Bab 20

78 12 4
                                    

A/N: Dengarlah lagu di atas. Tajuk dia 'Let Her Go' by Passenger. Sedih bak hang. Hayati eh? Biar fellings sikit hehe. Tukar kata nama dia 'Him'=> ke 'Her' selamat membaca bye

Sufi terjaga dari lenanya akibat mimpi yang menggerikan sebentar tadi. Rambut yang kusut di selaknya ke atas. Mimpi tu mimpi tu macam beri satu pertanda buruk.

Flashback

Tanah perkuburan di jejaknya. Sebuah kubur yang baru sahaja di taburi dengan debunga berwarna warni di tenungnya. Tapi kubur siapakah itu? Semakin dia berjalan ke hadapan semakin degup jantungnya laju. Kenapa semua menangis? Alahai soalan bodoh. Mesti lah di sebabkan seseorang yang sudah di tembusi tanah. Wajah kakak kesayangannya di kerling. Semakin pelik mimpi ini sekarang. Kedua-dua orang kakaknya hanya menggelengkan kepala lalu berlalu pergi meninggalkannya di situ. Seorang perempuan berjalan menuju ke arahnya. Siapa kan perempuan itu? Sumpah aku tak kenal. Dia menghulurkan sepucuk surat dan juga berlalu pergi. Aku terpinga pinga. Aku membuka sampul tersebut dengan berhati-hati. Tulisan ni. Tulisan ni aku kenal. Tangisan mula membasahi muka. Air mata jantanku keluar. Kenapa harus dia pergi? Kenapa? Aku sayang dia.

End flashback

"Astaghfirullahalazim". Mainan tidur atau lebih tepat mainan syaitan. Tapi siapakah orang dalam kubur tu? Zapp! Sasarannya adalah Yusra. Eh. Mainan tidur tu jangan percaya.
Tapi hatinya mengatakan hanis.

Lagu steal my girl one direction kedengaran. Nama yang tertera ialah Hanis Safiya 💖 bentuk hati sikit.

"Woi bangun ah! Aku dah dekat bawah ni. Membuta je kerja!"

Handphone di jauhkan sedikit dari telinganya. Mak aihh minah ni pagi pagi dah membebel.

"Hmm nak apa?" soal Sufi mamai.

"Hmm nak apa kau tanya aku? Ni nak kena hempuk dengan aku ni! Hari ni kau dah janji nak jogging dengan aku kan? Ha ini lah melayu mudah lupa!"

"Habis kau tu bukan melayu lah?"

"Aku melayu moden."

Satu senyuman terukir di bibir sufi. Banyak ah dia melayu moden.

"Aku bagi masa 10 minit untuk kau bersiap. Lambat siap kau!"

"10 minit mana cukup!" bantah sufi.

"Kau perempuan ke lelaki? Cukup ah 10 minit, habis kau nak berapa minit? 30 minit banyak ah kau! Dah aku tak kira 10 minit dah ada kat bawah. Kalau tak aku nak kau belanja aku. Ngerti?"

"Waduhh ngerti si!"

"Bye." talian di putuskan. "Mak aih garangnya mak singa ni. Ni hormon mana ntah masuk. Pelik aku dengan perempuan ni."

Ehem author pon perempuan. Cakap tu elok sikit. Karang ada yang muka biru.

Sufi mencapai towel berwarna coklat yang tergantung rapi di atas penyidai. Badan tegapnya di perhati melalui cermin. "Sado gak aku ni". Six packs lah kata kan. Erkk. Perasan.

"10 minit je!" suara Hanis kedengaran di telinga sufi. Bapak ah effect dia sampai ke situ. "Lambat kau belanja aku." ye, ye aku datang ah ni. Haih ni yang lemah ni bila ugut ugut macam ni.

>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<

"Lambat!" kata Hanis seraya berdiri.

Huwaa belum tegur dah kena bebel. Mak singa ni garang betul!
"Lambat satu minit je pon." Sufi memucungkan bibrnya.

Fikir comel ah tu. Mintak kaki adalah. "1 minit benda! 5 minit kot. Dah belanja aku jugak! I don't care" bentaknya.

"Ye lah mak singa! Dah cepat tadi nak jogging sangat."

Hanis sekadar mencebik. Mood tak okey hari ni. So faham faham lah kenapa ye.

30 minutes ago~

"Wey tadi kan aku mimpi benda pelik lah." Kata sufi.

"Hmm pedia citer ah." Hanis mula memberi tumpuan sepenuhnya kepada sufi.

Sufi menceritakan segalanya dari A until Z. Hanis sekadar tersenyum. Yes. Takdir tuhan kita tak boleh menolak. Andai dia yang di tarik dulu, dia redo.

"So. Aku takut lah." kata Sufi kembali.

"Wey, kematian akan tiba bila bila masa sahaja. Kita je yang patut bersedia. Tuhan tarik kita dulu sebab dia sayang kita. Bak kata orang, ajal panggil wa sambut!" Kata Hanis seraya ketawa. Ketawa untuk merawat kedukaan hati rakannya.

Walaupun Sufi banyak berubah sejak kehadiran Yusra tetapi hati Hanis tidak penat untuk mencintai orang di sebelahnya ini. Sahabat akan tolong sahabat bukan? Ye itu tekadnya. Tolong yang bagaimana? Tolong untuk merapatkan mereka. Tolong untuk melihat mereka bersatu hingga ke jinjang pelamin. Cinta atau sahabat? Dua-dua penting baginya. Biar aku menangis asalkan bukan dia. Biar hatiku yang berkecai asalkan dia bahagia. Hati kecilku sudah lali dengan semua ini. Andai dia berkecai sekali lagi aku akan mengambil gam, mungkin gam gajah atau gam bapak gajah untuk mencantumkan nya semula.

Sacrifice Love Where stories live. Discover now