Dania merengus. "Fine!" tukas Dania menjeling Ayna tajam lalu duduk kembali di tempatnya. Pertama kali Alief backup Ayna dan bukan dia.

Alief menghela nafas.

"Okay, now everyone fokus. Kita guna scene highlight movie tu je. Tak payah buat dari mula" arah Iqa apabila semua memandang dirinya.

"Kita semua gilir-gilir jadi narrator" sambung Hasya pula. Semua mengangguk faham.

"Scene 1 mulakan dengan stepmother, Anastasia, Drizella and Cinderella." Iqa menarik Ayna dan Hasya supaya dekat dengannya. Mereka memandang Dania. Nak tunggu tuan puteri ni berdiri, memang sampai kesudahnya lah tak berdiri.

Dania mengehela nafas. Dibuat muka jengkel sebelum dia perlahan-lahan berdiri.

"Once upon a time, there was a poor girl named Cinderella. She live with her stepmother as her parents died when she was young. She lived there with her two step sisters. However, she always treated as a servant by her stepmothers and stepsisters. They hate cinderella and always bully her."

"Three, two, one! Action!" Ilham menepuk tangannya.

"Cinderella!" jerit Dania kuat sebagai watak mak tirinya. "Yes mother?" sahut si Cinderella Ayna pula. "Where is my breakfast?! I'm hungry!" jerit Dania lagi.

"Its almost ready mother!" balas Ayna lagi.

"Cinderella! Where is my blue dress?" jerit Hasya pula sebagai Anastasia. "Probably in your closet!" sahut Cinderella lagi. Iqa tersengih kecil. Geli hati melihat lakonan rakan-rakannya.

"I can't find it!" balas Hasya lagi sambil matanya menatap skrip di tangan.

"Maybe you can try to find it using your eyes." jawab Ayna. Semua tersengih mendengar. "Cinderella, where is my tea?" kali ni Iqa pula yng menjerit sebagai watak Drizella.

"Comingg!" sahut cinderella lagi.

"Faster idiot!" jerit Dania pula menjeling Ayna.

"Have i told you to iron my dress last night?" Hasya acah-acah mengamuk. Ayna menunduk pada Hasya. "I'm sorry Anastasia. I forgot" jawab Ayna.

"You are not that old to be forgetful like that!" tengking Hasya.

"She is not forgetful! She is just stupid! Right mother?" tukas Iqa pula.

"Yes true my dear. She was born stupidly like that. Now serve our breakfast now slow-witted!" jerit Dania pula.

"Cut!"

Semua menepuk tangan. "Wow girls, impressive!" puji Hariz tersengih. "Pandai berlakon ye makcik-makcik ni semua." ujar Faris pula berpeluk tubuh. Ameer tersengih. "Good job Iqa!" puji Ameer memandang Iqa. Dia bertepuk tangan.

"Aik? Iqa sorang je ke?" Hasya mengangkat keningnya. Ayna sempat mencebik. Iqa tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Sekarang kita cuba buat scene cinderella dengan prince pulak" kening Faris terangkat-angkat sambil memandang Alief. Terus Alief menoleh.

"Scene yang mana?" soal Hasya pula.

"Aku nak tengok scene menari tu" tukas Ameer pula sengaja mencurah minyak. Ayna dan Alief berpandangan. Terus Iqa berdiri. "Ok jugak tu. Rehearsal menari dulu, kan?" Iqa memandang Ayna.

Ayna membuat muka tidak senang.

"Cepat la Alief!" Faris dan Ameer menolak Alief ke hadapan. Iqa terus menarik Ayna. Ayna dengan malasnya menapak semula ke hadapan.

Alief dan Ayna berdiri dia hadapan menghadap satu sama lain. Iqa memandang Alief dan Ayna silih berganti. "Korang tahu menari macam dalam movie tu tak?" soal Iqa.

Serentak mereka menggeleng.

"Perlu ke menari bagai ni?" soal Alief menggaru dahinya yang berkerut. "Malas lah aku." sambung Alief lagi sambil menghadap wajah Ayna

Ayna mencebik. "Kau ingat aku nak sangat ke hadap muka kau?" soal Ayna semula memutarkan bola matanya ke atas. Nyampah pulak gugurl!

Alief membuat muka. Lagi didekatkan wajahnya pada wajah Ayna. "Nak tak nak, muka ni jugak lah yang kau kena hadap 24 jam" bisik Alief sinis.

Ayna tersentak sedikit. Alief ni memang tau. Terus Ayna menoleh ke arah lain.

