Bab 33: Istana Misteri

Start from the beginning
                                    

Mereka semua terpegun.Hati mereka terusik.Ada sesetengah dari mereka yang sudah tergoda.Cantiknya..

Namun,Syah langsung tak merasakan apa-apa.Hatinya terasa beku.Kehilangan Vine pada 100 tahun yang dahulu,membuatkan dia tak mampu menerima sesiapa lagi. Malah,dia merasakan ini adalah satu perangkap!

Perlahan-lahan,gadis yang cantik itu melangkah ke arah mereka semua.

"Hello.Selamat datang ke Jurang Kekayaan.Biar beta perkenalkan diri beta dahulu.Beta adalah Permaisuri Jurang Kekayaan ini.Beta kesian akan kalian semua,kerana berpanas di bawah matahari sedari tadi.Marilah..ikutlah beta masuk ke dalam istana.Kalian nampak seperti lapar sahaja? Belum makan lagikah? " Gadis yang kelihatan sopan itu,mempelawa.

Mereka semua hanya tersenyum,langsung tak mampu menuturkan sepatah bicara pun.Terpegunlah katakan?

Satu-persatu wajah yang ada disitu,ditatap oleh gadis yang tampak menawan itu.

'Hmm..Boleh tahan kacak semuanya.' Bisik hati gadis misteri itu.

Di saat matanya bertembung dengan mata kelabu asap milik Syah,hatinya bagai tertawan.Lelaki kacak itu..benar-benar telah menyentuh hati bekunya.

Perlahan-lahan, dia mendekati si Alchemist itu.Haruman bunga ros mulai mencucuk-cucuk salur pernafasan Syah disaat gadis itu semakin menghampiri.

"Hmm..siapa nama kamu,boleh beta tahu?" Soal gadis itu dalam nada mengoda.

Syah tidak menjawab malah dia memalingkan wajahnya ke arah lain,tak mahu bercakap dengan perempuan misteri itu.

Gadis itu kelihatan agak kecewa dengan reaksi kurang sopan Syah.Terguris hati.Tak cukup cantikkah dia?

"Er..tuanku.Maafkan sahabat patik ni.Mungkin dia malu kut,sebab tu dia tak mahu cakap sekarang ni.Apa-apa pun,nama dia Syah." Ucap Syawal,mewakili Syah mengenalkan diri.

Bukk!

Syah serta-merta memukul kuat belakang Syawal,tak suka namanya diketahui umum.Wajah serius dipamerkan.

"Auch! Sakitlah! Awak ni dah kenapa?" Marah Syawal,sambil mengosok laju belakangnya yang terasa sengal.

Syah hanya memberi jelingan maut,sebelum dia memalingkan wajah ke arah lain.Meluat.

Gadis tersebut terus sahaja ketawa kecil.Kipas di tangannya,di guna untuk menutup bahagian mulut.Sopan sekali.

"Oh..begitu? Dia ni seorang pemalu ya? Comel sekali.Beta sukakannya.Hmm..Mahukah kalian tinggal semalaman di istana beta? Beta ada banyak ruang bilik tetamu yang kosong." Pelawa gadis itu lagi.

Baru saja Syawal ingin membuka mulut,tiba-tiba Syah memintas.

"Tak payah.Kami tak berminat.Lagipun,destinasi kami dah semakin dekat."

Syah menunjukkan wajah serius,dan bercakap dalam nada yang kedengaran agak sombong.

Masing-masing sudah mencebik,tak suka dengan keputusan Syah tu.

"Oh..begitu.."

Sekali lagi,wajah gadis itu tampak kecewa.

Mata Syawal serta-merta membulat.Ish! Tak sopan betul si Syah ni! Dia pantas menarik lengan sahabatnya itu,menjauhi permaisuri tersebut.Dia mahu berbicang!

Setelah beberapa meter jauhnya,Syawal terus sahaja 'menyerang' Syah dengan pelbagai soalan.

"Syah! Awak ni dah kenapa? Kenapa awak tolak pelawaan permaisuri tu? Awak ni..tak kesian ke dekat dia? Dia dah baik hati sangat nak tolong kita bermalam dekat sini.Kenapa dengan awak ni sebenarnya? Beritahu saya,apa masalah awak." Soal Syawal,sambil berpeluk tubuh.

Syuuu~

Tiba-tiba ada angin sejuk menerpa mereka.Berterbanganlah habuk-habuk di situ,memecah kesunyian yang ada.

Tanpa disangka,ada beberapa butir pasir terbang memasuki mata Syah.Pedih.Dia terus sahaja menekup wajah.

Wajah pantas dipalingkan ke arah lain,tak mahu habuk yang lain pula masuk ke matanya.

"Saya rasa,..dia bukan orang baik." Balas Syah,bersama mata yang dipejam rapat.Dia menonyoh-nonyoh beberapa kali matanya,namun habuk degil itu masih belum mahu hilang.

"Ish! Awak ni...Saya tak fahamlah dengan awak! Kenapa awak tiba-tiba jadi negatif sangat ni? Dia tu baiklah.Kalau dia jahat,dia takkan ajak kita bermalam dekat istana dia! Awak ni memang dah melampaulah, Syah." Bebel Syawal lagi,dalam nada marah.

Syah hanya mendiamkan diri sekali lagi.Wajahnya kelihatan tampak pucat.Sakit,mungkin?

Perlahan-lahan, dia membuka kelopak matanya,memandang tepat kearah Syawal. Ada cecair jernih yang bertakung di tubir mata Alchemist tersebut.

Syawal tersentak.Dia dah buat...Syah menangis ke? Ya Allah..

"Baiklah.Kalau awak nak sangat bermalam di istana tu,awak pergilah.Saya tak nak.Biarkan saya seorang diri." Jawab Syah semula,sambil menonyoh matanya lagi.

Dengan langkah yang perlahan,dia semakin menjauhi sahabatnya itu.Matanya pula masih ditonyoh.Pedihlah katakan.

Hati Syawal pulak sudah berbelah bahagi.Kejar Syah ke,ataupun biarkan sahaja Alchemist itu bersendiri?

Tapi...dia dah buat Syah menangis!



to be continued...

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Penerangan:

Actually,mata Syah berair sebab habuk,bukannya sebab dia menangis ke apa.Harap maklum.😂

THE ALCHEMIST (EDITING)Where stories live. Discover now