamba. Selesai sahaja dia membakar biskut itu, terus di delivery ke biliknya.
"Maksud aku, apa kau letak dalam benda ni?"
"Biskut ni? Coklat, tepung, gula, kacang.."
"K- kacang?"
"Ya, kacang. Kenapa?"
Dia tergamam. Betulkah apa yang dia dengar? Dia belum pekak bukan?
"Hah- .. Kau saja nak tengok aku mati."
-----
[Author]
Watak-wataknya akan diketahui nanti. Nantikan, 'Allergic'!
"Jauhkan aku dari benda tu kalau nak aku hidup."
YOU ARE READING
[ C ] Allergic '/, Mingyu
Short Story"Ni.. Apa?" "Cookie. Dah kenapa?" "Apa kau letak dalam ni?" "Kacang. Apahal?" "Kau saja nak tengok aku mati." Best achievement: #65 - Short Story |10.12.16| #60 - ss |12.12.16| #55 - ss |12.12.16| NaYeul- Start: 08.12.16 End : 08.12.16
![[ C ] Allergic '/, Mingyu](https://img.wattpad.com/cover/71539343-64-k131865.jpg)