Bab 1

126K 1.2K 47
                                    

"Ariell, cepat la sikit, kita da lambat nak masuk kelas ni. " Arissa mempercepatkan langkahnya.

Ariel kelam kabut memakai kasut dan berlari anak mengejar arissa..

"Ish jalan la sama sama. Jalan nak laju je penat tau tak nak kejar." ariel mengejar Arissa dari belakang.

"Ariel, kau ni lembut sangat la, cuba jadi macam lelaki sikit, buat kerja pantas ni tak, terlembab-lembab" ariel memperlahankan langkahnya.

"Ye, saya tahu saya ni lembut, tak macam lelaki lain macho, tak pe la, awak masuk la kelas, cakap dengan cikgu saya pergi tandas" terus ariel berlalu pergi.

"Cakap sikit sentap, cakap sikit sentap, dasar bapok betul" terus arissa berlalu pergi tanpa mempedulikan ariel.

Kringggggg

Semua pelajar mula keluar dari kawasan sekolah dan pulang ke rumah masing-masing.

Arissa masih lagi mengemaskan barang-barangnya.

"Mana pulak ariel ni... da pukul berapa ni, tak reti-reti nak ambik beg ke, tak kan merajuk lagi kut.." arissa membebel seorang diri.

Arissa berlalu keluar dari kelas dengan membawa beg milik ariel sekali.

Tiba di satu kawasan arissa tersenyum bila mendapati orang yang dicarinya berada disitu. "Ariell" tegur arissa dari arah belakang.

Ariel mengeraskn badannya. "Ariell, aku mintak maaf sebab dah keluarkn kata-kata kesat tu kat kau, aku tahu aku salah" arissa memohon maaf lalu duduk bersebelahan dengan ariel.

"Aku pun ada perasaan la arissa, aku tetap manusia, bukan aku yang nak jadi macam ni, kalau di beri pilihan aku pun tak nak la jadi macam ni. " ariel melenting tapi nadanya masih perlahan.

"Ariell, aku janji dengan kau, lepas ni aku tak kan cakap lagi macam tu.." ariell hanya membisu

"Ariel......please, aku da tak de kawan da selain kau weyy, sape nak teman aku lagi, sape nak happykn aku lagi." Arissa membuat muka sedih.

Ariel menoleh ke arah arissa, tak lama kemudian tu ariel mengangguk lalu memukul ala-ala manja ke arah arissa.

Mereka sudah berbaik semula.

------------------------------------------------------
Malam berlalu, arissa makan malam bersama keluarga nya.

"Sayang, macam mana hari ni?? Okayy??" datin aqilah memulakan bicara.

"Okayy je ." balas arissa.

"Lisaa sayang, mama dengan papa nak ajak lisa pergi holiday minggu ni, lisa nak pergi mana. "

Lisa ada la nama panggilan yang selalu dipanggil oleh mama and papanya.

"Yekew?? Mama dengan papa tak berguraukan??" Arissa bertanya teruja.

"Ye sayang, " papa dengan mama jawab serentak..

"Yeahhhhhhh!!!! " jerit sarah sekuat hati, mungkin jiran sebelah pun boleh dengar kot.

Papa dan mama arissa hanya menggeleng melihat telatah anak bongsu nye itu. Umur da 17 tahun tapi tetap manja tak ubah macam umur 3 tahun

"Morninggg arielllllll...." panjang lebar senyuman arissa pagi ini.

"Morning arrisa, whyy happy semacam je hari ni? " tanya ariel pelik

"Adalahhh..." arissa terus duduk disebelah kerusi ariel daniel yang memang tempat duduknya.

"Alaaa arrisa cerita la dekat saya." pujuk ariel sambil melibas-libas towel pink milik nye ke arah arissa.

"Okay okay aku cerita. " arissa berhenti sejenak dan menyambung semula "minggu ni aku nak pergii holidayyyyyyyyyy.." jerit arissa keriangan.

Ariel menutup telinga kerana jeritan arissa tadi betul betul kat sebelah telinga dia. "Wowww, nak ikutt" ariell pun join sekali teruja.

"Wekkkkk, tak bolehh" arissa menjelirkn lidah kepada ariel.

"Hmm, tak nak bagi sudah, tak hingin pun nak ikut awak pergi holiday."

"Hahaha" arissa ketawa, senyuman masih tidak lekang dibibirnya .

Tengah mereka berborak-borak, datang sekumpulan lelaki mengacau ariel.

"Haiii bapokk...wow bertowel pink hari ni, mengancam." balas salah seorang lelaki tersebut.

Ariel buat tak layan je dengan mangkuk-mangkuk hayun tu.

"Alooo sombongnye bapok ni..." balas ketua group mereka pulak yang dikenali sebagai faiz

"Woii, ape masalah korang ni haa, nak kata tapir bukan tapir. boleh bla tak, jangan semak kat sini." Jerkah arissa yang sudah bengang.

"Woww, ada pemback up la, akut nye titew" faiz mengejek arissa.

"Well, well, well, sarah arissa binti dato najmuddin, awak walaupun garang tetap membuatkn saya tergoda dengan muka awak yang baby face ni" faiz menyentuh muka arissa

"Weyy jantan, kau jangan jadi macam tapir ehhh, bla laa" arissa menolak kuat tangan faiz.

"Alololo, comelnya dia bila marah" dagu arissa pula disentuhnya.

Ariel yang menahan bengang dari tadi terus menggenggam tangan faiz yang menyentuh dagu arissa tadi.

"Ehhh beruang lepas la" faiz menarik tangan nya yang berada dalam genggaman ariel.

"Awak jangan berani sentuh dia. " Ariel memandang faiz dengan muka marah kemudian dia terus menolak tangan faiz, tertolak faiz kebelakang..

Faiz dan kawan-kawannya keluar dari kelas itu.

"Da la jom pergi perhimpunan, kejap lagi pengetua marah pulak" terus ariel berlalu keluar dari kelas itu.

Arissa masih lagi tercengang dengan perubahan ariel yang mendadak tadi, kemudian dia pun ikut sekali keluar dari kelas itu.

"Arissaa!! "Laung seseorang dari arah belakang.

Arissa yang jalan beriringan dengan ariel terus tersentak dan menoleh ke belakang.

"Haaa, asal ikin??" Tanya arissa.

"Jom weyy, teman aku pergi library." Ajak ikin.

"Hmm, tapi aku nak kene temankn ariel pergi bilik guru."

"Alaa please, temanla aku arissa." Pujuk ikin.

"Erkk" arissa serba salah. "Baik la aku temankan kau. " balas arissa.

Ariel agak kecewa dengan keputusan arissa. "Ariel, aku temankan ikin tau, bye" terus arissa meninggalkn ariel seorang diri.

Ariel melangkah pergi ke bilik guru dengan perasaan yang kecewa..

Hari demi hari berlalu arissa makin lama makin rapat dengan ikin. Ariel merasa agak terpinggir.

"Hmmm, apela nasib kau ni ariel, haihh" ariel mengeluh seorang diri.

Ariel rehat di bawah pokok seorang diri, biasa nya yang selalu temankan dia arissa tapi sekarang tak lagi, arissa dah jarang teman dia lagi.

-----------------
#macam mana, okayy tak?? Sorry la kalau cerita ni boring ke ape ke..sebab ni novel first author..hope enjoy ngan novel ni, vote and comments tau..

Kawanku Isteriku (✔)Where stories live. Discover now