"Siapa aku? Huh...Aku rasa..kau tak patut tahu kut...Fellex." Ucap Vine lalu tersengih.Jarak antara dia dan Fellex hanyalah satu meter sahaja ketika ini.

Fellex tersentak.Macam mana Vampire ni tau nama dia?!

    "Kau siapa?! Macam mana kau tau nama aku? Dan apa yang kau nak buat dekat Syah tadi?! Cakap!" Soal Fellex, kasar.Hujung pedang pantas dihunus kearah Vine agar gadis asing itu tidak terlalu dekat dengannya.

"Heh."

    Sekali lagi Vine tersengih sinis.Hujung mata pedang itu disentuhnya dengan hujung jari.Diseretnya jari runcingnya itu sepanjang pedang tersebut sehingga darah merah mulai menitik jatuh dari jarinya.

     "Kau tanya macam mana aku tahu nama kau? Hmm..Aku rasa kau tak patut tahu kut sebab~.."

Vine segaja meleretkan bicaranya.Wajah Fellex pula ditatap dengan pandangan mengoda.Pandangan mata mereka bertembung menjadi satu.

     Fellex terus sahaja terkaku,bisu.Terasa seperti ada aliran elektrik yang mengalir di jantungnya ketika ini.Sungguh.Di saat anak mata merah Vine menikam matanya,dia terasa seperti di awang-awangan sahaja ketika ini.Tergoda.Dia merasakan yang telah jatuh cinta pada Vine yang cantik ini.

   Melihatkan reaksi positif Fellex itu,Vine pantas mengambil pedang yang dipegang oleh Fellex lalu dicampakkan ke tepi.Tengkuk Elf itu dipeluk bersama sebuah senyuman.

   Hmm..Memang tak disangka kan,pandangan hypnosis dia menjadi keatas seekor Elf yang sombong ni?

    Perlahan-lahan,Vine mendekatkan bibirnya ke telinga Fellex.

    "...sebab..kau akan MATI sekejap je lagi.." Vine menyambung semula kata-katanya tadi,lembut sekali.

    Mendengarkan bisikan Vine itu tadi,Fellex serta-merta tersedar dari pukauan gadis itu tersebut.Apa?!

Baru sahaja dia ingin melarikan diri,tiba-tiba Vine yang terlebih dahulu mengigit lehernya.

    "Arghhhhh!" Fellex menjerit kesakitan.Banyak darah merah yang mengalir keluar dari lehernya itu.

    Vine pula seperti enggan melepaskan gigitannya.Dia begitu sibuk melahap darah Elf ini.

   "Argghh! Sakitlah bodoh!" Amuk Fellex penuh perit.Dengan segala kudrat yang ada,kepala Vine pantas disikunya.

    Bukkkk!!

   "Auch!"

   Vine terus sahaja jatuh terduduk diatas lantai,sambil memegang kepala yang terasa perit.Habis rambutnya berserabai akibat disiku tadi.Pandangannya pula terasa berpinar-pinar.Dia pening.

    Di dalam kekaburan,dia dapat menangkap susuk tubuh Fellex sedang melarikan diri dalam keadaan terhuyung-hayang.Titisan darah merah berada di sepanjang laluan Elf itu.

    Di saat pandangannya kembali normal semula,Vine hanya mengukir senyuman sinis.Dia langsung tidak berniat ingin mengejar semula si Fellex tu.

    Huh.Dengan melihat darah yang sudah terbazir sebanyak itu,dia sudah dapat menjangkakan hayat Fellex yang tinggal hanyalah beberapa minit dari sekarang.

    Vine menyentuh perlahan rambutnya yang sudah kusut.Hatinya tiba-tiba dirasuk perasaan marah.Penumbuk dikepal.Bajunya yang seksi itu diramas kasar.

    "Bersedialah..Aku akan bunuh korang...satu-persatu sehinggalah Syah seorang saja yang tinggal untuk aku..Hahaha! Hahahaha!"

     Vine terbang pergi melalui tingkap dengan menggunakan sayap kelawarnya itu.

      Dan..dalam masa yang sama juga,...

    ...Syah yang berada di dalam biliknya itu,telah tersedar dari pengsannya.Jari manisnya tergerak sedikit.Kelopak matanya pula perlahan-lahan dibuka.Tekaknya terasa kering sekali.