Pantas Iqa memanggil Hasya dan Ilham meminta pertolongan. "Nak tak nak, korang kena menari jugak nanti" tukas Iqa tegas. Ayna sudah tarik muncung.

"Now. Alief letakkan tangan kau dekat pinggang Ayna" arah Iqa selamba. Alief menoleh. Wajahnya berkerut. Biar betul?

Ayna pula yang menyampah tengok. "Bukan tak pernah tarik pinggang aku pun" ujar Ayna perlahan. Tarus Alief menoleh semula pada Ayna. "Apa?" soalnya semula.

Ayna tersengih seraya menggeleng. "Takde ape tiang."

"Cepat lah Alief" arah Iqa lagi.

Alief menghela nafas. Perlahan-lahan dia meletakkan kedua belah tangannya pada pinggang Ayna.

Di saat tapak tangan Alief menyentuh pinggangnya, Ayna menjadi kaku.

Semua di situ tersengih-sengih kecuali Dania. Dania sumpah masam mencuka. Memang gelap, muram, suram dan seram betul muka dia sekarang ni.

"Ayna pula, letak tangan dekat leher Alief" arah Iqa lagi. Ayna menghela nafas. Nak tak nak, Ayna meletakkan juga tangan di leher Alief.

"Erhm! erhm!" kedengaran Faris dan Ameer sengaja mengusik. Ayna dan Alief bertentangan mata. Iqa mula membuka lagu.

"Slowly. Step by step" ujar Ilham pula.

Alief terus menarik pinggang Ayna lebih dekat dengannya. Ayna tersentak jantungnya berdetak lebih laju daripada biasa. Mereka mula bergerak mengikut rentak.

"Ayna." panggil Alief perlahan. Ayna menelan air liurnya seketika. "Hm?" sahutnya juga perlahan. Hanya mereka berdua sahaja yang boleh dengar sesama sendiri.

"What is this feeling?" soal Alief perlahan. Dia merenung wajah bersih Ayna di hadapannya.

"What feeling?" balas Ayna. Membalas renungan Alief yang mampu membuat jantungnya melompat keluar saat ini.

"I don't know. Perasaan ni rasa pelik. Perasaan apa ni weh?" soal Alief lagi.

Ayna terdiam. Apa Alief ni? Baru tadi kata malas nak hadap wajahnya, ni tiba-tiba tanya soalan pelik pulak.

"I've never feel this before. Do you have the same feeling?" soal Alief lagi. Pelukan di pinggang Ayna di eratkan.

Ayna tunduk merenung kakinya yang mengikut rentak kaki Alief dan lagu. Apa yang di cakap Alief ni langsung dia tak faham. Pandangan Alief juga lain macam.

Apa kena lah dengan tiang yng sorang ni?

"Ayna.." panggil Alief lagi apabila Ayna masih berdiam diri.

Tiba-tiba Ayna tersalah langkah lalu hampir jatuh tetapi selamat apabila tangannya pantas dipaut Alief. Terus Alief menarik Ayna ke dalam pelukannya.

Mata Ayna membulat.

"This strange feeling, do you have it too?" bisik Alief masih erat memeluk Ayna. Ayna masih diam.

"Ish Ayna ni. Careful lah sikit." Iqa terus menarik tangan Ayna apabila melihat Ayna masih lagi berada dalam pelukan Alief. Uish! Bahaya weh!

Ayna tersentak. Dia terus menoleh lalu senyum plastik. "Ha, aku mana reti menari ni" balas Ayna menutup rasa gugupnya.

Alief berdehem seektika. "Aku lagi lah tak pro" ujar Alief pula menggaru kepalanya yang takde lah gatal sangat. Mahu tutup perasaan yang cemas tadi. Dia tahu dia sudah terlajak peluk tadi. Hoho.

Dania yang dari tadi melihat terus merengus. Dia pantas berdiri. Semua ahli kumpulan memandangnya. Dania menjeling Ayna dan Alief lalu terus berlalu dari situ tanpa berkata apa-apa.

"Masalah betul" komen Faris menggeleng kepalanya.

"Biar lah dia. Kita stop kat sini jelah eh. Dah lambat dah ni."

Mereka semua mula mengemas.

"Ayna Alief, nanti korang cuba lah berlatih ye" pesan Iqa sebelum balik.

Ayna menghela nafas. Haih susahnya nak jadi cinderella ni.

Gengster Tu Aku Punya!Where stories live. Discover now