01 : My Life

3.6K 286 21
                                    

( Yuri's pov )

"Park Yuri?"

Akhirnya, tiba juga giliran aku untuk mendaftar di pusat tuisyen yang kononnya paling terkenal di Seoul itu. Pusat tuisyen yang tak ubah seperti universiti tarafnya.

Kalau bukan disebabkan omma dan appa yang beria-ria nak aku ikut kelas ni, sudah pasti aku takkan melangkah masuk ke pusat tuisyen ini. Yuran pun agak mahal. Mungkin bagi appa dan omma ia murah, tapi bagi aku ia sangat mahal walaupun hanya untuk satu bulan.

"Ya, saya." aku pun bangun dari tempat duduk dengan senyuman manis yang dipaksa. Takkanlah nak tunjuk muka masam kan?

Setelah memasuki bilik temu duga itu, aku pun duduk di kerusi yang telah disediakan. Di hadapan aku sekarang, terdapat seorang lelaki tengah memandang aku dengan wajah yang serius sambil memegang beberapa helaian kertas putih.

"Baiklah, Yuri. Saya akan tanya soalan dan awak hanya perlu jawab saja." si penyoal itu berkata kepada aku. Aku pun terus mengangguk faham. Rasa macam pelik je perlu ditemu duga.

"Yuri, kedudukan kamu untuk ujian semester baru-baru ni di tempat ke berapa ya?" lelaki dalam lingkungan 30an itu bertanya kepada aku sambil membetulkan kaca matanya.

"Tempat pertama untuk keseluruhan." nak tak nak, aku terpaksa jawab dengan jujur juga sebab aku tak pandai menipu dalam bab macam ini.

"Okey, tahniah. Awak diterima masuk ke pusat tuisyen kami. Sila isikan borang ini dan hantar pada keesokan hari."

Mengarut. Baru soal satu soalan dan dalam sekelip mata sahaja aku terus diterima masuk ke dalam pusat tuisyen ini.

"Ah, dae." aku pun mengambil borang tersebut dari tangannya dan menundukkan sedikit kepala sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Borang yang berada di tangan aku pandang seketika. Sekali lagi, keluhan halus terlepas dari mulut aku.

---

"Selamat pulang, cik Yuri." seperti biasa pembantu rumah aku sudah berada di hadapan pintu untuk menyambut kedatangan aku. Aku hanya melemparkan senyuman manis sebagai balasan.

"Cik Yuri, tuan dan puan nak jumpa cik dalam bilik bacaan sekarang." beritahunya lagi sambil melirik ke arah pintu bilik bacaan yang dimaksudkan. Aku mengangguk faham dan terus menuju ke bilik bacaan. Aku pasti, omma dan appa nak tanya pasal temu duga tu.

Sebaik sahaja aku berjalan masuk ke dalam bilik bacaan, kelihatan appa dan omma tengah berborak sambil menikmati secawan teh panas. Aku berdehem kecil sebelum menapak menghampiri mereka.

Sebaik menyedari kehadiran aku, omma pun menepuk sofa yang berada di sebelahnya untuk mengajak aku duduk bersama. Aku hanya akur dan terus berjalan menghampiri sofa tersebut lalu duduk.

"Jadi, macam mana dengan pusat tuisyen yang appa cadangkan tu? Okey?" soal appa sambil memandang aku dengan penuh harapan.

Aku sebagai anak yang tidak ingin mengecewakan harapan mereka terus mengangguk laju seraya dengan senyuman manis pada bibir.

"Baguslah macam tu. Lega omma dan appa mendengarnya. Jangan sia-siakan peluang kamu ni tau?" kata omma pula sambil membelai lembut rambut aku. Sekali lagi, aku hanya menganggukkan kepala aku dan tersenyum.

"Em omma, appa. Yuri nak masuk bilik dulu ya?" pinta aku. Omma dan appa sekadar mengangguk. Tanpa berlengah, aku pun mengatur langkah menuju ke bilik aku yang terletak di tingkat atas. Sejurus selepas aku memasuki bilik, aku menghempaskan badan aku pada katil. Siling yang kosong aku renung seketika.

Diari yang berada di bawah bantal aku capai. Helaian demi helaian aku selaku sebelum mengambil pen untuk mengisi helaian baru yang kosong dengan segala isi hati yang aku hanya mampu luahkan di dalam diari.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now