   "F....Fellex.." Panggil Syah,serak.Dia dapat mendengar dengan jelas jeritan Fellex seketika tadi.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

LARI.Itu sahaja pilihan Fellex ketika ini.Leher yang berdarah dipegangnya sambil berlari.Destinasi yang adalah bilik tidurnya tadi!

   Lariannya agak terhuyung-hayang akibat kehilangan darah yang terlampau banyak.Ada juga beberapa barang dan perabot yang telah dilanggarnya tanpa sengaja.Sesetengahnya jatuh ke lantai lalu pecah berderai manakala yang lain pula jatuh bergolek.Dia pening,terasa seperti ingin pengsan sahaja namun dia masih cekal berlari demi untuk kekal hidup.

    Di saat Fellex sampai sahaja di depan pintu bilik rakan-rakannya,tiba-tiba nafasnya bertukar semput.Dia sukar untuk bernafas! Dadanya terasa senak!

   Fellex pantas memegang pintu,menahan tubuhnya dari jatuh.Dadanya ditepuk berulang kali untuk menghilangkan rasa senak yang mengila namun gagal.Rasa sesak memenuhi ruang dada.Kepalanya pula terasa pening.

   Air mata mulai mengalir deras di pipinya.Ya Tuhan..Dia tak dapat nak bersuara mahupun bernafas! Pandangannya pula semakin gelap.

    Dalam kesukaran,tombol pintu dipulasnya.Tubuhnya tiba-tiba bertukar longlai lalu..

    Bukkkkk!!!

   ...serentak dengan itu,dia jatuh tersembam diatas lantai bilik tidurnya dengan berkeadaan tidak sedarkan diri.Darah pekat mulai memenuhi lantai itu.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

BUKKKKK!

Bunyi 'sesuatu' terjatuh tadi mengejutkan Zinnt dari tidurnya.Dia bingkas duduk.Dalam mamai dia mengosok mata,memandang kearah pintu yang terbuka luas itu.Ada cahaya yang memasuki bilik ini melalui pintu tersebut.

   'Hmm..Siapalah yang buka pintu memalam buta ni? Kacau orang tidur aje.' Omel hatinya sendirian.

     Di saat mata Zinnt tertancap kearah 'sesuatu' yang sedang terbaring dihadapan pintu tersebut,matanya serta-merta tercelik luas.Hah?! Hantu ke?!

     Zinnt mengigil ketakutan.Dia menarik selimut,menutupi wajah.Dia mengintip sedikit di sebalik selimut. Tolonglah..jangan kata tu hantu..

   Tiba-tiba, sekali lagi matanya tertancap ke arah sesuatu. Ada aliran cecair yang mengalir keluar dari tubuh yang terbaring kaku itu.Hairan.Hantu pun boleh berdarah ke?

    Atas rasa sifat ingin tahu yang tinggi,Zinnt cuba memberanikan diri untuk memastikan siapakah pemilik sesusuk tubuh itu.Dia pantas berdiri.Perlahan-lahan dia mendekati tubuh tersebut.

     Zinnt duduk bercangkung di sebelah tubuh itu.Badan yang kaku itu di cucuk-cucuk dengan menggunakan hujung jari.Tiada respons.

   Perlahan-lahan,dia mengalihkan wajah lelaki itu menghadap dirinya.Samar-samar.Dia sukar melihat wajah lelaki ini kerana gelap.

      Gedebangg!

Syukur.Cahaya kilat di luar sedikit sebanyak membantu penglihatannya.Wajah lelaki itu ditiliknya untuk beberapa saat.

   Di saat Zinnt dapat mengenalpasti siapa lelaki itu,matanya serta-merta membulat.Dia terundur ke belakang.Mulutnya terus sahaja ditekup.

    "F...Fe...Fellex? Oh tidak! FELLEX!!!!" Jerit Zinnt,nyaring.Air mata mulai membasahi pipi.Dia meriba kepala adiknya itu.Pipi adiknya ditampar perlahan namun tiada reaksi yang ditunjukkan.

      Kumpulan Syah yang lain pula sudah terjaga akibat jeritan nyaring Zinnt itu.Habis berkecaiam mimpi indah mereka sebentar tadi.

    "Hmm...Kenapa ni Zinnt?... Awak nampak hantu ke?.." Soal Iryan,mamai.Dia mengosok matanya berulang kali.Mereka yang lain juga begitu.

    "Tolong! Tolong saya! Fellex..dia..dia tak sedarkan diri!!" Ucap Zinnt,teresak-esak.

    Serta-merta, mata mereka semua tercelik luas.Apa?!




→to be continued..

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now